Tentang Kami

Mengingatkan Yang Tahu, Mengejutkan Yang Lena.


Demi Masa!
[1] Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian [2] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.[3]

Al Asr

Belia Cergas Auckland adalah merupakan suatu inisiatif yang diadakan untuk membentuk kebersamaan di dalam masyarakat pelajar Muslim Malaysia di Auckland, New Zealand atas dasar satu aqidah yang teguh dan suci. Secara dasarnya, perkembangan komuniti muslim Malaysia yang sedang pesat berkembang di Auckland pada masa mutakhir ini memerlukan suatu platform untuk menyuarakan pandangan dan perkembangan semasa komuniti di Auckland. Maka lahirlah laman blog ini.

Penubuhan BeCA masuk tahun kedua tahun ini. Pelbagai aktiviti telah dianjurkan sepanjang tahun lepas dan juga awal tahun ini. Berdasarkan kepada pemerhatian terhadap masyarakat Melayu Muslim di Auckland ini, satu objektif baru BeCA telah digariskan;

Mengingatkan Yang Tahu, Mengejutkan Yang Lena.

Objektif ini dirasakan sesuai kerana ramai orang yang tahu tentang hukum – hukum agama, tetapi malang sekali apabila kita kadang kali terlupa akan semua itu. Bagi yang tidak tahu, insyaAllah kami akan cuba memberitahu.

Bagi yang ingin mendapatkan salinan buletin, kami akan cuba mengupload salinan buletin di bahagian Terbitan Berkala. Selain itu, aktiviti – aktiviti yang kami anjurkan akan turut diiklankan di sini.

Sebarang perkongsian atau cadangan boleh dihubungi menerusi email belia.cergas@yahoo.co.nz atau belia.cergas@gmail.com. Layarilah

Shoutbox @ BECA

April 2008

1 Komen Add your own

  • 1. hamba Allah  |  September 29, 2008 at 9:04 am

    DARI FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN, penulis buku TAUTAN HATI

    SYABAB,
    lahirmu bagaikan tak berharga, kau anak desa, yatim tak berbapa,
    kesusahan hidup mendesakmu berdikari,
    dalam keliru kau mencari identiti diri,
    ketulusan jiran mengajarmu kehidupan,
    cabaran berterusan berbuah kematangan.

    Wahai SYABAB,
    ketekunanmu mengoborkan cita-cita,
    semangatmu bak api marak menyala,
    kau pemuda harapan, sinar menantimu di hadapan,
    bebaskanlah pemuda, dari belenggu kejahilan,
    kau mampu berlari kencang, mencipta gelombang,
    Ayuh, SYABAB!

    Ayuh! Kau pemuda,
    gagah bertenaga,
    kreatif berwibawa,
    bangkitlah membela!

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


%d bloggers like this: