Archive for April, 2008

SolatKu – Doa Iftitah

“Allah Maha Besar, Maha Agung, dan segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya, dan Maha Suci Allah pagi dan petang” (H.R Abu Daud, tetapi Al-Albani mengatakan ianya dha’if)

“Aku hadapkan wajahku kepada Allah, Maha pencipta langit dan bumi dengan keadaan ikhlas dan tidak mempersekutukan-Nya. Sesungguhnya solatku, segala ibadatku, hidupku dan matiku hanya semata-mata untuk Allah Tuhan Semesta alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya dan kerana itu aku patuh kepada perintah-Nya dan berserah diri kepada-Nya.” (H.R. Muslim)

Doa Iftitah yang selalu kita baca sebenarnya gabungan doa dari dua hadith.
Terdapat juga doa-doa lain yang diriwayatkan dari Nabi, tetapi yang penting adalah kita menghidupkan sunnah dengan membaca doa iftitah pada setiap kali solat fardhu dan solat sunat
Janganlah kita memalaskan diri untuk mengucapkan kalimah-kalimah indah yang diajarkan oleh Nabi kita
Sedangkan kita boleh menghabiskan begitu banyak masa berbual perkara-perkara yang tidak membawa faedah kepada kita

*bagi yang berminat shj
(Ada sedikit perbezaan dari doa yang kita selalu amalkan, kerana ana menukilkan dua hadis di atas ini dari kitab Al-Kalim At-Tayyib karangan Ibnu Taymiyyah dan Zad al Ma’ad karangan Ibnu Qayyim, ana buat masa ini tidak mempunyai Shahih Muslim mahupun Sunan Abu Daud atau kitab-kitab syarah mereka untuk diteliti, ana ‘aasif)

**jazakallah atas komen saudara Hanif

April 30, 2008 at 9:01 am 1 komen

Hadith Minggu Ini

Memberikan Petunjuk Kepada Kebaikan Dan Mengajak Ke Arah

Hidayat Atau Ke Arah Kesesatan

175. Dari Abu Hurairah r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Barangsiapa yang mengajak ke arah kebaikan, maka ia memperoleh pahala sebagaimana pahala-pahala orang-orang yang mengikutinya, tanpa dikurangi sedikitpun dan dari pahala-pahala mereka yang mencontohnya itu, sedang barangsiapa yang mengajak kearah keburukan, maka ia memperoleh dosa sebagaimana dosa-dosa orang-orang yang mengikutinya, tanpa dikurangi sedrkitpun dari dosa-dosa mereka yang mencontohnya itu.”
(Riwayat Muslim)

Mujahadah

97. Ketiga: Dari Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhuma, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Ada dua macam kenikmatan yang keduanya itu disia-siakan oleh sebagian besar manusia yaitu kesihatan dan kelapangan waktu.” (Riwayat Bukhari)

Menerangkan Banyaknya Jalan-jalan Kebaikan

123. Ketujuh: Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w.,sabdanya:
“Barangsiapa yang pergi ke masjid pagi atau sore hari, maka Allah menyediakan untuknyasebuah jaminan – nuzul – dalam syurga setiap ia pergi, pagi atau sore hari itu.”
(Muttafaq ‘alaih)
Nuzul, maksudnya jaminan yang berupa makanan atau rezeki dan apa saja yang dapat
disediakan untuk tamu.

sumber : Riyadus Shalihin

April 29, 2008 at 8:36 am Tinggalkan komen

Mulakan Minggu Anda Dengan Senyuman — Alasan

ihsan : Abdullah

April 28, 2008 at 8:16 am 1 komen

Kepedulian Kita

“Islam itu kononnya menyeru manusia untuk membaca. Tetapi mengapa satu per tiga daripada umat islam tidak tahu membaca?”

Persoalan itu diajukan oleh seorang sahabat saya beberapa minggu lalu. Pada masa itu, ingin saja saya katakan, “Itu semua salah umat ini. Tiada salah pada sistem Islam”. Namun, saya yakin pada waktu itu, bahawa jawapan sedemikian tidaklah akan menjawab persoalan saudara tersebut. Sebaliknya hanya akan menggambarkan kegopohan, ketaksuban dan kecetekan pemikiran. Maka saya memilih untuk diam dan mengharapkan saudara tersebut membuat bacaan yang disarankan.

Jujur saya katakan bahawa saya tidak pasti dengan nilai satu per tiga itu. Tetapi, andai kata nilai itu benar, sesungguhnya begitu serius kemaslahatan umat hari ini. Pada hemat saya, masalah umat hari ini bukanlah salah Zionis, bukanlah salah barat. Bukan pula salah ajaran Muhammad SAW. Tetapi, masalah umat hari ini ialah salah kita. Salah saya dan salah tuan pembaca.

Apabila difikirkan, pernahkah kita ambil peduli tentang hal ini? Jika adapun, apa yang telah kita lakukan untuk menyelesaikan masalah umat ini? Jika jawapan anda negatif, kalikan sahaja dengan 2/3 daripada 1.4 bilion, maka kita akan dapat mengagak secara kasar bilangan umat islam yang lena dan tidak sedar. Apabila difikirkan, apabila kita mati nanti, cukupkah dengan solat kita (yang tak berapa nak khusyuk), dengan puasa kita ( yang tak berapa nak jaga puasa mata, telinga dan hati), dan zakat kita; cukupkah untuk kita mengatakan bahawa kita layak ke syurga Allah SWT?

Sesungguhnya, apabila mati nanti, kita akan ditanya bagaimana kita memanfaatkan nikmat yang kita ada. Kita harus sedar bahawa kita diberikan sedikit kelebihan atas orang lain. Kita diberikan akal yang sedikit tajam berbanding orang lain. Sejauh manakah kita menggunakan akal yang ada ini untuk membantu orang lain. Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara. Sejauh manakah kita membantu saudara – saudara kita yang benar – benar memerlukan? Sejauh manakah kita membantu saudara – saudara kita yang jahil? Sepatutnya kita merasakan bahawa masalah umat ini merupakan beban kita. Seperti yang dikatakan “White men’s burden” pada zaman renaissance dahulu, kita patut merasakan masalah umat ini sebagai “enlightened Muslim’s burden

Tiada kesalahan pada sistem islam. Kelemahan umat ini pada masa ini ialah kerana korupsi yang berleluasa dalam pentadbiran kerajaan – kerajaan Islam, fitnah memfitnah sesama umat, dan yang penting sekali, sikap tidak peduli.

Kadang kala, perilaku kita menyebabkan rakan – rakan kita tidak senang dengan kita. Kadangkala sikap kita yang terlalu indiviualistik dan berkira menyebabkan kurangnya keharmonian antara kita dan rakan – rakan. Sesetengah daripada kita pula mengambil kesempatan atas kebaikan rakan kita. Keadaan seperti ini biasanya berlaku diantara teman serumah. Perkara- perkara inilah yang membantutkan sikap kepedulian yang seharusnya lahir dalam jiwa kita. Andai kata kita tidak dapat mencintai, tidak dapat bersangka baik dan peduli akan nasib rakan serumah kita, bagaimana pula kita hendak mengatakan yang kita peduli akan nasib saudara kita yang jahil di tanah – tanah yang jauh daripada kita?

Bersangka baik merupakan selemah – lemah kepedulian. Buat permulaan, bersangka baiklah sesama saudara anda. Sebarang ketidak puashatian seharusnya diselesaikan secara matang dan berhemah. Bermula dari situ, kita akan menjadi Muslim yang lebih peduli. Kepada saudara yang bertanya, saya harap penulisan ini akan menjana pemikiran saudara supaya saudara sendiri dapat melihat gambaran yang lebih besar tentang persoalan saudara. Sekian, Allah lebih mengetahui.

 

 

 

 

April 27, 2008 at 12:56 am Tinggalkan komen


Iklaneka

April 2008
I S R K J S A
« Mac   Mei »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Blog Stats

  • 62,696 hits