We’ve Gone Dot Com

Salam Alaykum brothers and sisters

BeCA has finally gone dot com. InsyaAllah with this more interesting interface the website will serve its purpose as a communication medium better. proceed to

 

http://beliacergas.com/

Mac 7, 2009 at 7:17 am Tinggalkan komen

Karnival Futsal BeCA and Al Hikmah Trust Outing

untitled-1-copy1untitled-2-copy1

Mac 1, 2009 at 11:01 pm Tinggalkan komen

Selamat Datang dan Selamat Kembali

Assalamualaikum

Pada kesempatan ini, BeCA mengucapkan selamat datang buat sahabat – sahabat yang pertama kali tiba di Auckland. Tahniah atas kejayaan anda tib a di sini. Tentu sekali ini hasil usaha gigih kalian dan juga pertolongan Allah.

Tentu saja ibu dan ayah kalian tersenyum lebar menghantar kalian ke New Zealand baru – baru ini. Manakan tidak, anak mereka yang dahulunya hanya sebesar tapak tangan kini telah besar panjang. Melangkah jauh merentas benua dan kini sedang dalam proses menjadi insan berjaya.

BeCA sekali lagi mengucapkan tahniah buat kalian. Semoga usaha gigih kalian akan berterusan sehinggalah saudara pulang ke pangkuan ibu pertiwi dengan sebuah kejayaan.

Sekali lagi tahniah!!

Selamat Maju Jaya

BeCA

Februari 18, 2009 at 3:27 am Tinggalkan komen

Isu Palestin

Salam Alaykum saudara – saudara yang di muliakan.

Ketika artikel ini ditulis, lebih 500 saudara kita dibunuh di tanah suci palestin. Kita tangisi musibah yang melanda mereka.

Tentera israel juga telah memulakan operasi darat di Gaza. Dengan izin Allah SWT para pejuang kita berjaya memberi tentangan kepada tentera kuffar ini.

Saudara yang dicintai, apabila saudara saudari kita diserang, disembelih dan dipaksa pindah, di manakah kita? Sedang mereka di Gaza dihujani bom – bom , kita sibuk dengan tahun baru.

PAda kesempatan ini, Belia Cergas mengutuk sekeras – kerasnya tindakan yang zalim ini. Kami menyeru para belia mengambil pengajaran daripada keadaan yang menimpa umat pada hari ini.

Kami merayu kepada anda supaya sentiasa mendoakan saudara pejuang kita di Palestin.

Allah menangkanlah saudara kami mujahidin di Palestin!

BAngunlah dan dirikan solat malam. Lalu doakanlah saudara – saudara kita yang berada di medan perang.

Isu palestin bukan isu bangsa atau nasionalisma semata. Isu ini isu umat. Isu BeCA, penulis, umat, kamu dan seluruh muslim.

Boikotlah barangan yang menyokong israel. Berdoalah.

Insyaallah kemenangan ditangan muslim !

Januari 7, 2009 at 2:00 am Tinggalkan komen

jalinan 02

Jalinan 09 Siri Dua

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam.
Nothing much. Just nak promote aktiviti Jalinan 09 a.k.a. Summer Camp untuk student Australia dan New Zealand yang pulang bercuti ke Malaysia anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).  Sesiapa yang nak pergi kesana, harap dapat hubungi imran di 0196466291 supaya kita boleh rancang transport bersama-sama.
InsyaAllah bagi mereka yang tidak tinggal di kawasan Lembah Klang (KL/Selangor), anda masih boleh join kitaorang. Naik je bas ke KL/Selangor. Kemudian korang boleh tumpang kereta kami untuk ke Labu, Negeri Sembilan. Kejap je, start petang Jumaat dan habis pada pagi Ahad. InsyaAllah berbaloi sebab ada banyak aktiviti fizikal menarik seperti Halangan Komando, Jungle Night Walk dan terdapat juga pengisian rohani dan perkongsian ilmu menerusi ceramah ringkas dan forum yang bakal menampilkan Ustaz Abdullah Zaik, Ustaz Halim, Ustaz Fauzi, Dr. Kamsani dan Dr Zainurrashid insyaAllah.
Tarikh: 16-18 Januari 2009
Tempat: Kem SMA, Kg. Gadang, Labu, Negeri Sembilan
(sesiapa yang tak pasti lokasi ni juga boleh hubungi saya jika anda ingin pergi sendiri ke sana)
Yuran hanya RM 50 sahaja. Harap semua dapat sebarkan juga kepada rakan-rakan lain. Semua dijemput hadir. Mari cergaskan diri sambil bersantai dan berukhuwwah. Tentu seronok dan bermanfaat insyaAllah. Sebarang pertanyaan juga boleh hubungi imran.

والله علم
والسلام عليكم

Januari 3, 2009 at 12:32 am 1 komen

Cuti Cuti Cuti

Assalamualaykum Warahmatullah

Macam mana exam semua? ada yang dah habis , masih dan akan habis. Ada juga yang dah balik kan? Sementara semua orang ber’mood’ nak balik cuti, beca menjemput anda merenungi lukisan di bawah ini.

comik-copy

Harap semua dapat ambil pengajaran. InsyAllah, kita gunakanlah masa dengan sebaiknya.

 Dari Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma.katanya: “Rasulullah s.a.w. menepuk kedua dua belikatku, lalu bersabda: “Jadilah engkau di dunia ini seolah-olah engkau orang gharib -yakni orang yang sedang berada di negeri orang dan tentu akan kembali ke negeri asalnya – atau sebagai orang yang menyeberangi jalan – yakni amat sebentar sekali di dunia ini.” Ibnu Umar berkata: “Jikalau engkau di waktu sore, maka janganlah menantikan waktu pagi dan jikalau engkau di waktu pagi, maka janganlah menantikan waktu sore – untuk beramal baik itu, ambillah kesempatan sewaktu engkau sihat untuk masa sakitmu, sewaktu engkau masih hidup untuk masa matimu.” (Riwayat Bukhari)

 

See how desperate we need talent? if you think you’re talented, why not email your talent to us. If you can’t  email your talent (which is kinda impossible) you can email your drawing to us =) lame ….

November 9, 2008 at 3:06 pm Tinggalkan komen

Renungan di pagi Ahad di tengah -tengah minggu exam

 

Assalamu’alaikum wbt..
Sbg makanan hati utk hari ini🙂

Hidup di dunia adalah menumpang buat sementara waktu  saja. Lepas itu kita akan menginap di satu tempat yang kekal di akhirat iaitu syurga atau neraka.   

Di dunia ini, kita ditugaskan mencari seberapa banyak bekal untuk dibawa ke akhirat. Dunia bukan tempat bersenang-lenang. Kesenangan di dunia sementara dan bersifat palsu. Begitu juga dengan kesusahan di dunia –  sementara dan palsu.   

Perlulah kita fahami bahawa kesenangan di dunia bukan betul-betul senang kerana kemungkinan sekali ia menjadi bala, sementara kesusahannya pula mungkin menjadi satu rahmat dan kenikmatan pula.  

Akhirat sahaja tempat yang kekal di mana kesenangannya adalah 100% dan kesusahannya juga 100%.  Menyedari hakikat ini, perlulah kita menyediakan perbekalan untuk satu perjalanan yang sangat jauh. Kekurangan bekalan akan amat menyulitkan perjalanan kita.   

Dalam menjalani kehidupan seharian, kita sering lupa akan matlamat kehidupan kita yang sebenarnya. Lantaran itu Allah seringkali memberi peringatan (notis) supaya kita tidak lupa akan matlamat penghijrahan kita ke alam Baqa’. Notis demi notis dikenakan ke atas diri kita, tetapi kita tidak faham-faham atau tidak erti bahasa dan gembira malah semakin besar tawanya. Kalau TNB memberi notis pemotongan elektrik, kita menjadi kelam-kabut, tetapi bila Allah menghantar notis, kita buat acuh-tak-acuh saja.  

Nabi Musa pernah memberitahu Malaikat supaya segera memberitaunya sebelum mencabut nyawanya. Tetapi tatkala akan diambil nyawanya, Nabi Musa bertanya kenapa Malaikat itu tidak memberitaunya lebih awal. Malaikat segera menjawab, Allah telah banyak kali menghantar peringatan demi peringatan.  

Di antara peringatan (notis) yang dihantar oleh Allah ialah semasa pertukaran rambut hitam menjadi putih, gigi menjadi rongak, mata bertambah kabur, pendengaran bertambah kurang, badan segar menjadi layu, kuat menjadi lemah, muda menjadi tua, kulit semakin kendur dan sebagainya.  

Ada 3 kategori manusia dalam menghadapi kematian:  

Pertama : Bila teringat akan mati, terasa lapang hatinya. Hatinya menjadi suka. Kelompok manusia dalam kategori ini ialah mereka yang benar-benar berilmu dan telah penuh keimanannya terhadap Allah dan hari akhirat. Mereka telah mencapai makrifat terhadap Allah. Ini ialah maqam tertinggi yang dimiliki oleh para wali.  

Kedua: Apabila teringat mati, hatinya menjadi takut, kecut dan gementar. Mereka ialah orang-orang kafir yang tidak sanggup berjumpa dengan Allah. Mereka seumpama binatang-binatang liar kepunyaan seseorang.

 

Apabila tuannya hendak mengambilnya, dia cuba melarikan diri tetapi dapat ditangkap secara paksaan. Kematian mereka amat menghinakan.  

Ketiga: Golongan ini merasa dukacita dan takut terhadap kematian. Tetapi apabila telah mengalami mati, dia berasa sukacita. Malahan jika diberi pilihan, mereka tidak akan mahu kembali ke dunia semula. Mereka telah dapat mengecapi dan menikmati alam yang lebih kekal dan lebih baik daripada alam fana yang penuh dengan kesusahan dan kesengsaraan.

Golongan ini ibarat seorang bayi yang baru lahir dari perut ibunya. Semasa akan keluar, bayi akan menangis kerana menyangka hidup di dalam perut ibunya lebih baik dan nyaman daripada alam dunia. Tetapi apabila telah lahir di dunia ini, dia tidak akan mahu kembali ke dalam perut ibunya meskipun diberi pilihan. Manusia yang termasuk dalam golongan ini ialah orang-orang beriman yang belum mencapai taraf tinggi atau orang mukmin biasa.  

Marilah kita berlumba-lumba mencari bekalan untuk akhirat. Janganlah kita asyik berlumba-lumba mencari bekalan dunia sehingga terlupa pertemuan kita dengan Allah. Kematian hanya penghijrahan atau perpindahan alam; berpindah dari negeri binasa ke negeri yang kekal abadi. Allah telah menghantar banyak notis kepada kita dan jadikanlah ia sebagai cemeti untuk menyedarkan diri tentang kematian yang sudah tentu akan menemui kita.  Wallahu ‘Alam.

 

November 2, 2008 at 9:08 am 3 comments

Kiriman Terdahulu


Iklaneka

Ogos 2016
M T W T F S S
« Mar    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Kiriman Terbaru

Blog Stats

  • 62,440 hits

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.