Archive for Januari, 2009

Isu Palestin

Salam Alaykum saudara – saudara yang di muliakan.

Ketika artikel ini ditulis, lebih 500 saudara kita dibunuh di tanah suci palestin. Kita tangisi musibah yang melanda mereka.

Tentera israel juga telah memulakan operasi darat di Gaza. Dengan izin Allah SWT para pejuang kita berjaya memberi tentangan kepada tentera kuffar ini.

Saudara yang dicintai, apabila saudara saudari kita diserang, disembelih dan dipaksa pindah, di manakah kita? Sedang mereka di Gaza dihujani bom – bom , kita sibuk dengan tahun baru.

PAda kesempatan ini, Belia Cergas mengutuk sekeras – kerasnya tindakan yang zalim ini. Kami menyeru para belia mengambil pengajaran daripada keadaan yang menimpa umat pada hari ini.

Kami merayu kepada anda supaya sentiasa mendoakan saudara pejuang kita di Palestin.

Allah menangkanlah saudara kami mujahidin di Palestin!

BAngunlah dan dirikan solat malam. Lalu doakanlah saudara – saudara kita yang berada di medan perang.

Isu palestin bukan isu bangsa atau nasionalisma semata. Isu ini isu umat. Isu BeCA, penulis, umat, kamu dan seluruh muslim.

Boikotlah barangan yang menyokong israel. Berdoalah.

Insyaallah kemenangan ditangan muslim !

Advertisements

Januari 7, 2009 at 2:00 am Tinggalkan komen

jalinan 02

Jalinan 09 Siri Dua

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam.
Nothing much. Just nak promote aktiviti Jalinan 09 a.k.a. Summer Camp untuk student Australia dan New Zealand yang pulang bercuti ke Malaysia anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).  Sesiapa yang nak pergi kesana, harap dapat hubungi imran di 0196466291 supaya kita boleh rancang transport bersama-sama.
InsyaAllah bagi mereka yang tidak tinggal di kawasan Lembah Klang (KL/Selangor), anda masih boleh join kitaorang. Naik je bas ke KL/Selangor. Kemudian korang boleh tumpang kereta kami untuk ke Labu, Negeri Sembilan. Kejap je, start petang Jumaat dan habis pada pagi Ahad. InsyaAllah berbaloi sebab ada banyak aktiviti fizikal menarik seperti Halangan Komando, Jungle Night Walk dan terdapat juga pengisian rohani dan perkongsian ilmu menerusi ceramah ringkas dan forum yang bakal menampilkan Ustaz Abdullah Zaik, Ustaz Halim, Ustaz Fauzi, Dr. Kamsani dan Dr Zainurrashid insyaAllah.
Tarikh: 16-18 Januari 2009
Tempat: Kem SMA, Kg. Gadang, Labu, Negeri Sembilan
(sesiapa yang tak pasti lokasi ni juga boleh hubungi saya jika anda ingin pergi sendiri ke sana)
Yuran hanya RM 50 sahaja. Harap semua dapat sebarkan juga kepada rakan-rakan lain. Semua dijemput hadir. Mari cergaskan diri sambil bersantai dan berukhuwwah. Tentu seronok dan bermanfaat insyaAllah. Sebarang pertanyaan juga boleh hubungi imran.

والله علم
والسلام عليكم

Januari 3, 2009 at 12:32 am 1 komen


Iklaneka

Januari 2009
I S R K J S A
« Nov   Feb »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Top Posts

Blog Stats

  • 62,730 hits