Archive for November, 2007

Berapa Nilai Masa Pada Anda?

Jam Loceng

Adaptasi hasil nukilan Ustaz Muhammad Fauzi

Masa adalah anugerah Allah kepada semua manusia. Masa bererti peluang buat kita semua. Nilai masa pada orang Melayu lebih dari emas. Orang Arab pula menganggap masa dan manusia seperti dua musuh yang berlawanan; si bijak akan menundukkan masa, yang tidak bijak akan dikalahkan oleh masa. Masa tidak akan kembali. Ia akan terus berjalan sama ada kita mahu atau tidak. Ia cukup bernilai. Yang telah lepas akan hanya tinggal kenangan. Yang akan datang belum tentu menjadi milik kita. Yang kita miliki hanyalah saat ini.

Allah bersumpah dengan masa dalam banyak ayat di dalam al-Quran. ‘Demi masa’. ‘Demi waktu Fajar’. ‘Demi 10 malam’. ‘Demi waktu Dhuha’. ‘Demi malam ketika ia tiba’. ‘Demi siang ketika ia menjelma’.

Lima perkara yang sepatutnya direbut oleh manusia; semuanya berkait dengan masa. Masa hidup sebelum mati. Masa kaya sebelum masa miskin. Masa lapang sebelum masa sibuk. Masa muda sebelum masa tua. Masa sihat sebelum masa sakit.

Begitulah sebenarnya nilai masa pada manusia.

(selanjutnya…)

November 29, 2007 at 3:02 pm Tinggalkan komen

Pilihanraya: Kisah Payung & Kotak

Hasil nukilan Ustaz Abdul Halim Abdullah

Sehingga ke hari ini, sering aku teringat kepada sekaki payung besar yang terpacak di tepi jalan. Di bawahnya ada sebuah kotak di atas meja. Ia terletak di luar pagar Ironside State (Primary) School, St Lucia, Brisbane, Australia, di tepi jalan laluan seharian aku dari rumah ke kuliah di University of Queensland, sekitar tahun 1985. Walaupun lebih 20 tahun telah berlalu dan telah banyak negara serta kejadian yang aku tempuhi selepas itu, namun bila duduk-duduk sendiri merenung nasib umat kita di Dunia Ketiga ini, payung dan kotak di tepi jalan itu juga yang kembali menjelma dan mengisi ruang fikiran. “Ambillah iktibar walau orang-orang yang mempunyai penglihatan” (Al-Hasyr:2).


Kotak itu adalah salah satu peti undi semasa Pilihanraya Umum di Queensland, Australia ketika itu. Hanya seorang duduk menjaganya. Terletak di tepi jalan supaya mudah pengundi yang memandu atau lalu lalang di situ untuk membuang undi. Di antara mereka yang singgah mengundi di kotak itu, ada yang pulang dari membeli belah di kedai-kedai berhampiran. Hari itu tenang, setenang hari-hari lain sepanjang musim Pilihanraya tanpa perhimpunan, ceramah apatah lagi buuu membuuu, penyelewengan atau penipuan. Begitulah suasana musim Pilihanraya Umum yang pernah aku saksikan sendiri di sana. Peralihan atau pertukaran parti yang akan memerintah sudah menjadi lumrah mereka, menuju kepada pentadbiran oleh kerajaan baru yang lebih layak dan akan lebih memberikan menfaat kepada Pengundi.

Peti undi

(selanjutnya…)

November 20, 2007 at 9:49 pm 3 comments

Cintaku terhadapMu

Hasil nukilan al-mufikir

Bunga Cinta

Cinta lahir dari hati ,tidak siapa dapat menghalang mahupun menjadikan cinta melainkan yang Maha Esa. Cinta dan kasih sayang adalah perkara berlainan walau bagaimanapun tidak dapat dipisahkan dari satu dengan yang lain.

Melalui pemerhatian saya, ramai yang meluahkan rasa kasih sayang dan cinta kepada sesama makhluk mahupun sesuatu perkara melalui pelbagai cara. Ada yang mengasihi keluarganya dan meluahkan rasa cintanya melalui masa yang diluangkan bersama keluarga. Dan ada juga yang mencintai kebendaan seperti buku sehingga sanggup menyimpan koleksi buku-buku tersebut dan sanggup tersadai di tepian jalan untuk menunggu koleksi yang terbaru. Tetapi cinta yang digambarkan itu tidak akan bertahan selamanya kerana semuanya bersifat sementara. Bukankah terdapat cinta yang kekal abadi? Yang sepatutnya terdapat pada setiap individu?

(selanjutnya…)

November 3, 2007 at 8:14 pm 1 komen


Iklaneka

November 2007
I S R K J S A
« Okt   Dis »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Blog Stats

  • 62,649 hits