TANDA SAYANG DI BULAN SYAWAL

27102007 Diadaptasi dari saifulislam dan zaharuddin.net


“Bedah, abah dengan emak nak ke surau. Kalau hujan nanti, angkat jemuran ni ya. Jangan lupa!”, jerit Haji Ahmad dari kereta.

Bedah mengangguk-angguk sambik tersenyum mengunci pagar.

Selesai sahaja kuliah zohor dan solat berjemaah, Haji Ahmad dan isteri balik ke rumah semula.

“Hai, janganlah Bedah lupa pula ya. Lebat betul hujan tadi. Sampai nak dengar ceramah pun susah”, kata Hajah Asma kepada suaminya. Haji Ahmad mengangguk setuju.

Setibanya mereka di rumah, perasaan lega timbul melihat kain di ampaian sudah diangkat. Memang boleh diharap Bedah anak mereka ini.

Masuk sahaja ke rumah, perasaan lega bertukar gembira. Bersyukur lagi terharu.

Bedah bukan sahaja sudah mengangkat kain dari ampaian, malah sudah siap bergosok, berlipat dan tersimpan di dalam almari!

Sayangkah Haji Ahmad dan Hajah Asma kepada anak seperti Bedah? Suruh angkat sahaja, nak biar atas sofa pun tak apa. Tetapi anak dara yang seorang ni buat lebih dari yang disuruh.

Tentulah sayang!

Yang sunat-sunat tu, tanda sayang!

Inilah jemputan kepada pembaca sekalian agar kita sama-sama sempurnakan Puasa 6 Syawwal. Allah wajibkan yang Ramadhan sahaja. Tetapi tambah-tambahlah sedikit sebagai tanda suka dan sayang kepada-Nya dalam beribadah. Puasa 6 hari di bulan Syawwal ini adalah seumpama solat sunat Rawatib yang mengiringi solat Fardhu.

Sesungguhnya…

Puasa Ramadhan tempoh hari tanda taat dan patuh kepada-Nya.

Biarlah Puasa 6 Syawwal ini tanda sayang dan cinta kepada-Nya.

Dari Abi Ayub Al-Anshari, : Bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : “Barangsiapa puasa Ramadhan kemudian diikutinya dengan puasa 6 hari di bulan Syawwal, adalah ganjarannya seperti puasa setahun” (HR. Muslim)

Puasa sunat Syawal sememangnya amat popular di kalangan masyarakat kita hari ini. Pada kesempatan ini saya suka menasihatkan semua yang ingin mengamalkan puasa sunat ini agar berhati-hati dari tipu daya syaitan yang kerap berjaya menjadikan seseorang individu yang berpuasa itu bermegah dan riya’ dengan amalannya.

“Kau, dah hari ke berapa dah?”

“Aku dah 5 hari dah ni”

“Esok aku raya (sunat syawal)”

Ini adalah antara kata-kata yang kerap didengari di bulan syawal ini.

Ia menjadi seolah-olah satu budaya untuk berlumba menamatkan puasa enam. Ia agak terpuji tetapi ia dicemari oleh habahan-hebahan yang dibuat tentang bilangan hari puasanya bertujuan melihat ‘sapa lebih hebat?’.

Amat dibimbangi, tindakan ini bakal menghilangkan seluruh pahala puasa sunatnya. Kerana ia boleh menjadikan seseorang merasa riya, serta memperdengarkan amalan masing-masing yang sepatutnya di sembunyikan khas untuk Allah. Wallahu’alam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


%d bloggers like this: