Kemenangan yang Dirai Kematian

Assalamualaikum.

Baru-baru ini kita digembar-gemburkan kejayaan Iraq, sebuah negara penuh konflik yang berjaya memasuki peringkat akhir pertandingan sukan bola sepak Piala Asia. Tidak perlu saya perkenalkan lagi negara ini kerana sudah tentunya Iraq menjadi sebuah negara yang terkedepan sedari zaman kegemilangan Abbasiyah lagi. Pada ketika itu, siapa yang tidak kenal pada Baghdad? Sebuah bandar yang gah dengan perkembangan ilmu dan ketamadunan.

Namun, kini ia lebih dikenali kerana tragedi bom yang tidak pernah henti. Ketika “menyelak2” ruangan sukan Utusan Malaysia Online saya temui sebuah berita yang menceritakan bagaimana kegembiraan menyambut kemenangan ini disahut beberapa jam kemudiannya dengan letupan bom dan mengorbankan serta mencederakan puluhan rakyat lagi. Bilakah agaknya ini semua akan berhenti? Apakah ertinya kemenangan ini sekiranya tanah Iraq masih ditumpahi darah saudara-saudara kita? Saya buka peluang kepada sahabat pembaca untuk memberikan pandangan anda pada ruangan komen page ini. Berita itu saya letakkan di bawah ini. Selamat berfikir dan mengeluarkan pendapat.

KUALA LUMPUR – Kejayaan Iraq melangkah ke perlawanan akhir bola sepak Piala Asia buat pertama kali penuh dengan emosi ketika 50 penduduk negara itu terkorban dan 90 lainnya cedera gara-gara meraikan kejayaan bersejarah itu.

Iraq membuat kejutan menyingkirkan Korea Selatan 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat dengan keputusan 0-0 selepas masa tambahan dan ini adalah pencapaian paling hebat buat negara itu.

Kejayaan terbaik Iraq hanyalah mara ke separuh akhir pada 1976 dan tewas di suku akhir sebanyak tiga kali dan kali ini mereka berkunjung ke Jakarta berdepan Arab Saudi dalam perlawanan akhir, Ahad ini.

‘‘Semua orang gembira dan kami mempunyai alasan untuk bergembira kerana kemenangan itu memastikan kami ke akhir dan kami berhak menang.

‘‘Pemain saya bekerja keras,’’ ujar jurulatih dari Brazil, Jorvan Vieira yang mengambil alih tugas kurang daripada dua bulan.

Vieira dengan nada emosi berkata, kemenangan itu adalah untuk penduduk Iraq.

Beribu-ribu penduduk Iraq memakai jersi pasukan kebangsaan dan mengibar bendera di sepanjang jalan raya di Baghdad meraikan kejayaan itu sambil menggunakan senapang menembak ke udara.

Sambutan itu tidak lama apabila serangan bom kereta meletup di Mansour di tengah-tengah orang ramai yang bersesak menyebabkan sembilan terbunuh.

Sebanyak 62 orang pula termasuk wanita dan kanak-kanak mengalami kecederaan.

Dalam serangan berasingan bom kereta di Zayuna tidak jauh dari Baghdad seramai 17 orang terbunuh manakala 60 yang lain mengalami kecederaan.

Penjaga gol Iraq, Noor Sabri muncul hero Iraq apabila berjaya menyelamatkan satu sepakan penalti sekali gus membantu pasukannya mara ke perlawanan akhir.

‘‘Empat hari sebelum datang ke Bangkok, abang isteri saya terbunuh dan rakan sepasukan Hawar Mohammed kehilangan ibu tirinya.

‘‘Kami tahu sedang bergelut di Iraq dan kami juga berhempas-pulas di padang hanya itu sahaja yang mampu kami lakukan untuk rakyat kami.

‘‘Kami mesti meneruskan perjuangan, kami mesti menunjukkan kepada mereka betapa kami berkongsi kejayaan dengan mereka di sini.

‘‘Ini adalah sejarah bola sepak Iraq,’’ ujar Noor.

Kejayaan Iraq amat membanggakan dengan persiapan yang terhad tetapi mampu melangkah ke akhir.

Sebelum kejohanan, Vieira berkata, setiap pemain dalam pasukan Iraq kehilangan keluarga atau kawan-kawan dalam konflik peperangan yang sedang melanda negara itu.

Beliau mempunyai pengalaman lama dalam bola sepak di negara-negara Arab sepanjang 20 tahun bersama Mesir, Qatar, Kuwait, Maghribi, Oman dan Arab Saudi.

‘‘Kami terlepas banyak peluang berbanding Korea terutama pada babak kedua dan masa tambahan.

‘‘Korea kurang cergas. Kami sudah berusaha sedaya-upaya tetapi kami lebih cergas daripada mereka dan perlawanan ini sukar untuk dilupakan,’’ ujarnya.

Pemain Iraq mengidam ingin bermain di Eropah dengan memperoleh pendapatan yang lumayan bermain dengan kelab-kelab profesional jauh daripada apa yang dimiliki di negara sendiri.

Laporan menyebut Nashat Akram dijangka bermain dengan kelab Liga Perdana England, Sunderland.

Yang mencari sinar, 28 Julai 2007

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


%d bloggers like this: