Archive for Mei, 2008

Mulakan Minggu Anda Dengan Peringatan — Perhambaan

“ …. Sebenarnya mereka itu adalah putera – putera muslimin yang merdeka. Mereka diperhambakan lalu mereka bergembira… (Muhamad Ahmad Ar – Rasyid).

Siapa yang boleh nafikan ini hakikat sebenar ummah ini? Tanya diri sendiri, yang mana anda lebih sanggup. Bangun pagi dan berjalan jauh untuk menonton Champions League Final atau bangun pagi dan berjalan untuk solat? Mengorbankan masa untuk memahami agama, atau mengorbankan masa untuk bermain bola? Berbelanja ke arah kebatilan atau ke arah kebaikan? Membaca novel atau memahami Al-Quran? Menghabiskan sejam lebih di lobi untuk menonton WSA Idol atau 30 minit berjemaah ?(sebab ramai yang kata sibuk untuk berjemaah)

Hari ini, kita dan sahabat – sahabat kita dan ahli keluarga kita kebanyakannya lebih mencintai kebatilan daripada kebenaran. Ramai yang menjadi hamba hiburan, hamba syahwat, hamba sukan, hamba pangkat, hamba university, hamba harta dan macam – macam lagi hamba lain. Malang sekali, tidak ramai yang sedar akan hakikat bahawa kita ini hamba Allah. Bila diajak kepada yang batil, ramai boleh mengikut dengan mudah. Tetapi, bila diajak kepada yang benar, macam –macam alasan. Kita telah lupa tentang keutamaan – keutamaan kita yang sebenarnya.

Sedarlah, sebelum kita menjadi seorang anak, seorang pelajar, seorang abang, seorang jurutera, dan sebagainya, yang paling utama ialah kita seorang muslim. Justeru, tanggungjawab untuk kita memahami agama telah diletakkan pada bahu – bahu kita. Jadilah insan yang lebih baik. Sesungguhnya kematian itu boleh dating bila – bila masa sahaja.

Moga minggu ini lebih baik dari minggu lepas

Mei 25, 2008 at 7:22 pm Tinggalkan komen

10 Ciri Individu Muslim

Setiap hari jumaat, kita belajar tentang ciri – ciri individu Muslim. Lepas tu, renung – renung lah sikit. Mana yang patut dibetulkan, kita betulkan. Mana yang dah betul, kita elokkan. InsyaAllah, kita akan menjadi hamba yang beriman, taat, dan progresif.

  1. Aqidah Yang Sejahtera
  2. Ibadah Yang Sahih(new!)
  3. Akhlak Yang Murni(Newest!!)
  4. Tubuh Yang Sihat(Newestest!!)
  5. Berpengetahuan Luas
  6. Mampu Berdikari
  7. Menguasai Nafsu
  8. Teratur Urusan
  9. Sangat Menghargai Masa
  10. Bermanfaat Kepada Orang Lain

Mei 23, 2008 at 7:00 am Tinggalkan komen

Mulakan Minggu Anda Dengan Senyuman

Mei 19, 2008 at 11:17 am Tinggalkan komen

Gearing Up for Winter

 

 

Al Aucklandi

Salam to all aucklanders!!!

As the days grow shorter and the temperature cooler, it’s time to safeguard ourselves against the winter months to come – and a strong immune system is our best defence. A healthy muslim is a strong muslim. Doing ibadah will be easier and we can contribute more to the ummah when we’re healthy.

Feeding our immune system starts with making the right food choices in the supermarket. Healthy immunity means giving our body all the raw nutritional materials it needs for fighting off infection. Some helpful nutrients include vitamin C, beta carotene (the plant for vitamin A), B complex vitamins, and the minerals selenium, zinc and iron, to name few.

A healthy gut is essential for strong immunity, because as strange as it sounds, the bacteria living in our intestines play an important part in keeping us resistant to infection. We can help build strong armies of “friendly” bacteria in our large intestine by eating a diet high in fibre from fresh fruits and vegetables, wholegrains and beans and legumes. We can repopulate these friendly bacteria with cultured milk products such as acidophilus yoghurt and liquid yoghurt ‘probiotic’ drinks.

When we’re cruising through the produce department keep our eyes out for immune “superfoods’. Fruits and vegetables rich in immune-boosting beta carotene include carrots, sweet potatoes, kumaras, apricots and dark green leafy vegetables such as spinach and silverbeet. Mushrooms make a delicious addition to our cooked breakfast, and if we choose Shiitake or oyster mushrooms we’re doing our immune system a huge favour. Scientific studies show that Shiitake in particular is a powerful immune booster.

While we’re still in the fruit and vegie aisle, don’t forget to load up on nature’s greatest health booster… the not so humble garlic clove. This pungent, smelly little plant is a member of the onion family, and has been revered for 5000 years for its ability to boost immunity and fight infection.

Adequate protein is another immune essential. Choose from lean meat, fish, chicken, eggs, and dairy products. Along with our great new diet, remember to exercise regularly, get plenty of sleep and make smiling a regular event… now we’re ready for winter!

How to get our vitamin C

To most people vitamin C is synonymous with winter wellness. While vitamin C is found in all fruits and vegetables, some foods are known to be especially rich sources.

Choose from citrus fruits such as oranges and lemons; red bell peppers (which contain three times as much vitamin C as citrus); berries, especially blackcurrant and blueberries (why not stock up on frozen berries); and our own New Zealand superfood, the kiwifruit.

 

Source- EatingWell

Mei 18, 2008 at 10:16 am Tinggalkan komen

60 Tahun Penjajahan Israel (15/5/1948-2008) – petikan dari inijalanku.wordpress.com


Pelarian Palestin 1948. Hari ini kanak-kanak tersebut berumur 70an di kem pelarian luar Palestin atau telah meninggal dunia tanpa sempat pulang ke kampung halaman mereka yang asal. Bagi kebanyakan mereka tiada harapan melainkan kepada Allah dan Gerakan HAMAS (Ikhwan Muslimin cawangan Palestin) untuk mereka pulang. Adapun kebanyakan pemimpin dan umat Islam lain di dunia, mereka sedang dibuai mimpi atau takut hilang kerusi.

Pada hari Khamis 15/5/2008 ini, genap 60 tahun umat Islam belum dapat membebaskan bumi berkat Palestin dari penjajahan Yahudi. Ini sekaligus tanda yang jelas betapa umat Islam hari ini berada di dalam keadaan yang paling lemah dalam sejarah 1400 tahunnya yang panjang.

Penjajah British yang mula menawan Palestin pada tahun 1917, setelah membuat penghijrahan Yahudi secara terancang masuk membanjiri Palestin, akhirnya menyerahkan bumi Islam ini kepada pendatang Yahudi pada tahun 1947 dan tertubuhlah negara haram “Israel”. PBB mengiktiraf “Israel” pada tahun 1948. Peristiwa pedih bersejarah ini dikenali sebagai “An-Nakbah” bermakna malapetaka, berlaku pada 15/5/1948. Selepas itu bagi memastikan bilangan pendatang Yahudi mengatasi bilangan pribumi Palestin, pembunuhan dan pengusiran beramai-ramai dilakukan seperti tragedi Dier Yassin, Shabra Shatila dan banyak lagi. Hasilnya hari ini, 6 juta pelarian Palestin merempat di negara-negara jiran seperti Jordan, Lubnan, Syria dan di merata dunia termasuk negara-negara Barat.

Sudah jatuh ditimpa tangga, setelah menguatkan kedudukannya 20 tahun di Palestin sejak 1948, pada tahun 1967 Israel menyerang dan menawan Bukit Golan milik Syria, Tebing Barat milik Jordan dan Gaza milik Mesir dan masih mencengkamnya sehingga ke hari ini. Berbagai sidang damai diadakan dari dulu hingga kini, namun isu Pelarian Palestin untuk kembali ke tanahair mereka, isu Golan, Tebing Barat dan Gaza sedikitpun tidak dihiraukan oleh Israel.

Selepas 30 tahun penubuhannya untuk membebaskan Palestin, PLO akhirnya telah berdamai dan mengiktiraf “Israel” dalam Perjanjian Oslo 1993 tanpa mendapat apa-apa pulangan selain elaun bulanan dari Amerika dan Eropah. Umat Palestin beralih kepada HAMAS yang masih utuh dengan prinsip membebaskan Palestin dan tidak mengiktiraf “Israel”. Dalam Pilihanraya Umum Palestin 25/1/2006, HAMAS menang lalu Israel, Amerika, Eropah, banyak Negara-negara Arab dan Islam mengikut arahan Barat mengadakan sekatan minyak, makanan, kewangan dan sebagainya terhadap 1.5 juta penduduk Gaza, Palestin hingga ke hari ini sebagai hukuman kerana memilih HAMAS untuk memimpin mereka dalam proses “Demokrasi” yang kononnya diperjuangkan oleh Barat.

Gaza, 6km x 25km, kem tahanan terbesar Abad 21. Bekalan bahanapi dan makanan tidak dibenarkan masuk melalui sempadan 2 negara jiran, Israel dan Mesir.

Dengan ini setelah 60 tahun merana dibawah kezaliman Yahudi, mereka juga perit disebabkan kebanyakan ketua negara-negara umat Islam tidak membantu kerana takut kepada Amerika dan Negara-negara Barat yang lain. Padah tali gantung yang diterima Saddam Hussein yang pernah cuba mencabar Israel dan Amerika dengan peluru berpandu Scudnya masih menghantui ramai pemimpin negara umat Islam.

Isteri dan 4 anaknya mati dibom ketika sedang bersarapan.

Moga umat Islam akan segera sedar dari lamunan mereka. Dihari umat terjaga dan bangkit, pastinya penderitaan umat Palestin selepas peristiwa An-Nakbah sehingga ke hari ini akan segera berakhir. Ameen.

LAMPIRAN

Sebaik Yahudi mengambilalih Palestin dari British tahu 1948, pembunuhan dan pengusiran mengakibatkan pelarian yang paling ramai di dunia. Kem-kem pelarian di negara-negara jiran pada 1948 adalah seperti di bawah. Setelah 60 tahun, pada hari ini, dengan lahirnya zuriat dan generasi, bilangan mereka adalah lebih ramai. Kem-kem pada asalnya diperbuat dari kain kanvas dan kulit binatang ternakan kini berupa menjadi bangunan konkrit tetapi dalam keadaan yang sangat dhaif. Saya pernah menziarahi hanya 1 kem di Jordan (el-Wehdaat) dan 3 kem di Lubnan (Shabra, Shatila dan Burj el-Barajneh).

Mei 15, 2008 at 4:30 am 1 komen

Solat – Rukuk

 

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Dengan menyebut nama Allah Ar-Rahman Ar-Rahim

Moga Allah memberi petunjuk kepada kita dan menjadikan artikel ini bermanfaat.

 

(Untuk siri artikel yang berkisar tentang solat ini saya menukilkan kebanyakannya dari Sifat Solat Nabi karangan Al-Albaani, tetapi disertai juga semakan bersama Sifat Solat Nabi karya bin Baz, Hisnul Muslim karya Sa’id Al-Qathani dan beberapa kitab rujukan lain)

 

Tajuk hari ini ialah :

Apakah yang dikatakan rukuk?

Bagaimanakah sebenarnya rukuk itu?

Apakah maksud zikir-zikir yang dilafazkan ketika rukuk?

 

Perbuatan ketika rukuk :

1. Tangan diletakkan atas lutut [1]

2. Menggenggam lutut[2]

3. Merenggangkan jari[3]

4. Menjauhkan siku dari badan [4]

5. Belakang badan lurus, selari dengan tanah [5]

6. Kepala selari dengan badan, tidak terlalu tunduk tetapi tidak mengangkatnya juga [6]

 

Bacaan yang spesifik ketika rukuk ialah

 

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيْمِ

 

Subhaana Rabbiyal Azhiim

(“Maha Suci Tuhanku Yang Maha Agung”)[7]

 

Adapun mengikut sunnah, bacaan tersebut sebanyak 3 kali atau lebih[7]

Panjangnya rukuk pun digalakkan supaya sama panjang dengan sujud dan duduk di antara dua sujud[8]

 

Terdapat juga bacaan lain yang seringkali Nabi baca ketika rukuk dan juga sujud(bukan spesifik ketika rukuk sahaja)

 

 

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا وَبِحَمْدِكَ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِيْ

 

[9]

سُبُّوْحٌ قُدُّوْسٌ، رَبُّ الْمَلاَئِكَةِ وَالرُّوْحِ

[10]

 

Ada juga bacaan-bacaan lain, boleh rujuk sendiri dalam kitab-kitab kalau mahu.

Perlu diingati, kita dilarang membaca ayat-ayat Al-Qur’an dalam rukuk mahupun sujud(kalau ayat-ayat Al-Quran yang berbentuk doa dan kita meniatkannya sebagai doa, insyaAllah tidak mengapa)[11]

 

 

Footnote :

 

1 Bukhari & Abu Daud.

2 Bukhari & Abu Daud.

3 Hakim , yang menilainya sahih; dipersetujui Zahabi(Sahih Abu Daud)

4 Tirmidhi, yang menilainya sahih, & Ibn Khuzaimah.

5 Bukhari, dan Baihaqi

6 Abu Daud & Bukaari dalam Juz’ al-Qiraa’ah

7 Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah, Daraqutni, Tahawi, Bazarr, & Tabarani

8 Bukhari & Muslim.

9 Bukhari & Muslim

10 Muslim & Abu `Awanah.

11 Muslim & Abu `Awanah.

 

*Adapun penambahan lafaz wa bihamdihi pada [7] walaupun pada asalnya dinilai sahih oleh Al-Albani dalam Sifat Solat Nabi, tetapi kemudian dinilai dha’if dalam kitabnya yang terkemudian(maaf tak ingat kitab yang mana satu)

Mei 14, 2008 at 7:45 am 1 komen

Hadith Minggu Ini

Sabar

39. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Barangsiapa oleh Allah dikehendaki akan memperoleh kebaikan, maka Allah akan
memberikan mushibah padanya-baik yang mengenai tubuhnya, hartanya ataupun apa-apa
yang menjadi kekasihnya.” (Riwayat Bukhari)

Berjemaah di Masjid dan tidak berbual kosong di dalamnya

10. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda: “Shalatnya seseorang lelaki dengan berjamaah itu melebihi shalatnya di pasar atau rumahnya – secara sendirian atau munfarid – dengan duapuluh lebih – tiga sampai sembilan tingkat derajatnya. Yang sedemikian itu ialah kerana apabila seseorang itu berwudhu’ dan memperbaguskan cara wudhu’nya, kemudian mendatangi masjid, tidak menghendaki ke masjid itu melainkan hendak bersembahyang, tidak pula ada yang menggerakkan kepergiannya ke masjid itu kecuali hendak shalat, maka tidaklah ia melangkahkan kakinya selangkah kecuali ia dinaikkan tingkatnya sederajat dan kerana itu pula dileburlah satu kesalahan daripadanya – yakni tiap selangkah tadi – sehingga ia masuk masjid. Apabila ia telah masuk ke dalam masjid, maka ia memperoleh pahala seperti dalam keadaan shalat, selama memang shalat itu yang menyebabkan ia bertahan di dalam masjid tadi, juga para malaikat mendoakan untuk mendapatkan kerahmatan Tuhan pada seseorang dari engkau semua, selama masih berada di tempat yang ia bersembahyang disitu. Para malaikat itu berkata: “Ya Allah, kasihanilah orang ini; wahai Allah, ampunilah ia; ya Allah, terimalah taubatnya.” Hal sedemikian ini selama orang tersebut tidak berbuat buruk -yakni berkata-kata soal keduniaan, mengumpat orang lain, memukul dan lain-lain – dan juga selama ia tidak berhadas – yakni tidak batal wudhu’nya.

Dekatkan diri kepada Nya

96. Kedua: Dari Anas r.a. dari Nabi s.a.w. dalam sesuatu yang diriwayatkan dari Tuhannya ‘Azzawajalla, firmanNya – ini juga Hadis Qudsi :
“Jikalau seseorang hamba itu mendekat padaKu sejengkal, maka Aku mendekat padanya sehasta dan jikalau ia mendekal padaKu sehasta, maka Aku mendekat padanyasedepa. Jikalau hamba itu mendatangi Aku dengan berjalan, maka Aku mendatanginya dengan bergegas-gegas.” (Riwayat Bukhari)

Mei 13, 2008 at 7:17 am Tinggalkan komen

Kiriman Terdahulu


Iklaneka

Mei 2008
I S R K J S A
« Apr   Jun »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Blog Stats

  • 62,649 hits