MALAM KESENIAN ISLAM BECA 2007

26 OGOS 2007

Bagi meneruskan Hari Kebudayaan Islam 2007, BECA menganjurkan Malam Kesenian Islam, dengan tujuan mengetengahkan bakat-bakat terpendam para peserta. Acara yang berlangsung di bilik kuliah Clock Tower 039 ini bagaimanapun tidak dihadiri oleh semua peserta Karnival Sukan memandangkan pada malam itu juga berlangsungnya ‘UMSA BALL’

Program malam itu bermula seawal jam 8 malam. Pihak BECA telah menyediakan Bihun Sup. Sekali lagi masakan ‘Fred Chikara & The Geng’ diketengahkan!! Setelah dihirup titisan terkahir sup ayam pada malam itu, Malam Kebudayaan Islam diteruskan.

Acara dimulakan oleh saudara Afiq dengan mempersilakan saudara Meezan untuk memperdengar bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari Surah Al-Ankabut, ayat 1-10. Manakala terjemahan pula dibaca oleh saudara Rafi. Saudara Afiq kemudiannya meminta para penonton menumpukan perhatian terhadap tayangan slide HKI yang hasil suntingan Musa dan Rafi.

Seterusnya, kumpulan pertama yang dikehendaki membuat persembahan ialah Kumpulan Rusydi. Bagaimanapun, mereka tidak membuat persembahan ‘live’, sebaliknya telah menyediakan video klip yang agak menarik. Meskipun kesuntukan masa, namun Rusydi begitu kreatif dalam pengarahan video klip itu dan mendapat tepukan para penonton.

Tamat sahaja tayangan video klip Kumpulan Rusydi, para peserta dihiburkan pula oleh persembahan solo daripada Syafiq. Syafiq telah menyampaikan syair dalam bahasa arab dengan begitu merdu sekali. Penyair asal syair tersebut ialah Fahd Al Kanderi.

Terhibur dengan persembahan Syafiq, ‘Abah’ pula meneruskan kehangatan malam itu. Memilih lagu ‘Permata Untuk Isteri’ yang dipopularkan oleh Kopratasa, Abah berjaya ‘tangkap syahdu’ para penonton. Nyanyiannya bersahaja, tetapi lontaran vocal ‘Abah’ ternyata berjaya memikat penonton. ‘Standing Ovation’ untuk ‘Abah’!

Kumpulan Azmir pula membuat persembahan pantomim. Pantomim yang berkisarkan persahabatan itu agak menarik. Pelakon-pelakon yang menjayakan pantomime itu ialah Akak, Azri, Acap, Bakhit, dan Zaim. Sesungguhnya mereka sangat berbakat dalam bidang lakonan. Tidak sabar rasanya untuk menunggu sambungan (sequel) kisah persahabatan mereka. Selepas itu, giliran Taufik dan Ikhwan atau lebih dikenali sebagai ‘Ayu’ menghiburkan penonton. Gandingan peserta termuda ini nyata menjadi. Kelunakan suara Tawfik mendendangkan 2 buah lagu iaitu ‘Remaja’ dan ‘Keluarga Bahagia’ berjaya meruntun hati penonton. Manakala ‘Ayu’ pula menyerlahkan ketrampilan dan bakatnya ketuk baldi dengan baek. Mantap bro!!!

Sebagai persembahan penutup, Kumpulan Komiti Hari Kesenian Islam seterusnya cuba memukau para penonton dengan nyanyian lagu berjudul ‘Flowers Are Red’. Kelihatan semua ahli kumpulannya ceria menyanyikan lagu itu, sehinggakan segelintir daripada mereka gelak sampai habis. Syuk, kami mahu lagi!!!

Tidak lupa juga pada malam itu juga diumumkan pemenang acara Mencari Harta Karun yang dimenangi oleh kumpulan 3. Dan sebagai salah seorang ahli kumpulan tersebut, Syamim dengan sukacitanya diberikan peluang untuk mempromosikan perniagaan barunya yang baru bermula di auckland. Memperkenalkan ninogadget!!! Syabas belia auckland.

Secara keseluruhannya, Malam Kebudayaan Islam tetap meriah walaupun tidak ramai yang menghadirinya. Memandangkan acara tamat lewat jam 11 malam, para peserta disediakan supper. Sekali lagi, ‘Fred Chikara & The Geng’ menyediakan supper yang sungguh sedap. Terima kasih ‘Fred & The Geng’!

persahabatan

p/s gambar-gambar berkualiti tinggi boleh didapati di laman flickr BECA. Boleh diikuti melalui ‘tab’ galeri.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


%d bloggers like this: