AKU, NURIN, DAN DIA


Hasil nukilan al-aucklandi 25092007

Nurin’s pic

Ketika umat islam di seluruh dunia sedang menjalani kemeriahan ibadah di bulan Ramadhan 1428, rakyat Malaysia dikejutkan dengan peristiwa menyayat hati Nurin Jazlin Jazimin. Usahlah dihuraikan lagi apa yang telah berlaku. Rasanya, pembaca lagi fasih dengan rungkaian kronologi yang telah berlaku.

Malah, bahangnya sampai ke hujung dunia kepada warga Muslim Malaysia di Auckland, New Zealand ini. Sebagai seorang yang mempunyai perasaan, tidak hairanlah ada di kalangan warga pelajar Muslim Malaysia di Auckland yang meletakkan status pada ‘Yahoo Messenger’ dengan pelbagai cara. Ada yang berdoa keselamatan Allahyarhamah di dunia sana, ada yang menunjukkan simpati kepada kepada kedua ibu bapa mangsa, dan tidak kurang juga ada yang cuba melemparkan rasa geram terhadap individu yang telah memperlakukan sedemikian rupa kepada mangsa.

Bagi penulis, ini sudah bagus. Sekurang-kurangnya, jelas tampak sifat keinsanan yang ditonjolkan oleh warga Malaysia di Auckland. Namun, penulis ingin berkongsi dengan lebih mendalam lagi tentang kaitan peristiwa yang telah berlaku dengan diri kita dan Dia. Pada sesetengah orang, peristiwa yang telah berlaku adalah berpunca daripada kebejatan sistem yang berlaku di Malaysia. Ada pula yang mengatakan bahawa tahap keselamatan di Malaysia belum mencapai tahapnya. Dan pelbagai lagi pandangan telah dilontarkan bagi menjelaskan pendirian masing-masing terhadap peristiwa yang telah berlaku. Tidak kurang juga ada yang berkata, “Dah taqdir”.

Namun, sebagai seorang muslim, apakah reaksi kita yang sepatutnya? Aku, Nurin dan Dia……. Suka penulis memulakan perkongsian dengan ungkapan, sebarang perubahan adalah bermula dari dalam dirimu. Mungkin orang berasa pelik sekiranya penulis mencadangkan agar peristiwa yang berlaku hendaklah dihadapi dengan menambahkan ketaqwaan dan keimanan kepada Allah. Pelikkan? Bagaimana ketaqwaan dan keimanan boleh membantu menegakkan keadilan terhadap kes menyayat hati yang telah belaku? Lagi-lagi, Auckland yang terletak sejauh beribu-ribu kilometer dari Malaysia.

Percayalah, sesungguhnya kita tidak mengetahui tentang apa yang akan berlaku kepada kita. Sekurang-kurangnya dengan keutuhan iman yang terbentuk dapat menghindarkan diri kita daripada melakukan pebuatan sedemikian rupa. Malah, senario akan menjadi lebih jelas lagi sekiranya ada di kalangan kita pada masa hadapan yang terpilih menjadi pemimpin negara, atau pun penggubal undang-undang yang akhirnya dapat melaksanakan dan menzahirkan hakikat keindahan sistem Islam yang sebenarnya. Oleh itu, warga Muslim Malaysia di Auckland sekalian, sempena kehadiran bulan Ramadhan yang dipenuhi keberkatan ini, marilah kita sama-sama memperbaiki keimanan diri, dan bersegera menunaikan perintah Dia. Bukan setakat itu sahaja, bersamalah kita berusaha meninggalkan perkara-perkara atau aktiviti-aktiviti yang tidak membawa kepada perkembangan Islam di dalam hidup kita. Semoga usaha yang dilakukan disertakan dengan keikhlasan hanya kerana Dia. Aku, Nurin, dan Dia…………..

Tingkat Diri

1 Komen Add your own

  • 1. Fuad  |  Julai 31, 2008 at 12:49 am

    Assalamualaykum, Bolehkah saya meminjam image diatas untuk saya pakai di blog saya untuk tulisan bertema Taubat..

    Wassalam..& Thanks, Fuad – Lombok – NTB

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


%d bloggers like this: