Archive for Jun, 2008

Berjalan, Melihat & Mentafsir

Dengan nama Allah Maha Pemurah, Maha Penyayang

petikan dari Minda Insaniah


Dengan izinNya semester pertama tahun ini di tempat pengajian di sini secara rasmi akan berakhir pada masa lebih kurang sepuluh hari dari sekarang. Maka telah kedengaran pelbagai perancangan tentang bagaimana untuk menghabiskan cuti sebagai mengisi masa kosong tidak hadir ke kuliah atau yang sewaktu dengannya. Dan sudah menjadi kebiasaan kebanyakan di antara diri di sini akan merancang untuk berjalan keluar dari
kota kecil berjumlah lebih kurang satu juta penduduk ini. Pernah minda ini terfikir, “buat ape belajar jauh-jauh naik flight 10 jam sekadar untuk mendapatkan segulung ijazah, baik belajar di tanah air pun boleh dapat gak”. 

Dan belajar di sebuah negara yang cukup terkenal dengan keindahan alamnya membuatkan musim cuti di sini akan menjadi lebih bermakna. Tidak kira sama ada ke Cape Reinga Light House di utara, atau ke East Cape Light House di Timur, atau di barat, atau ke Stewart Island di selatan, hatta ke puncak Mt Cook sekalipun, berjalan melihat keindahan alam akan menjanjikan suatu kepuasan buat diri yang berada di sini. Bagi minda ini, pengalaman ini tidak akan serupa sama sekali jika diri berjalan ‘road trip’ di tanah air. Melihat gunung-gunung yang diliputi salji putih, bukit-bukit kecil dan ladang lembu dan biri-biri yang kehijaun, sungai-sungai dan tasik-tasik yang kebiruan, hutan yang tampak zaman jurassic, dan pelbagai lagi pemandangan indah yang tidak dapat tidak memberikan suatu pengisian kepada diri yang dahagakan ketenangan. 

video
Ya, diulang sekali lagi, pengisian kepada diri yang dahagakan ketenangan daripada hiruk-pikuk kehidupan belajar atau bekerja yang telah menjadi rutin kehidupan seharian diri. Dan, lebih bersifat peribadi, teman serumah minda ini yang berasal dari California juga (bukan muslim la kan) mempunyai ciri-ciri yang sama. Cuba untuk meneroka alam sepuas hatinya. Dalam masa lima bulan ini sahaja, sudah dua kali dia ke Queenstown meneroka wilayah selatan yang sungguh luar biasa pada pandangan manusia. Malah, di tempatnya, El Capitan atau Yosemite National Park menjadi tempat kunjungannya saban tahun. Tidak jemu katanya. Ini hanyalah kes terpencil, dan jika diri perhatikan di penginapan backpackers dan yang seiring dengannya, ramai di antara mereka yang gemar berjalan-jalan, malah jika ada baby sekalipun, sanggup di bawa di beg sandang yang dikhaskan untuk membawa bayi. Hebat bukan?

 


Di sini, minda ini ingin menyingkap suatu pandangan yang mana diharapkan dapat membawa suatu perkara yang sama-sama boleh direnung dan dijadikan ‘mindset’ diri. Telah menjadi kebiasaan minda ini untuk melihat dan cuba membuat perbandingan di antara gaya dan cara muslim Malaysia di sini dan non-Muslim dalam melaksanakan aktiviti mengisi waktu cuti ini. Lantaran tidak percayakan tuhan atau percaya dengan agama lain selain islam, minda ini melihat mereka melaksanakan aktiviti hanyalah sekadar menghilangkan tekanan dan menenangkan jiwa. Bagi mereka alam ini telah wujud dengan sendirinya, pokok-pokok tumbuh dengan sendirinya berdasarkan faktor-faktor genetik, sumber nutrien dan tenaga, dan ‘survival’ pokok-pokok itu sendiri. Maka hal ini adalah biasa melainkan pokok itu boleh terbang.

Maka bagaimana pula dengan diri yang muslim dalam melaksanakan aktiviti ini. Jika diri melaksanakannya bertujuan untuk melepaskan tekanan daripada pelajaran dan kehidupan seharian, maka rasanya tidak salah jika minda ini meletakkan bahawa tiada bezanya matlamat ini apabila dibandingkan dengan golongan yang dicoretkan di atas. Mungkin ada diri yang berpendapat, “Ala, diorang minum wine, kitorang mana buat tu”. Dijelaskan di sini, minda ini sedang membicarakan perkara asas iaitu matlamat utama aktiviti ini dijalankan. Sekiranya matlamat utama aktiviti ini telah jelas, dirasakan sudah memadai untuk tidak mencoretkan tentang bab perlaksanaan lantaran hal ini menyebabkan coretan kali ini bertambah panjang.

Oleh itu, diseru diri untuk berfikir. Apakah tujuan utama diri untuk berjalan-jalan? Maka minda ini lebih suka untuk meletakkan garis panduan yang diberikan oleh pencipta diri ini. Jika kita rujuk di dalam kalamNya, banyak ayat yang menyeru manusia untuk merenung kejadian alam. Sebagai contoh:-

 

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (sambil berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksa neraka. “
(Surah 3: Ayat 190-191)
Dan banyak lagi ayat-ayat yang membawa maksud yang sedemikian. (Minda ini menyeru diri untuk merenung kalamNya saban hari) Dalam hal ini, diri bukan sekadar diseru untuk berjalan dan melihat, tetapi juga diseru untuk berfikir dan mentafsir tentang kehebatan dan kestabilan alam raya yang tersergam indah. Dan natijah akhirnya adalah untuk mengenal pencipta diri. Mungkin ada diri yang merasakan mereka sudah tahu hal ini. Maka minda ini ingin menyeru diri untuk melakukan hal ini secara berulang-ulang lantaran walaupun bola itu bulat dan misinya hanyalah memasukkannya ke dalam jaring atau gol, minda ini melihat bahawa diri tidak pernah terfikir untuk bosan menonton atau melakukannya.Sebagai contoh, jika selepas ini diri ini bertemu dengan salji, renungkan bagaimana keseimbangan suhu, tekanan, angin, jirim, dan pelbagai faktor yang boleh menyebabkan ‘salji’ terbentuk. Banyak sumber-sumber ilmu yang bertaburan di dunia ini tentang hal ini. Sama ada hendak tahu atau tidak sahaja, tepuk dada, tanya diri. Dan kemudian berfikirlah, berdasarkan faktor-faktor yang pelbagai itu, pencipta ‘salji’ ini pasti lebih hebat lantaran memanipulasikan pelbagai faktor untuk menghasilkan suatu perkara. Maka inilah yang membuatkan diri ini ‘istimewa’ sebagai muslim berbanding golongan lain. Dan adalah lebih mengkagumkan jika ‘proses penciptaan’ daripada ‘tiada’ kepada ‘ada’. Jika hal ini masih lagi belum terbentuk, maka sama-sama diri fikirkan untuk melaksanakan hal ini. Sebagai permulaan, renung-renungkan contoh-contoh lain.

Sebagai kesimpulan, marilah sama-sama menjadikan cuti winter diri kali ini adalah yang paling bermakna untuk membentuk dan memantapkan iman, bukan sekadar hendak menyihatkan badan atau apa-apa sahaja yang hanya sekadar memenuhkan kehendak peribadi tanpa memberikan sumbangan kepada kehidupan yang abadi. Berjalan, Melihat, dan Mentafsir……….

Wallahu’alam.

Advertisements

Jun 28, 2008 at 4:36 pm Tinggalkan komen

A Friendly Social Service Reminder from BeCA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

BeCa wishes to remind all of you of the importance of being vigilant at all times. Lately, there has been an increase of crime incidents in the central city area.

A kiwi acquaintance of the writer had her house almost broken into last friday.

Few of our friends were mugged and forced to surrender their money and their other belongings. These incidents took place while they were walking home at night.

Just a reminder, however calm and peaceful Auckland looks, do not be fooled with a false sense of security. Despite all this, criminals are always out there. What we can do is to becareful and take precautionary steps.

  • Avoid going out alone at night if you don’t a really important reason for doing so.
  • Go out in groups
  • Don’t bring too much cash etc.
  • For the sisters, becareful. We certainly do not want bad things to happen to any of us during our stay in New Zealand

To add to that, BeCA wishes you all the best in your coming papers. InsyaAllah all your effort will be considered as an ibadah as long as your intention is true.

It is narrated on the authority of Amirul Mu’minin, Abu Hafs ‘Umar bin al-Khattab, radiyallahu ‘anhu, who said: I heard the Messenger of Allah, sallallahu ‘alayhi wasallam, say:

“Actions are (judged) by motives (niyyah), so each man will have what he intended. Thus, he whose migration (hijrah) was to Allah and His Messenger, his migration is to Allah and His Messenger; but he whose migration was for some worldly thing he might gain, or for a wife he might marry, his migration is to that for which he migrated.”

[Al-Bukhari & Muslim]

 

wassalamualaikum

BeCA

Jun 7, 2008 at 4:08 pm Tinggalkan komen

al-ikhlas

    Dari Abu Sa’d, ada seorang mendengar seorang lelaki membaca surah al-Ikhlas dengan berulang-ulang kali. Pada pagi keesokan ia datang menemui Nabi SAW, lalu ia menyebut cerita itu kepada beliau seolah2 ia merasa surah itu sgt sedikit, lalu nabi SAW bersadba,”Demi jiwaku di-TanganNya, sesungguhnya surah itu menyamai satu pertiga al-Quran”Mengapa agaknya surah sependek ini disamakan oleh Rasulullah dengan 1/3 daripada al-Quran? Sila teruskan pembacaan anda untuk mengetahui lebih lanjut.

1. Katakanlah (wahai Muhammad) Allah itu Esa.

Pernyataan yang sangat penting telah disampaikan oleh Allah kepada kekasihNya melalui ayat di atas. Di situlah letaknya suatu hakikat yang paling tinggi dalam kedudukan islam serta akidah seorang muslim. Tanpa hakikat ini, akidah tidak sempurna. Hakikat keesaan Allah jugalah yang mengasingkan antara dua golongan. Golongan kanan yang di sisinya syurga serta segala kebaikan dan golongan kiri yang di sisinya neraka serta segala keburukan.

PengEsaan Allah sepatutnya memenuhi segenap ruang dalam hati setiap muslim. Dengan pengEsaan inilah manusia pada dasarnya terbebas daripada segala ikatan yang menyempitkan fikiran. Islam hadir membebaskan manusia daripada diperhamba sesama manusia kepada menjadi hamba hanya pada Yang Maha Kuasa. Membebaskan manusia daripada diikat hawa nafsu, kepada tunduk dalam iman. Lantas membebaskan hamba Allah daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat. Bukankah kebebasan yang kita mahukan?

2. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.

Allah adalah tunggal dalam keTuhanannya. Tiada yang setanding dengan Allah. Maka ini sepatutnya membawa rasa gentar dalam diri manusia yang ada iman dalam hatinya. Tiada suatu pun yang dapat disamakan dengan Allah. Dialah sebenar-benar Tuan, dan kita hanyalah selemah-lemah hambaNya.

3. Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan,

Hakikat Allah tidak dipengaruhi oleh keadaan demi keadaan. Dia Maha sempurna. Dia tiada keturunan mahupun sanak saudara. Sempurna dalam erti kata yang kita semua tidak dapat bayangkan. Manusia hanya dapat membayangkan sesuatu yang boleh dicapai oleh pancainderanya. Tidak lebih dari itu. Kita tidak akan kenal Zat Allah. Tapi alam sekeliling cukup membuktikan yang Dia Maha kuasa. Perhatikanlah pada diri anda dan berfikirlah. Tanpa Allah, tiada kita tiada segala.

4. dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia.

Tiada yang serupa dengan Allah. Tidak kira pada hakikat kewujudan, hakikat penciptaan, sifat serta zatNya. Bagi mereka yang beriman, akan timbullah rasa takut, gugup dan mungkin panik apabila suruhan dan larangan Allah dilanggar dengan berani.

Takutlah pada Allah.. Anda akan berani menghadapi makhlukNya

Jun 5, 2008 at 3:39 pm Tinggalkan komen

Dia Budak Baik

“Program itu untuk budak baik, aku tak join diorang kot.”

Mungkin inilah monolog yang terlintas pada fikiran seseorang. Dan mungkin anda. Sesungguhnya, monolog inilah yang pernah terlintas pada benak fikiran penulis pada suatu ketika dahulu. Namun, mungkin ada suatu tindakan atau lintasan di dalam hati penulis sebelum ini, yang akhirnya menyebabkan Allah s.w.t. mengurniakan petunjuk kepada penulis. Rasa yang sungguh berterima kasih.

Sememangnya di dalam al-Quran diselitkan banyak perintah supaya berbuat baik. Malah di dalam al-Quran, banyak diselitkan perintah Allah agar manusia terutamanya yang beriman untuk cepat-cepat buat baik. Bukan sekadar menyeru supaya manusia berbuat baik. Lihatlah betapa indahnya Al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia yang dahagakan petunjuk lebih-lebih lagi tentang maksud hidup di dunia yang akan berakhir dengan kematian ini.

Penulisan ini adalah merupakan buah fikiran penulis sendiri yang kadang-kadang terfikir, “Kalau ade satu golongan budak baik, lepas satu, golongan yang tak join budak-budak tu, golongan ape pulak eh?” Bukanlah di sini penulis ingin membuat kesimpulan sendiri lalu membahagi-bahagi kumpulan manusia dalam hidup persekitaran penulis ini, tetapi ayat pertama di atas secara tidak langsung menyebabkan penulis bermonolog sedemikian. Tetapi, lontaran fikiran ini bukanlah sekadar pemikiran kosong, kerana setiap orang yang tahu dan percaya tentang islam yakin bahawa pengakhiran kehidupan manusia hanya ada dua. Bahkan, agama-agama samawi (langit) yang lain pun berfikiran sedemikian.

Difikirkan lagi, “Maka, sekiranya pengakhiran manusia itu terbahagi kepada dua, maka cara untuk mendapatkannya pun mestilah ada dua je la kan. Mendapatkan yang pertama dan meninggalkan yang kedua atau sebaliknya” Secara tidak langsung, apabila cuba dikaitkan dengan kehidupan ini, maka  memang orang islam akan percaya, untuk mendapatkan syurga ialah dengan melakukan segala yang disuruh dan disukaiNya, dan meninggalkan perkara yang dilarang atau dibenci olehNya. Semudah itu. Maka penulis ingin melontarkan suatu pemikiran kepada para pembaca, “Setiap perbuatan kita dalam kehidupan hari-hari ini, Allah s.w.t. perintah ke tidak? Suka atau tidak?”, Jika hal ini pun kita masih belum ambil kisah. Cukup sekadar inilah pembacaan anda.

 

 

(www.senikehidupan.com)

Tetapi, sekiranya kita mula ambil kisah tentang perkara-perkara yang kita buat seharian, maka marilah kita bergerak ke suatu singkapan pemikiran yang berikutnya. “Bukankah apabila aku buat macam ni, kawan-kawan yang aku kamceng selama ini, akan mula berenggang dengan aku?” Untuk memudahkan penceritaan idealisme penulisan ini, kita ambil contoh yang ekstrem yang mana sahabat itu yang sama-sama pergi melakukan aktiviti yang tidak berfaedah kepada akhirat dan dunia, akan meninggalkan kita.

Pernahkan anda terdengar, atau mungkin mendengar, bahawa apabila dibangkitkan selepas mati nanti, manusia akan dikumpulkan mengikut golongan-golongan yang sama idealisme dengannya. Jika ‘hedonisme’ sebagai akidahnya, dia akan bersama geng-gengnya, atau sekiranya ‘materialisme’ adalah idealisme mereka, bersama-sama mereka membentuk perkumpulan di situ, atau jika ‘perkauman atau ‘kebangsaan’ sebagai akidah yang utama dalam diri, maka bersama-samalah membentuk kumpulan di situ. Maka, jika kita beramal dengan apa yang telah digariskan oleh Allah melalui perutusan Rasulullah s.a.w. , maka anda pasti tahu dengan siapa kita akan dikumpulkan.

Hal ini menyebabkan penulis teringat kepada satu baris ayat dalam skrip sebuah filem Hollywood yang bertemakan perubatan. Ditegaskan di sini bahawa penulis tidak bermaksud menggalakkan pembaca untuk meneruskan minat supaya dapat bangkit bersama akidah  pengkarya-pengkarya filem Hollywood yang sudah cukup pincang itu. Tetapi ayat itu berbunyi,”……………………….Because of that I’ve lost everything, but I’ve also gained averything……………..”

Sebagai penutup, bersama-sama kita rujuk surah al-Kahfi, ayat 13:-

“…………………….Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambah pula untuk mereka petunjuk.”

Jika anda sebagai pemuda ingin beriman dengan sebenar-benar iman, pasti dan pasti anda akan mendapat petunjuk daripadaNya. Jika tidak, bersama-sama kita perbaiki iman kita, dan kesan sama ada iman kita tulus atau tidak adalah berdasarkan ayat di atas. Wallahu’alam

al-aucklandi

Jun 1, 2008 at 2:42 pm Tinggalkan komen


Iklaneka

Jun 2008
I S R K J S A
« Mei   Jul »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Top Posts

Blog Stats

  • 62,730 hits