The Iron Wall

Pada hari Jumaat tanggal 4hb April 2008, BElia Cergas Auckland atau BECA telah menganjurkan sebuah tayangan filem dokumentari bertajuk ‘The Iron Wall’. Bertempat di dewan kuliah HSB2, ‘The university of Auckland’ tayangan ini telah menjemput segenap lapisan pelajar muslim di Auckland. Tayangan ini diadakan dengan bertujuan untuk memberikan kesedaran dan pengetahuan seterusnya mengundang suatu perubahan kepada belia Malaysia muslim di Auckland tentang keadaaan yang menimpa saudara seislam di serata dunia terutamanya di Palestin.

Filem dokumentari yang diarahkan oleh Mohammed Al-Atar dan diproduksikan oleh ‘Palestinian Agricultural Relief Committees’ dan ‘Palestinian for Peace and Democracy’ ini telah diterbitkan pada musim panas 2006. Kisah ini berdasarkan apa yang sedang berlaku sehingga pertengahan tahun 2005 tentang bagaimana, mengapa, dan pelbagai lagi persoalan tentang terbinanya tembok besar Israel yang dikatakan jauh lebih dahsyat daripada krisis-krisis yang pernah melanda ketamadunan manusia.

Sambutan yang menggalakkan terbukti dengan dewan kuliah yang berkapasiti 150 tempat duduk penuh dengan penonton yang hadir termasuklah seorang pelajar Arab Palestin yang sedang menuntut di ‘The University of Auckland’. Majlis bermula pada pukul 9.15 malam dan dipengerusikan oleh saudara Nurul Azmir sebagai wakil pengurusan malam tayangan BECA itu. Beliau memulakan majlis dengan memperdengarkan hadirin kepada video bacaan surah Al-Qiyamah oleh Fahd Al-Kanderi yang disertakan dengan alihbahasa Inggeris. Nama surah ini telah menggambarkan apa mesej yang cuba disampaikan oleh Allah s.w.t. kepada manusia. Kemudian, majlis diteruskan dengan sedikit video pendek bertajuk ‘Miniature Earth’, berkisarkan bagaimana sekiranya penduduk dunia dunia ini terbahagi kepada kepada 100 orang.

Majlis diteruskan dengan acara utama iaitu tayangan filem ‘The Iron wall’. Filem dokumentari selama lebih kurang 50 minit ini mendapat pelbagai reaksi daripada hadirin. Perasaan bercampur-baur di antara rasa terkejut dan sedih jelas terpapar daripada tindakbalas para hadirin. Sehabisnya tayangan, saudara Ahmad Rafiuddin sebagai pengarah Malam Tayangan BECA ini telah dijemput untuk memberikan sedikit kritikan tentang filem dokumentari tersebut. Antara kata-kata beliau ialah sebagai seorang muslim yang hidup di dunia global, kita harus peka dengan situasi yang sedang menimpa umat islam sekarang dan mengambil tindakan yang sewajarnya, sekurang-kurangnya mendoakan saudara-saudara seislam yang sedang diuji di seluruh dunia.

Majlis tamat pada pukul 10.30 malam dengan saudara pengerusi meminta para hadirin untuk melayari laman-laman seperti http://www.palestinkini.info untuk mendapatkan maklumat yang sahih tentang isu semasa di Palestin. Sedikit kudapan menyusul selepas majlis tayangan. Terima kasih diucapkan kepada semua yang menjayakan majlis ini dan diharapkan agar majlis-majlis yang bermanfaat seperti ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.

al-aucklandi

April 2007

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


%d bloggers like this: