Tips Persiapan Sebelum Peperiksaan

olahan daripada SUMBER

• Persediaan hati


Persediaan hati lebih banyak mempengaruhi kedua-dua persediaan lain, cuma ia tidak nampak secara zahir. Hati yang bersih memudahkan seorang muslim itu mendapat petunjuk dan bimbingan Allah lantas memudahkan dia menuntut ilmu yang suci. Antara caranya ialah dengan memperbanyakkan amal ibadah kerana Allah dengan memasang niat yang benar dan melakukan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.

• Persediaan akal


1. Pastikan mempunyai mind set bahawa peperiksaan merupakan satu perkara yang positif untuk seseorang itu berusaha bersungguh- sungguh untuk mencapai sesuatu.
2. Berlatih menjawab past year question.
3. Jadikan study room anda sebagai operation room dengan menampal:
• kata-kata seperti “Allah bersama orang-orang yang berusaha” atau gambar- gambar yang dapat menaikan semangat anda.
• Tarikh dan tempat peperiksaan
• Countdown seperti ” 1 week to go”
• Peta minda

• Persediaan jasmani
Jaga kesihatan, bermula dari persiapan awal sehingga melangkah ke dewan peperiksaan untuk mengelakkan anda berasa bimbang dan terganggu emosi. Antara cara-caranya ialah:

 

1. Tidur yang cukup
2. Jaga pemakanan yang bersih (halal) dan seimbang.
3. Bersenam
4. Jaga Keselamatan

Akhir kata, BECA ingin mengucapkan selamat menjalani peperiksaan kepada semua pelajar Malaysia. Kuatkan semangat dan usaha. Pastikan kita tidak lupa berdoa dan berserah kepada Allah selepas berusaha. Semoga kita semua berjaya mencapai apa yang dicita-citakan.

 
Rujukan: Dato’ Dr Haji Mohd. Fadzilah Kamsah, Strategi Menghadapi Peperiksaan

Advertisements

Oktober 27, 2008 at 1:22 pm 4 comments

Pasca Ramadhan

Salam saudara saudariku yang tercinta

Sepanjang bulan Ramadhan, kita dapati masjid Mount Street itu penuh. Tapi, pasca Ramadhan, kita perhatikan masjid itu kembali menjadi kosong. Pernah, penulis dapati dalam bulan Ramadhan, masjid itu penuh pada jam 1 pagi. MasyaAllah, ramai benar syabab yang mencari lailatul qadr. Tapi kini, kita dapati, kekosongan sudah kembali.

Kenapa? Kalau dulu, weekdays, weekends, sama saja penuh. Tapi sekarang, weekends, weekdays, masih kosong.

Renungkanlah sahabat semua

Walaupun kurang lawa, tapi mesej nya ada

Oktober 4, 2008 at 8:52 am 2 comments

Memburu Syurga

Assalamalaykum Brothers

How’s your Ramadhan?? It’s not mr beca’s Ramadhan, it’s about your Ramadhan. 

So here we go, untuk menyemarakkan lagi pesta ibadah Ramadhan kita pada kali ini, BECA buat kali kedua mengajak anda semua untuk menyertai aktiviti:-

‘Itikaf dan Qiyamullail Siri 2

Bersama Menjayakannya

Bilakah?? 19th September 08 (Jumaat malam Sabtu ni!!!)

Di manakah?? Mount Street prayer room

Bile mule?? Kite ‘itikaf ramai-ramai pada  Jumaat malam tu

Nak bawak ape?? Alas dan selimut (atau yg sewaktu dengannya) dan persalinan pakaian (jika perlu)

Tapiii… sile contact Syukri untuk maklumat lanjut

HAri

MAsa

Aktiviti

Jumaat

2200

Quran Berkumpulan

 

2230?

Bedtime Story

 

2300?

Tidur+rehat2

Sabtu

0300

Bangun dan Membangunkan orang dan Qiam Fardhi@ sorang2

 

0345

Qiam Jamaie

 

0415

Sahur

 

0500

Subuh

 

0530

Tazkirah Subuh

Bersama-sama kita semarakkan kemeriahan Ramadhan buat kali ini. Kita sama-sama ber’itikaf, beribadah, dan juga bersahur!! Jangan dilepaskan peluang yang jarang-jarang ada ini.

LAst week 26 orang join. Bila anda nak join?

“Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk” (at-Taubah;9:18)

September 18, 2008 at 12:40 pm Tinggalkan komen

BERITA TERKINI: Perkembangan Ramadhan di Auckland

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, segala puji kepada Allah, Rabb dan Ilah kepada segala penciptaan……

Assalamu’alaikum wbth Aucklanders….

Apa khabar pembaca sekalian? Sedar atau tidak, kita sudah berada pada pertengahan Ramadhan yang ke-1428. Cepat sungguh masa berlalu. Dirasakan baru sahaja semalam mula berterawih di ‘Mount st Prayer Room’. Dan dirasakan baru sahaja semalam kita mula bersahur setelah sekian lama tidak berbuat sedemikian. Malah dirasakan baru sahaja semalam kita mula diperkenalkan dengan menu rasmi buka puasa saudara kita dari Timur Tengah di Mount st Prayer Room – Nasi Arab ‘Lamb Shank’. Kehadiran Ramadhan menyebabkan kemeriahan Mount St Prayer Room bertambah dengan begitu cemerlang, gemilang, dan terbilang terutamanya pada waktu maghrib dan isyak. Secara jujur dikatakan bahawa keadaan ini tidak pernah berlaku sebelum ini sepanjang pengetahuan penulis. Tahniah, jika anda adalah sebahagian daripada sejarah yang sedang dilakarkan ini. Tidak kira lapan raka’at atau 20 raka’at, jika keikhlasan dan harapan mendapatkan ganjaran didambakan, maka dengan izinNya, kita akan mendapat ganjaran yang telah dijanjikan. Dalam konteks ini, kita harus sedar bahawa untuk mengejar yang terbaik, suatu ibadah yang berkualiti dan paling afdhal mestilah dilakukan. Bukankah begitu?

Bagaimana dengan ibadat-ibadat kita yang lain? Solat sunat? Al-Quran? Sedekah? Adalah baik sekiranya kita mula membuat penilaian tentang sejauh mana pencapaian kita dalam separuh masa pertama Ramadhan sekarang ini. Jika di dalam perlawanan bola sepak atau ragbi, waktu separuh masa adalah masa yang paling kritikal untuk membetulkan mana-mana strategi yang silap, dan meningkatkan bahagian-bahagian tektikal yang mengalami kekurangan, maka adalah wajar buat kita untuk memeriksa sejauh mana pencapaian Ramadhan kita sehingga sekarang. Jika berada pada bawah target peningkatan ‘amal, “Na’uzubillah”. Jika cukup-cukup atas garisan target, alhamdulillah dan bolehlah kita tambahkan lagi target dan kapasiti kita. Dan jika jauh melepasi target kita, “Segala puji bagi Allah yang telah memberikan kita kekuatan”, semoga peningkatan ‘amal adalah konsisten walaupun sedikit. Sebagai tambahan, untuk melihat sejauh mana bernilainya target ‘amal kita pada pesta bulan ‘amal ini, suka untuk penulis berkongsi dengan Auclanders sekalian tentang contoh borang penilaian ‘amal yang digariskan untuk pelajar seperti kita. Sama-sama kita rujuk dan lihat di manakah kita?

monthofmercychecklist

Ya… di manakah kita?

Segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan kita dalam setiap setahun kehidupan kita dengan Ramadhan. Satu bulan yang membawa makna yang amat mendalam dalam sejarah perjuangan islam semasa zaman awal perkembangan dakwah Rasulullah s.a.w. di dunia ini. Di kala disyari’atkan puasa Ramadhan, pada tahun yang sama tercetusnya peristiwa di Badar. Maka, tidak hairanlah jika sesetengah ulama’ islam memberikan Ramadhan dengan ‘nickname’ bulan pengorbanan, atau lebih tepat lagi bulan jihad. Tidak perlu dihuraikan dengan lebih lanjut lagi kerana semua orang pernah berkorban. Dalam istilah ekonomi rekaan barat, diletakkan istilah ‘Opportunity Cost’ apabila ada dua pilihan yang tidak boleh digenggam sekaligus.

Sebagai warga Auckland, kita semestinya banyak-banyak bersyukur kerana dikurniakan dengan Ramadhan di kala kite mendapa cuti mid-sem. 2 minggu bermakna kita mampu atau boleh untuk mengaturkan jadual kita sendiri untuk program Ramadhan selama 50% daripada bulan yang penuh kemuliaan ini. Maksud penulis, kita masih lagi perlu menyiapkan lab journal, report, assignment, study untuk ‘testS’, dan pelbagai lagi, tetapi, jadual waktu harian adalah dalam genggaman kita (Mungkin group discussion kita?] Pendek kata, jadual harian universiti yang padat dan mempengaruhi kebanyakan masa hidup sehari-hari kita sudah berkurangan. Maka, adalah amat wajar untuk kita meletakkan prioriti Ramadhan sebagai matlamat utama SAMBIL-SAMBIL menyiapkan tugasan universiti kita.

Berdasarkan senario yang berlaku, penulis secara tidak langsung melihat dengan kehadiran Ramadhan ini, sahabat-sahabat muslim kita dilihat akan terbahagi kepada beberapa jenis. Yang pertama, golongan yang sememangnya tidak mengambil endah langsung dengan kehadiran Ramadhan. Baginya, sama sahaja Ramadhan atau September. Seterusnya, ada di antara sahabat kita yang meletakkan Ramadhan sebagai adat. Sama sahaja Ramadhan di Malaysia atau di sini. Siang hari kita puasa, lepas tu sediakan juadah berbuka dan kemudian pada malamnya kita berterawih. Maka penulis tidak dapat menafikan bahawa bagi golongan ini, sama sahaja Ramadhan pada setiap tahun. Sekadar adat atau ritual semata. Golongan ketiga yang lebih suka penulis ceritakan adalah terdapat SEGELINTIR yang begitu bersemangat menerima kehadiran Ramadhan. Mereka secara pro-aktif menyusun dan merancang program yang akan meningkatkan amal ibadah + amal baik dan meninggalkan amalan buruk semata-mata untuk menyambut Ramadhan. Teringat penulis tentang ‘enthusiasm’ sahabat-sahabat Rasulullah r.anhum ketika menyambut Ramadhan. Ada di kalangan kita yang berusaha sehabis baik untuk Ramadhan kali ini seolah-olah inilah Ramadhan mereka yang terakhir. Buat golongan yang ke-3 ini, penulis mendo’akan agar dengan niat yang ikhlas dan ingin mendapatkan ganjaran, langkah ini akan terus kekal. Kepada golongan pertama, masih ada separuh masa ke-2 untuk membetulkan kembali apa yang telah terlanjur. Dan kepada golongan ke-2 yang merangkumi kebanyakan masyarakat muslim sedunia, sedarlah kembali tujuan sebenar kita dikurniakan Ramadhan. Jika setakat ingin mendapatkan keampunan sahaja, cuba kita fikirkan lebih jauh daripada itu, iaitu sebagai mekanisme perubahan kepada kita yang baru dan lebih bagus.

Sekali lagi kesyukuran di rafa’kan kepadaNya atas kurniaan Ramadhan dalam keadaan yang aman di Auckland ini. Cuba bayangkan jika kita menerima Ramadhan dalam keadaan yang kucar-kacir dan terancam. Bukankah itu menyebabkan sukar untuk kita memaksimumkan perolehan ibadah dalam Ramadhan kali ini. Sama-sama kita hayati klip berikut:-

Ya… di manakah kita? Bukankah merupakan suatu yang amat merugikan kepada individu yang pada suatu hari yang tiada sorok-sorok atau tipu-tipu, akan bertemu dengan Allah sambil membawa amal Ramadhan yang sedikit sedangkan dia mempunyai ruang yang banyak untuk memaksimumkan Ramadhannya. Buat muslimin dan muslimat yang terperangkap dalam bencana, mereka masih mampu beralasankan keadaan yang mendesak melibatkan nyawa, tetapi bukankah suatu yang memalukan kepada kita yang dapat cuti dua minggu tetapi membawa hasil yang sama banyak?

Untuk majoriti siswa-siswi Auckland University, insya Allah baki enam minggu semester kedua untuk tahun ini akan bermula pada minggu depan. Secara dasarnya, semua orang akan mengalami ruang lingkup masa yang agak terhad untuk memaksimumkan kebaikan Ramadhan. Maka suka untuk penulis menjelaskan bahawa, jalan ‘istiqomah’ bukanlah semudah menyebutnya di bibir sahaja. Ketika Rasulullah s.a.w. bersabda mengatakan bahawa rambut baginda beruban kerana surah Huud (Surah ke-11), maka ada sahabat baginda bertanya,” Adakah kerana kisah-kisah perjuangan rasul-rasul sebelum tuan yang diceritakan di dalam surah tersebut?”. Maka, Rasulullah menidakkan terkaan sahabat baginda. Sabda baginda,” Kerana ayat ke 112 surah ini”. Bunyinya:-

“Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.”

Sesungguhnya nilai syurga itu tidak murah. Sedangkan Rasulullah s.a.w. yang terpelihara berada dalam keadaan sedemikian rupa, maka kita yang ‘nobody’ ini hendaklah berusaha dengan lebih tekun lagi. Ada orang kata mengucap syahadah di bibir, sudah cukup… Tetapi semua sedar bahawa azab neraka adalah tidak tertahan walaupun sekelip mata atau yang lebih sekejap daripada itu. Suka penulis membawakan terjemahan surah ali-Imran:-

“Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antaramu dan belum nyata orang-orang yang sabar.” (3:142)

Merujuk kepada ayat tersebut penulis mula dapat merasakan dan melihat jumlah kehadiran di dalam ‘amal ibadah beramai-ramai untuk mengimarahkan Ramadhan semakin berkurangan dalam rentasan waktu ini. Sememangnya Allah ingin melihat siapakah di kalangan hamba-hambaNya yang benar-benar ingin memanfaatkan Ramadhan. Oleh itu, dalam menghadapi proses tapisan ini, pastkan yang anda bukanlah terdiri daripada golongan yang tersangkut dalam tapisan itu. Berjihadlah. Usah disebut mengangkat senjata sekiranya kita tewas dengan hawa nafsu kita sendiri.

Maka, pastikan Ramadhan pada kali ini membuktikan kita benar-benar berjihad menentang hawa nafsu kita!! Lebih-lebih lagi mendekati penghujung bulan yang penuh ganjaran ini. Bersama-samalah kita cuba untuk meningkatkan amal kita. Jika rasa tidak mampu, carilah bantuan, bentuklah kumpulan, usahlah syok sendiri sambil berkhayal “Aku dah baik”, atau “Akulah yang terbaik”. Bukan setakat itu sahaja, tinggalkanlah sifat-sifat atau perkara-perkara buruk (melalui deria kita) yang boleh merosakkan ‘amal dan diri kita sekaligus. Kurangkan atau tinggalkan perkara-perkara yang tidak berfaedah dan gantikanlah dengan perkara yang lebih bagus. Jika ada ‘member’ yang cuba menyindir, ingatlah bahawa kebebasan memilih adalah hak individu yang merdeka dan sesungguhnya pilihan inilah yang akan ditanya. Biarkanlah sindiran itu kerana tiada siapa yang ingin berada dalam golongan yang rugi.

Akhirul kalam, teruskanlah berdo’a agar Allah s.w.t . menjadikan Ramadhan kita pada kali ini adalah yang terbaik untuk diri kita dalam membentuk peribadi dan akhlaq yang bakal merubah dunia. Lagi-lagi jika ditakdirkanNya ini adalah Ramadhan kita yang terakhir. Sesungguhnya hidayahNya untuk menghayati Ramadhan akan hadir apabila adanya permintaan daripada hambaNya dan Dia tidak pernah kedekut untuk mengurniakanNya. Semoga Ramadhan anda adalah yang terbaik sehingga saat anda membaca ayat ini.

Wallahu’alam

Al-aucklandi

September 15, 2008 at 12:12 am Tinggalkan komen

Semarak Ramadhan 1429H

Assalamu’alaykum aucklanders!!!

Soo, how’s your holidays?? Time is running out so fast? Yup yup…

Then, how about your Ramadhan?? It’s not mr beca’s Ramadhan, it’s about your Ramadhan. How does it goes? It’s good to hear that if the 1st quarter of the month has gone well.

So here we go, untuk menyemarakkan lagi pesta ibadah Ramadhan kita pada kali ini, BECA buat julung kalinya mengajak anda semua untuk menyertai aktiviti:-

‘Itikaf dan Qiyamullail Siri 1

Bersama Menjayakannya

Bersama Menjayakannya

Bilakah?? 10th Ramadhan 1429 H (Rabu malam Khamis ni!!!)

Di manakah?? Mt st prayer room

Bile mule?? Kite ‘itikaf ramai-ramai pada  Rabu malam tu

Nak bawak ape?? Alas dan selimut (atau yg sewaktu dengannya) dan persalinan pakaian (jika perlu)

Tapiii… sile contact bro Ahmad Rafiuddin untuk maklumat lanjut

Bersama-sama kita semarakkan kemeriahan Ramadhan buat kali ini. Kita sama-sama ber’itikaf, beribadah, dan juga bersahur!! Jangan dilepaskan peluang yang jarang-jarang ada ini.

“Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk” (at-Taubah;9:18)

September 8, 2008 at 11:51 pm Tinggalkan komen

Aku, Ramadhan dan …..

Alhamdulillah syukur kepada Allah swt kerana kita masih lagi diberi peluang untuk mengecap nikmat bulan mulia, bulan Ramadhan Al-Mubarak. Dalam kita sedar ataupun tidak, Ramadhan yang kita tinggalkan hampir setahun yang lalu akan tiba lagi. Maha suci Allah yang masih memberi peluang kepada kita untuk bertemu lagi dengannya. Ianya bulan bagi mereka yang ingin mencari keredhaan Ilahi dengan aktiviti ibadah yang sudah dirancang. Namun masih belum terlambat bagi yang baru sedar.

Apa yang terlintas difikiran anda apabila mendengar bahawa bulan Ramadhan akan tiba tidak lama lagi?

Solat terawih?

Menahan diri dari lapar dan dahaga?

Mungkin bagi kita yang berada jauh di bumi Auckland, New Zealand ini, sentiasa teringat suasana meriah berpuasa di Malaysia dengan bazaar Ramadhannya?

Mari kita lihat apa kata Rasulullah SAW mengenai keistimewaan bulan mulia ini,

Ketika Ramadhan menjelang, Rasulullah s.a.w. bersabda;

Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk bersama mereka seorangpun selain mereka. Kelak akan ada pengumuman: Di manakah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi tertutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya. [ Sahih Bukhari dan Muslim]

Lihat sahaja dari hadis di atas, sesungguhnya bulan ini bukanlah sebarang bulan kerana keistimewaannya amatlah banyak. Syurga pun ada syurga yang istimewa untuk orang yang berpuasa. Cuma  setiap dari kita sahaja yang terlupa walaupun di saat seperti ini kita yakin ramai yang mungkin telah memperkatakan mengenai Ramadhan.

Tahap Amalan Kita?

Amalan di sini bukan hanya sekadar solat tetapi ianya lebih luas. Antara amalan mulia yang boleh dilakukan semasa bulan Ramadhan ialah dengan memberi makan berbuka puasa kepada orang islam. Amalan membaca Al-Quran juga perlulah dipertingkatkan. Masa-masa lapang cuti selama dua minggu perlulah digunakan sebaiknya.

Beristighfar dan bertaubatlah kepada Allah swt di bulan ini dan maaf memaafkanlah sesama manusia. Jadikanlah bulan Ramadhan ini bulan untuk mengubah diri kerana belum pasti kita akan dapat bertemu lagi dengan bulan Ramadhan di masa hadapan.

Hikmah Ramadhan

Dalam bulan Ramadhan yang telah kita tempuhi dahulu, antara kelebihannya  yang boleh diambil pengajaran ialah pada bulan ini  ukhuwwah ataupun persaudaraan islam itu dapat dijalinkan dengan lebih erat lagi. Bagi pelajar seperti kita di Auckland, mungkin dapat diatur bersama raka-rakan untuk sahur bersama, berbuka bersama, berterawih bersama, berqiammullail bersama, membaca Al-Quran bersama dan tidak dilupakan, berpuasa bersama-sama. Jangan sesekali lupakan rakan kerana setiap muslim itu adalah bersaudara. Saat di mana kita bertemu di Prayer Room Mount Street contohnya, perlulah digunakan sebaiknya sebagai medium untuk memperbaiki hubungan kita sesama pelajar Malaysia di bumi Auckland ini.

Bulan Ramadhan juga dapat juga mendidik kita untuk sama-sama merasakan apa yang dirasa oleh saudara seislam kita yang masih lagi ditimpa kesusahan seperti di Palestin, Afghanistan, Iraq, Sudan, dan tidak dilupakan keadaan mereka yang fakir di Malaysia sendiri. Bagaimana agaknya berpuasa dalam keadaan seperti mereka? Pernahkah kita terfikir? Inilah masanya yang Allah swt beri untuk sesama islam itu berfikir tentang saudara islamnya yang lain. Buang budaya syok sendiri.

 Moga Ramadhan ini dapat mendidik dan menyedarkan kita supaya saling bantu-membantu umat Islam yang lain. Jika anda ingin menghulurkan bantuan, hulurkan bantuan di saluran yang betul dan boleh dipercayai. Takut lain pula jadinya.

 Perang Badar

Perang Badar adalah peristiwa penting yang berlaku semasa bulan Ramadhan. Ianya melibatkan 313 orang sahabat yang benar-benar “berkualiti”. Perang Badar penting kerana ia ibarat turning point bagi umat Islam seperti yang didoakan baginda Nabi SAW:

“Ya Allah, jika musnah kelompok Islam ini nescaya Kamu tidak akan lagi disembah di atas muka bumi.”

Dari 313 sahabat Rasulullah SAW yang hebat inilah lahirnya sejarah Islam yang agung yang pernah kita dengar.Namun sejarah kini tinggallah sejarah. Umat islam tidak lagi gemilang seperti dahulu. Di mana silapnya? Bertanyalah pada diri sendiri.Diberikan akal untuk berfikir. Diberikan masa terbaik seperti bulan Ramadhan yang akan datang ini untuk melihat kembali amal masing-masing.

Ahlan Ya Ramadhan!

Moga dengan nasihat yang sebegini ringkas dapat memberi sedikit sebanyak kesedaran buat diri kita semua. Gunakanlah Ramadhan yang ada sebaiknya kerana mungkin ia yang terakhir buat kita. Jangan dalam Ramadhan ini kita masih lagi menjadi orang yang sama seperti kita yang dulu. Berubahlah ke arah kebaikan kerana itulah orang yang untung kerana menyesal di kemudian hari itu tiada gunanya.

Selamat menyambut Ramadhan semua terutama warga Auckland dan New Zealand!

 

Ogos 31, 2008 at 12:58 pm Tinggalkan komen

Sukan BeCA 2008

Salam ‘alaikum bro!

PHEWH!!! Hidup lagi rupanye..

  • Assignment Maths: Siap!
  • Assignment Communication: SIAP!!
  • Project Radio: SIAP!!
  • Project C++: Siap kan?
  • Test Dynamics: huhu..
  • Olympics: Habis…

But no worries mate! We got somethiong in store for you:

 

Aktiviti menarik:

  • ultimate frisbee
  • command and conquer
  • screaming viking
  • captain subasa? captain ball..
  • M.A.F.I.A.

Interested?? come join us then.. huhu…

Cya there..

Ogos 28, 2008 at 10:26 pm 3 comments

Kiriman Terdahulu Newer Posts


Iklaneka

Disember 2017
I S R K J S A
« Mac    
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Blog Stats

  • 62,763 hits