Archive for September, 2007

Cerpen: DIA YAHUDI

Karya Husaini Amran
Dipetik dari Berita Harian Online

Dia Yahudi

SEBAIK sahaja menjejakkan kaki di kafeteria bangunan Marquette University Alumni Union, bebola mata Salehuddin liar mencari sesusuk tubuh milik David Robbins. Entah apa sebabnya David ingin berjumpa dengannya, Salehuddin sendiri kurang pasti.

Semalam, selepas tamat kuliah Middle Eastern History, David Robbins menahan Salehuddin di luar pintu. Katanya, dia ingin berbicara dengan Salehuddin pada esok hari di kafeteria ini pada jam 2.30 petang. Macam mustahak sangat bunyinya. Salehuddin menerima pelawaan itu, walaupun dia hanya mengenali David Robbins sebagai salah seorang teman sekuliahnya.

David masih belum tiba lagi. Jam di tangan menunjukkan pukul 2.20 petang. Mungkin David sedang dalam perjalanan ke sini. Salehuddin berjalan menuju ke kaunter makanan dan minuman. Perutnya terasa sangat lapar. Suhu musim salju yang terlampau dingin di Milwaukee membuatkan perut sering menjerit minta diisi.

Setelah membayar harga makanan dan minuman, Salehuddin memilih untuk duduk di meja yang berhampiran dengan kaunter bayaran supaya mudah David mencarinya nanti.

Roti sandwich berinti tuna disuap ke dalam mulut. Walaupun sudah lebih setahun bermukim di negara ini, anak tekak Salehuddin masih mengidamkan teh tarik, roti canai dan nasi lemak. Bila berada di perantauan, kita akan merindui makanan dan minuman yang selalu kita makan di negara asal. Cuma tinggal lapan bulan sahaja lagi sebelum Salehuddin tamat pengajian dan pulang ke tanah air.

(selanjutnya…)

September 30, 2007 at 11:13 pm Tinggalkan komen

SEPARUH MASA KEDUA PIALA TAQWA!

Hasil nukilan saifulislam

Dugaan

“Wahai orang-orang yang beriman, puasa telah diwajibkan ke atas kamu sebagaimana ia telah diwajibkan ke atas generasi sebelum kamu, mudah-mudahan (dengan puasa itu) kamu bertaqwa” [al-Baqarah 2: 183]

Sahabat,

Kita sudah pun masuk ke separuh kedua bulan Ramadhan. Separuh kedua ini biasanya adalah pusingan penentu. Jika kita umpamakan Ramadhan ini seperti perlawanan bola sepak, separuh masa kedua bukan lagi ruang untuk cuba-cuba mengintai pihak lawan, berkhayal mencari strategi dalam bayangan atau sekadar berlari turun naik padang tanpa arah tujuan. Semua orang sudah mesti tahu apa peranan masing-masing dan sudah tiba masanya untuk bertindak dan menyerang.

Apakah jaringan kita setakat separuh masa kedua ini?

(selanjutnya…)

September 28, 2007 at 11:54 pm 1 komen

RAMADHAN PERLU DIHIDUPKAN SIANG MALAM 24/7

Oleh Mohd Kamel Mat Salleh
Dipetik dari laman Berita Harian Online 11092007

Bismillah

PELUANG mendapatkan pahala terbuka luas kepada setiap Muslim. Segala syariat yang dipertanggungjawabkan Allah untuk dilaksanakan mahupun ditinggalkan, mempunyai falsafah tersendiri yang semuanya menjurus kepada penambahan pahala dan pengampunan dosa.

Kelebihan syariat Islam berbanding suruhan dalam agama lain ialah ganjaran yang bakal diperoleh walaupun sesuatu amalan itu belum lagi dilaksanakan. Maksudnya, Allah menjanjikan ganjaran terhadap perkara yang belum terjadi. Ia adalah galakan supaya muslimin lebih bersungguh melakukannya dan ganjaran itu akan berlipat ganda selepas ia dilaksanakan.

Berhubung kegembiraan hati dan jiwa muslimin menyambut kedatangan Ramadhan, ia juga adalah satu pahala walaupun ibadat puasa belum lagi bermula. Ini dijelaskan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang bergembira dengan kedatangan bulan Ramadhan akan diharamkan dirinya daripada simbahan api neraka.”

Hanya bergembira dan seronok dengan kedatangan Ramadhan sudah dijanjikan manfaat oleh Allah. Betapa tingginya kasih sayang Allah terhadap golongan mukmin yang sentiasa merebut peluang menambah amal pada bulan mulia di sisi-Nya.

Ramadhan adalah bulan mulia daripada sekalian bulan yang Allah anugerahkan khas kepada umat Islam kerana ada banyak kelebihan dan kemuliaan di dalam bulan itu yang tidak terdapat pada bulan lain.

Rasulullah SAW menyebut dalam sabdanya bermaksud: “Sekiranya umatku mengetahui kebesaran dan kelebihan Ramadhan, nescaya mereka akan meminta Ramadhan itu setahun penuh.”

Hadis ini menjelaskan bahawa kelebihan Ramadhan bukan sekadar terletak kepada ibadat puasa. Sesungguhnya pemahaman segelintir masyarakat yang menyebut Ramadhan ialah bulan puasa perlu diperbetulkan. Sandaran itu seolah-olah menggambarkan puasa itu hanya di bulan Ramadhan. Apabila pemikiran manusia sudah tertumpu ke situ, maka kelebihan lain dalam bulan mulia itu seolah-olah dilupakan.

Untuk memperoleh kelebihan Ramadhan, setiap mukmin perlu melipatgandakan amalan pada bulan Ramadhan dan hadis-hadis juga tidak mengkhususkan manfaat diperoleh hanya jika sekadar berpuasa semata-mata. Apa ertinya puasa jika tiada penghayatan di sebalik falsafah ibadat itu.

(selanjutnya…)

September 22, 2007 at 10:13 am 1 komen

Ketibaan Ramadhan…

 

Diadaptasi dari bahantarbiyyah.info

katun_Chomei

Allah swt berfirman,

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa (2:183)

(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang batil).(2:185)

“Sesiapa yang mendirikan (malam Ramadhan) dengan solat terawih dan qiyamullail di sepuluh malam akhirnya) dengan keimanan dan berharap ganjaran dari Allah maka keluarlah dia dari dosa seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya”(hadis)

Ketika Ramadhan menjelang, Rasulullah s.a.w. bersabda; Wahai manusia, menjelang bulan agung lagi berkat. Bulan yang didalamnya ada satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Sesiapa yang mendekatkan dirinya dengan amalan-amalan Fardhu, seolah-olah dia telah mendapat 70 pahala fardhu di bulan-bulan lain. Sesiapa yang mendekatkan dirinya dengan amalan-amalan sunat, seolah-olah dia mendapat pahala amalan fardhu di bulan-bulan lain. Ia adalah bulan sabar …….. (Hadis)

Ramadhan semakin tiba

Ia adalah bulan yang dinantikan oleh mereka yang mahu melipat gandakan ibadah kerana amalan fardhu di dalam bulan tersebut digandakan sebanyak 70 kali ganda. Amalan sunat didalamnya menyamai amalan fardhu di bulan-bulan selain Ramadhan. Oleh itu masyarakat berpusu-pusu ke ‘prayer room’/masjid bersolat tarawih. Semoga amalan dan latihan bersolat jemaah di sana sepanjang bulan ramadhan diteruskan pada bulan selain Ramdhan setelah tamatnya Ramadhan.

Alangkah baiknya jika kita memperuntukkan beberapa hari kita untuk hari-hari terakhir Ramadhan agar kita dapat ber’iktikaf di siang hari dan jua di malamnya kita memanfaatkan kelebihan pahala ibadah 1000 bulan yakni malam Lailatul Qadr. Pada masa ‘iktikaf juga kita dapat mengenali kenalan ‘iktikaf kita di ‘prayer room’/masjid, berkenalan dengan mereka yang selalu memakmurkan masjid dan menambahkan kenalan kita yang terdiri dari mereka yang soleh dan musleh. Kita dapat mengetahui pelbagai pengalaman dan ilmu yang tidak kita dapati di dalam pembelajaran kita.

(selanjutnya…)

September 15, 2007 at 11:20 am Tinggalkan komen

Familiar Stranger in Our House

A few months before I was born, my dad met a stranger who was new to our small town. From the beginning, Dad was fascinated with this enchanting newcomer, and soon invited him to live with our family. The stranger was quickly accepted and was around to welcome me into the world a few months later.

As I grew up, I never questioned his place in our family. In my young mind, each member had a special niche. My brother, Bilal, five years my senior, was my example. Fatimah, my younger sister, gave me an opportunity to play big brother and develop the art of teasing. My parents were complementary instructors – Mom taught me to love the word of Allah, and Dad taught me to obey it.

But the stranger was our storyteller. He could weave the most fascinating tales. Adventures, mysteries, and comedies were daily conversations. He could hold our whole family spell-bound for hours each evening. If I wanted to know about politics, history, or science, he knew it. He knew about the past, understood the present, and seemingly could predict the future. The pictures he could draw were so life like that I would often laugh or cry as I listened. He was like a friend to the whole family. He took Dad, Bilal, and me to our first major league baseball game. He was always encouraging us to see the movies and he even made arrangements to introduce us to several movie stars.

(selanjutnya…)

September 8, 2007 at 12:20 am 2 comments


Iklaneka

September 2007
I S R K J S A
« Ogo   Okt »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Top Posts

Blog Stats

  • 62,669 hits