Archive for Julai, 2007

Islam makin bersinar di Eropah

Oleh Nurul Axlina Kamaludin (Berita Harian Online 29072007)
Beratus-ratus masjid baru dibina ketika banyak gereja terbiar

01218990_100.jpg

BENUA Eropah yang menjadi antara lubuk sentimen Islamphobia yang dihangatkan lagi dengan rentetan cubaan serangan terbaru di Britain, baru-baru ini, sebaliknya semakin diterangi sinar Islam menerusi projek pembinaan beratus-ratus masjid baru.

 

Setakat ini, di Britain saja ada sebanyak 1,500 masjid manakala 10 di Perancis, lapan di Sweden, empat di Hungary dan dua di Russia termasuk Masjid Qolsharif di Tatarstan yang menjadi masjid terbesar Eropah pada masa ini.

 

Gambaran Masjid Qol Sharif

(selanjutnya…)

Advertisements

Julai 31, 2007 at 9:58 pm 6 comments

Kisah Waterfront

Hasil nukilan al-aucklandi

Snapper Jr

Kisah ini bermula di perairan Waitemata Harbour yang berhadapan dengan Auckland Waterfront. Di kalangan hidupan laut yang tidak tahu jumlahnya, tinggallah seekor ikan New Zealand yang popular Snapper Jr. Lantaran usianya yang masih muda dan tenaga, Snapper Jr. Memang terkenal dengan semangat yang berkobar-kobar, sama seperti pemuda-pemudi cergas Auckland.

Snapper Sr

Sementara itu, berdekatan kawasan tempat Snapper Jr, tinggallah seekor ikan yang tua yang berpengalaman dan bijaksana. Maklumlah, ikan yang sudah lebih dahulu dan banyak ‘makan garam’ berbanding komuniti Snapper yang lain. Kita panggillah dia Snapper Sr.

(selanjutnya…)

Julai 27, 2007 at 11:02 pm 2 comments

Berlayar

Bagaimana Melayari Internet dengan Kebersamaan Allah

Oleh: Al-Ustaz Dr Fathi Yakan

googlequran.jpg

‘Internet’ merupakan senjata bermata dua, satu pendekatan yang mempunyai dua wajah yang bertentangan; dalamnya ada unsur peruntuh dan membina, memati dan menghidup, petunjuk hidayah dan godaan. Dan cara bagaimana ia digunakan adalah garis pemisah antara keduannya.

 

Saya harap tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa ‘internet’ mempunyai daya tarikan, keberkesanan, mudah dicapai, dilayari dan bersifat interaktif yang menjadikan ia alat terkini dari segi kesan dan ruang cakupan. Ia melitupi bola bumi tanpa sekatan dan tandingan. Ia boleh dijadikan mimbar untuk orang Islam menegakkan hujah ke atas manusia dengan menyebarkan Islam dan menyampaikan dakwahnya kepada seluruh manusia di seluruh pelusuk alam.

 

Benarlah seperti firman Allah taala yang bermaksud: ….supaya tidak menjadi hujah manusia terhadap Allah selepas kedatangan rasul-rasul…..(an Nisa’ 165)


Dan firman maksudnya: Dan begitulah kami jadikan kamu umat pertengahan supaya kamu menjadi saksi kepada manusia dan rasul menjadi saksi keatas kamu….(al Baqarah 143).

(selanjutnya…)

Julai 23, 2007 at 12:22 pm Tinggalkan komen

Malap

candle-lite.jpg

APABILA IMAN MENJADI MALAP

Assalamualaikum w.r.b.t. or Kia Ora

Got something interesting review to be shared regarding the news by bbc. Alamilah…….

Quoted from “muharikah” i_sya_z@yahoo.com
Fri Nov 17, 2006 1:32 am (PST)

Apabila iman menjadi malap

Oleh :Aisyah Z

Melihat keadaan kes murtad yang berleluasa di negara kita, sedikit sebanyak peristiwa ini telah menyentak kuat rasa iman kita serta menjadikan kita terkesima lalu mengelengkan kepala, mengapa perkara ini boleh berlaku? Mengapa di bumiku tempat sepatutnya Islam itu subur, terjadinya peristiwa di mana manusia itu mahu lari dari iman dan Islam itu sendiri? Merasa rimas dengan pakaian Islamnya dan kehilangan rasa manisnya iman di hatinya? Mengapa perkara itu boleh berlaku?.

‘If people know that I’ve converted to Christianity, they might take the law into their own hands. If they are not broadminded, they might take a stone and throw it at me.”

Hati manakah yang ada iman di hatinya sanggup berkata-kata sedemikian?

Maria became a Christian over a decade ago when she was 18. She says no-one forced her to convert, that she made the decision after studying different religious texts.

Ya, kita berasa pelik! Bagaimana seorang muslim berbangsa muslim yang dibesarkan dalam keluarga islam, disekolahkan di sebuah sekolah yang ramai penganut Islam, yang suara-suara Islam banyak kedengaran di sekelilingnya, melalui rakan, surat khabar serta tv boleh berfikir untuk menukar agama?

Benar kata Allah :

‘Bagaimana Allah akan memberikan petunjuk kepada suatu kaum yang kafir setelah beriman, serta mengakui bahawa Rasul ( Muhd) itu benar-benar( rasul) dan bukti-bukti yang jelas telah sampai kepda mereka? Allah tidak memberi petunjuk kepada orang zalim’ ( Ali-Imran: 86)

“Maka sesiapa Yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam…” (Surah Al-An’am 6: 125)

Allah memilih siapa sahaja unutk menerima hidayahNya. Apabila Dia campakkan hidayahNya, taiada siapa yang dapat menahannya. Ya memang kita sedih kerana saudara semuslim tergamak untuk keluar dari agama hanif ini. Sehinggakan walaupun tokoh gereja tidak mahu menolongnya, dia begitu gagah berani mempertahankan pendiriannya.

“My church says if the authorities come, they are not going to stand up for me. I have to stand up for myself,” she said.

Dan kita duduk berfikir sendiri, apa dah jadi dengan negara kita? Apa dah jadi dengan Muslim sedunia? Apa dah jadi dengan Muslim sebangsa kita?

Kalau kita melihat dari tingkap di atas, kita teropong dunia sekarang ini, dengan berkecamuknya keadaan di Iraq, dahsyatnya perbantaian tanpa henti di Palestin selama lebih setengah dekad, dengan kes kristianisasi yang tak kurang kalahnya di Indonesia, dengan tak bersatunya dunia Arab yang diharapkan menjadi tunggak kesatuan umat Islam, dengan kecaman suara Amerika dan British terhadap orang Muslim serta gerakan persatuan pelajar Islamnya, masalah ketidakadilan umat islam di Tak Bai dan bermacam-macam lagi, kita akan lihat di sana sini masih ada jeritan suara meminta pertolongan. Ada tangisan meminta belas kasihan. Ada kesakitan yang diminta diubati. Ada tangan-tangan yang perlu dicapai. Dan kita yang meneropong ini hanya mampu menelan air liur, khusyuk memerhatikan saudara kita, hanya mampu berasa belas kasihan tanpa tahu berbuat apa-apa.

Islam diserang kesusahan dan kesenangan. Diserang dengan bedilan meriam dan hedonisme.Kita tahu itu semua. Kita seolah-olah seperti penggemar burung yang sibuk memerhatikan burung di angkasa, berkenalan dengan burung itu, tanpa memberi impak besar kepada kehidupan burung-burung itu sedikit pun.

Akhirnya kita selalu dikejutkan dengan kisah-kisah sensasi ini.Seperti mana burung yang kita cari untuk teropong itu telah mati ataupun pupus. Kita pun rasa sedih dan tak tahu untuk berbuat apa-apa.

Peristiwa kemurtadan yang berleluasa ini adalah satu amaran Allah bagi mereka yang masih bersisa nilai iman di hatinya. Di kala ini kita seolah-olah dibangkitkan dari lena yang panjang. Kita terduduk dan terkesima, apa yang dah aku buat sehinggakan ada orang sanggup murtad? Jawapannya adalah; Apa yang kita buat adalah tidak cukup. Kita tidak cukup berdakwah sebab itulah ramai lagi manusia yang tidak mendegar lagi seruan Islam. Kita tidak cukup menyeru manusia pada Islam sehinggakan rasa iman masuk menghiasi relung hati ramai manusia di bumi Allah ini. Ya, dalam keselasaan kita hidup di dunia ini, sedarlah, sebenarnya kita tidak cukup buat apa-apa untuk mengelakkan manusia seperti Maria ini keluar dari agama Allah.

But many Malaysian Muslims believe that people like Maria pose a threat to Islam.

Dan mengapa kita biarkan orang kafir menulis sesuka hatinya sedemikian rupa?
Paling sedihnya, majoriti umat Islam akan memandang enteng kisah sebegini..

‘Ek.. oowh… camtu ke?’ Tanpa rasa apa-apa mereka meneruskan kehidupan robot mereka berputar-putar mencari makna hidup yang tak ke mana.

Bagi yang ada kesedaran akan berucap; ‘ Astaghfirullah, moga-moga kita tak dimasukkan dalam golongan sedemikian. Marilah kita sama-sama doa.’

Tapi kebanyakannya akan memandang sepi peristiwa ini dan lebih suka mengambil langkah berada di atas pagar;

And the debate between those who say Maria should have the right to officially convert, and those who are against apostasy has become so heated that the prime minister has asked both sides not to discuss sensitive religious questions in public.

Dan kita masih lagi meneropong kisah-kisah ini dengan perasaan yang sedih dan berat. Bagaimana kita dapat menolong bukan sahaja kaum-kaum lain ‘senasib’ Lina Joy dan Maria, tetapi golongan manusia yang masih menyembah hedonisme, yang masih tidak pedulikan pun kisah-kisah ini berlaku di kampung mereka sendiri. Sekali sekala kedengaran suara orang bersorak menyedarkan, tapi rata-rata pemuda zaman sekarang, lebih suka menghabiskan masa di depan komputer game serta berpacaran ke sana sini.

Dan kita meneropong mereka dengan jeritan suara batin yang lantang;

Aku perlu menyelamatkan mereka semua!!

Di kala Maria rasa keseorangan ; I feel that I am all alone in this struggle,” she says, “and I am frightened because I am alone against the odds.”

Kita mahu memegang tangan dia semula untuk mengenal al-haq…Kita juga mahu menyedarkan ramai manusia yang mempunyai ‘kesedaran’ untuk murtad untuk merasai rasa manisnya berada dalam iman dan Islam.

Kita mahu menunjukkan betapa seronoknya hidup berpaksikan Tuhan.Tapi adakah kita berusaha untuk ke arah itu?

Yahya bin Muadz Ar-Razi pernah berdoa:

‘Ya Allah, sesungguhnya yang paling menggembirakan saya adalah kemurahanMu mengurniakan iman kepadaku, dan paling aku khuatiri adalah apabila Engkau mencabut iman itu dariku, selama kekhuatiran itu berada dalam diriku, jangan Engkau cabut iman itu dariku’

Paling penting, adakah kita sendiri merasai manisnya iman itu ? Oleh itu, jangan dijadikan kesedaran ini kesedaran sementara, setelah berlalunya masa kita biarkan sahaja kisah ini, kita biarkan orang lain menyelesaikan masalah ini dan mengharapkan keajaiban Allah untuk memenangkan agama kita, sedangkan kita tahu bahawa Allah takkan berikan kita kemenangan tanpa kita berusaha memperolehnya.

Di samping itu, kita sendiri perlu tahu, apakah perkara yang dapat mencabut diri kita dari iman:.

Sewaktu Abdul Qasim Al-Hakim ditanya: Apakah ada perbuatan dosa yang dapat menyebabkan tercabutnya iman dari diri seseorang? Dia menjawab: Ada 3 dosa yang dapat menyebabkan tercabutnya iman:
a) Bilamana dia tidak bersyukur kepada Allah atas nikmat iman yang dikurniakan kepadanya
b) Ketika dia tidak khuatir tercabutnya iman di dalam hatinya
c) Apabila dia suka berbuat aniaya sesama Muslim

Sifat kita bukan melatah, tapi kita bertindak atas sesuatu persoalan itu dengan hikmah dan kerja yang bersungguh-sungguh tanpa penat dan lelah.

Semoga tulisan ini bermanfaat buat mereka yang membaca..

Ditulis berdasarkan keratan akhbar http://news.bbc.co.uk/1/hi/programmes/crossing_continents/ 6150340.stm

That’s all for now.
Wassalamualaikum or cheers

Julai 17, 2007 at 4:55 pm Tinggalkan komen

Belia Cergas Auckland

Pada tanggal 4may yang lalu, atas kesedaran beberapa orang pemuda yang mahu menyatukan tenaga belia mahasiswa Malaysia yang terdapat di bumi Auckland ini, maka terbentuklah BECA atau Belia Cergas Auckland. Namun entry saya pada kali ini bukanlah berkisar kepada sejarah penubuhan BECA, mahupun bagaimana ia berfungsi. Fokus saya pada kali ini ialah pada belia itu sendiri.

 

 

Sepertimana yang hadirin pembaca semua maklum, belia merupakan golongan emas, bukan kerana sudah lanjut usia tetapi kerana nilai mereka yang amat tinggi buat satu-satu masyarakat. Belia merujuk kepada mereka yang masih muda. Ada yang mendifinisikan belia sebagai mereka yang berusia antara 15 hingga 40 tahun. Apa pun jua definisi belia, yang saya fahami ialah, belia merupakan suatu golongan masyarakat yang mampu melakukan sesuatu yangBESAR. Ini dapat dicapai HANYA… hanya sekiranya golongan belia tadi mempunyai kualiti-kualiti hidup serta pemikiran yang luar biasa.

 

 

Bangsa Islam-Melayu telah mula dijajah sedari kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka. Apakah dengan menyambut kemerdekaan setiap 31 ogos, menunjukkan kita sudah merdeka?? Kalau dahulu fizikal kita dijajah, kini fikiran kita pula menjadi mangsa.

 

 

Orang Melayu selalu kata,”Pemuda harapan bangsa, Pemudi tiang negara.” Cuba kita sama-sama renungkan kembali, maksud sebenar kalimah penuh erti ini.. Izinkan saya mengeluarkan satu persoalan. Sejauh mana pemuda dan pemudi Islam-Melayu ini mampu menyahut cabaran di atas? Realitinya, pemuda kita semakin larut dibuai arus kemodenan dan tiada masa walau untuk mengambil tahu tentang agama, bangsa dan negara. Inikan pula hendak dijadikan harapan!! Pemudi pula sudah terlalu dibaratkan sehingga rasanya lebih elok mereka berdiri sebagai tiang negara barat!! Belia yang semakin larut ini bagaikan mencari kebinasaan diri sendiri yang seterusnya membawa kepada kebinasaan masyarakat dan negara.Tidak sedarkah para belia skalian bahawasanya anda adalah pembawa panji, serta pejuang di barisan hadapan dalam pertempuran mengembalikan maruah kita yang sudah dicemarkan sejak sekian lama.

 

 

Teringat saya pada kata-kata seorang penyair berbangsa arab yang mahsyur bernama Iqbal,

 

“Setiap masalah itu, berpunca daripada lemahnya cita-cita kamu”

 

 

Masalah belia umat islam secara keseluruhan, dalam negara Malaysia khususnya bukan sekadar pada mereka yang sudah jelas menjadi sampah masyarakat. Saya bimbang belia yang mempunyai lulusan universiti turut menyumbang kepada lebih besarnya masalah ini. Mengapa saya katakan sedemikian rupa..?? Kerana kebanyakan mereka hanya tahu memenuhi perut-perut sendiri sahaja. Tidak sedarkah kita bahawasanya, anak-anak kecil sahaja yang selayaknya meletakkan cita-cita mereka dengan memenuhi kehendak sendiri. Belia perlu membawa cita-cita yang jauh lebih besar dari mengingini rumah besar, kereta besar dan apa sahaja yang besar yang mampu anda sendiri fikirkan. Ke mana sangatlah hendak kita usung segala yang diperolehi itu. Cita-cita kita perlu diletakkan pada sesuatu yang kejayaannya berterusan walaupun setelah ketiadaan jasad yang membalut roh ini di dunia.

 

 

Apakah kejayaan berterusan yang saya maksudkan sebentar tadi? Kejayaan itu hanyalah bila kita berjaya kembali menggemilangkan umat islam yang berbangsa melayu ini. Sedarlah wahai pembaca yang rata-ratanya sahabat saya, kita sudah jauh ketinggalan.

 

 

Saya tidak sanggup melihat anak bangsa malas lagi.

 

 

Saya tidak sanggup melihat anak bangsa gagal lagi.

 

 

Saya tidak sanggup melihat anak bangsa dijajah lagi.

 

 

Namun, bukanlah suatu tugas mudah untuk mengubah masyarakat ini. Tetapi, kalau bukan kita, siapa lagi yang mahu mengubahnya??

 

 

Firman Allah

” Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka yang mengubah nasib mereka sendiri”.

 

 

Believe me, it has to start somewhere…

Renungkanlah sebuah puisi karangan sean covey yang telah saya ubah suaikan ke dalam bahasa kebangsaan kita:

 

Pernah pada suatu ketika,

Aku bercita-cita mengubah dunia ini,

Namun, itu terlalu sukar untuk aku capaikan..

 

 

Lalu, aku berhajat pula ingin mengubah negara ini,

Namun setelah masa berlalu,

Aku rasakan itu terlalu berat bagiku..

 

 

Lalu, aku berhajat pula ingin mengubah masyarakat ini,

Namun kemampuanku semakin terbatas,

Aku rasakan tidak mampu untuk melakukannya..

 

 

Lalu, aku berhajat pula ingin mengubah ahli keluarga ku,

Namun, sudah tiada siapa yang mahu mendengar kata-kataku lagi,

Aku semakin lemah dan tidak berdaya melakukannya..

 

 

Akhirnya, tatkala setiap sendi sudah makin lemah,

Dan jasad ini kian tidak bermaya,

Mata ini hampir sahaja aku lelapkan buat selama-lamanya,

Barulah aku sedar bahawasanya aku perlu mengubah diriku sendiri.

 

Dengan mengubah diri sendiri,

Aku dapat menjadi suri teladan kepada ahli keluargaku,

Seterusnya ahli keluargaku dapat menyumbang dan mengubah masyarakat sekeliling,

Lalu, masyarakat tadi membentuk negara yang sering aku idamkan,

Kemudiannya, negara ini akan menjadi pengaruh kepada negara-negara lain,

Dan akhirnya membentuk sebuah dunia sepertimana yang aku idam-idamkan.

 

 

Sahabat sekalian, semuanya bermula dari diri anda sendiri. Bangunlah dari tidur yang panjang.

http://azmirnadzar.blogspot.com/

Julai 15, 2007 at 8:56 pm Tinggalkan komen

Suatu perkongsian

Tajdid Iman: Perbanyak amalan wajib, sunat mantap kualiti iman

Bersama Dr Juanda Jaya

RAMAI hamba Allah yang mengeluh: “Alangkah cepatnya hatiku berubah”. Sekejap kuat membara sengatan iman di hati, tetapi lama kelamaan pudar juga oleh sengatan syahwat yang berbisa. Jika dulu bersemangat mengkaji dan mengamalkan Islam, kini semangat itu menjadi surut disebabkan kesibukan dunia yang tak ada penghujungnya.

Begitulah keadaan hamba yang semakin tenggelam ke dasar lautan duniawi tanpa menyedari nafas imannya semakin lemah dan akan mati lemas akhirnya. Beruntunglah sesiapa yang mahu memperbaiki imannya, menjaga dan melindungi iman seperti dia melindungi hartanya atau popularitinya supaya tidak musnah.

Antara tanda punca kelemahan iman seorang hamba yang menyebabkan dia tersungkur di lembah dosa ialah:

Ibadat tidak berkualiti. Sesiapa yang berasa dirinya jauh daripada Tuhannya, terseleweng daripada jalan-Nya ataupun berhenti terlalu lama dalam permainan nafsu syahwatnya, kembalilah semula ke jalan Allah supaya dia dicintai Allah.

Bawalah dua bekalan asas iaitu ibadat wajib dan sunnah. Mungkin ketika iman lemah dia tidak sama sekali meninggalkan kewajipan tetapi ibadatnya itu kurang berkualiti dan sedikit jumlahnya. Padahal, iman diukur menurut amalan wajib dan sunat yang boleh melahirkan jiwa hamba dekat kepada Allah.

Rasulullah SAW bersabda dalam hadis qudsi yang bermaksud: “Allah berfirman: Tidaklah seorang hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang paling Aku cintai selain daripada kewajipan yang Aku fardukan kepadanya. Dan hamba-Ku itu sentiasa mendekatkan diri kepada-Ku dengan ibadat sunnah sehingga Aku mencintainya.” (Hadis riwayat al-Bukhari). Ramai hamba Allah yang tertipu dengan amalannya sedangkan ia hanyalah umpama debu pada pandangan Allah.

Hati yang tidak khusyuk. Awal kerosakan amal ialah hati yang tidak dapat menghadirkan khusyuk. Penyakit itu akan bertambah teruk apabila ia meninggalkan karat kemalasan ketika beribadat. Berjumpa dan berhubungan dengan Allah tanpa wujud perasaan seolah-olah kosong dan hampa. Dia melakukannya sekadar mendirikan kewajipan saja, tetapi tiada kemanisan ibadat.

Khusyuk hanya diperoleh dengan jalan mujahadah. Punca hilangnya khusyuk ialah hati terlalu keras. Cara melembutkan hati ialah dengan melemahkan nafsu. Sahabat membiasakan diri dengan sujud yang panjang pada akhir malam seperti mana sunnah yang diajarkan Rasulullah SAW.

Baginda memanjangkan sujud dalam solat malamnya selama kurang lebih membaca lima puluh ayat al-Quran, begitu juga ketika rukuknya. Saat paling dekat seorang hamba kepada Allah ialah ketika dia sujud. Ia mampu melembutkan hati dan mengubat jiwa yang tenat tanpa iman.

Berlebihan dengan perkara yang mubah. Bercuti boleh meredakan ketegangan, menjamu selera dan membeli-belah baik untuk mengubat kebosanan, memakai pakaian yang indah dan mahal tidak dilarang, membeli perhiasan dan apa yang menyukakan hati boleh melahirkan kesyukuran kepada nikmat Allah Taala.

Akan tetapi, perkara sebegini kadang-kadang membuat kita leka. Jika berlebihan segala aktiviti untuk memanjakan diri, dibimbangi akan melemahkan semangat perjuangan. Mengaburkan mata dan hati yang celik dan akhirnya larut dalam kesibukan dunia hingga melupakan akhirat.

Tidak menghadiri majlis ilmu. Manusia mudah lupa dan hilang pedoman hidupnya, tidak jelas matlamat, arah dan tujuannya. Siapa dirinya, berasal dari manakah dia, mahu ke mana dan apa yang mahu dicapainya?

Semua itu memerlukan jawapan yang pasti tetapi manusia yang lemah iman sudah kehilangan matlamat hidupnya. Untuk mendapatkan kembali pedoman hidupnya supaya tidak tersalah jalan, dia perlukan hidayah iaitu ilmu Allah.

Mengalami gejala kesedihan dan kerisauan berlebihan. Apabila iman menipis, lupa kepada Allah, akan lahirlah perasaan sedih, susah hati dan murung. Benarlah firman Allah Taala yang bermaksud: “Hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.”

Mengingati Allah maksudnya ingatan yang membawa kepada kegembiraan. Gembira dengan takdir-Nya, reda dengan jalan hidup yang dipilih untuknya, untung rugi harta, susah senang kehidupan kerana manusia lahir ke dunia dengan senario yang termaktub di Lauh Mahfuz.

Setiap mukmin memiliki hati yang mampu berbisik mengenai keadaan imannya, siapakah yang paling mengetahui diri kita melainkan Allah Taala dan diri kita sendiri.

Penulis bertugas di Pejabat Mufti Sarawak

(selanjutnya…)

Julai 11, 2007 at 8:50 am Tinggalkan komen


Iklaneka

Julai 2007
I S R K J S A
    Ogo »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Top Posts

Blog Stats

  • 62,730 hits