BECA di dapur


7 Julai 2007
The making

Disediakan oleh Abang Besar

Masa ibarat pedang. Jika salah dimanfaatkan maka akan memakan diri sendiri. Kelapangan waktu di kala cuti musim sejuk yang lalu melahirkan idea di kalangan ahli-ahli BECA untuk mengadakan suatu aktiviti yang sarat dengan pelajaran, tersirat mahupun secara zahirnya terserlah. Atas dasar inilah, pihak BECA telah menganjurkan satu pertandingan memasak antara ahli-ahli BECA. Pertandingan memasak kali ini adalah kesinambungan daripada pertandingan boling yang diadakan di Newmarket tempoh hari. Taklimat mengenai pertandingan dimulai selepas sahaja pertandingan boling diadakan dan bersambung di Pangsapuri 14.

Dijangkakan, Pertandingan Memasak anjuran BECA ini akan dimulakan pada jam 11.30 pagi, 7 Julai 2007, bertempat di 6A/46, Liverpool Street. Namun, atas sebab-sebab yang tidak diketahui ramai, masa pertandingan bermula terpaksa dianjakkan kepada pukul 3.15 petang. Seramai 11 orang ahli BECA telah mengambil bahagian dalam pertandingan memasak siri pertama ini dan para peserta dibahagikan kepada dua kumpulan. Taklimat mengenai format pertandingan telah disampaikan oleh saudara Nizam selaku ketua hakim. Pertandingan Memasak kali ini bertemakan kek kurma dan pemenang akan dinilai melalui rasa, texture, hiasan dan juga nama yang diberikan pada kek kurma tersebut. Bahan-bahan untuk memasak kek kurma telah disediakan oleh pihak penaja. Kumpulan-kumpulan yang bertanding telah diberikan resepi asas kek kurma dan bagi mendapatkan sukatan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kek kurma tersebut dengan betul, para peserta haruslah menjawab soalan-soalan kuiz yang telah disediakan dalam kumpulan masing-masing. Kesalahan dalam menjawab soalan-soalan tersebut boleh mengakibatkan kumpulan berkenaan mempunyai sukatan bahan-bahan yang salah. Namun, kedua-dua kumpulan telah berjaya menjawab kesemua soalan yang diberikan dengan tepat. Cara-cara membancuh bahan-bahan mentah itu tadi telah disediakan dalam bentuk petikan tazkirah ringkas. Peserta haruslah bekerjasama dalam kumpulan masing-masing untuk mengekstrak isi-isi yang berkenaan dengan methodology dalam membancuh bahan-bahan tersebut.

Dimulakan dengan memukul mentega dan gula halus, wajah-wajah ceria para peserta kali ini jelas kelihatan mungkin disebabkan inilah kali pertama bagi segelintir dari kaum Adam ini, merasai pengalaman memukul mentega dan gula. Namun, disebalik wajah-wajah ceria itu, semangat untuk menghasilkan kek yang terbaik izhar membara. Kumpulan 1 kelihatan begitu ceria apabila bancuhan mereka kelihatan begitu empuk jika dibandingkan dengan Kumpulan 2 yang agak cair bancuhannya. Kedua-dua kumpulan telah menampakkan kreativiti masing-masing apabila Kumpulan 1 telah mencampurkan campuran gajus dan kismis di dalam bancuhan mereka. Kumpulan 2 hanya meletakkan kismis di dalam kek mereka sebagai satu percaturan yang berani untuk menghasilkan keunikan dalam texture kek mereka. Setelah semua bahan-bahan telah dibancuh dan dipindahkan ke dalam acuan masing-masing, acuan kek tersebut di bakar selama sejam 15 minit. Sambil menunuggu kek benar-benar masak, para peserta sama-sama menunaikan solat maghrib secara berjemaah dan tazkirah maghrib telah disampaikan oleh pihak penganjur mengenai kepentingan makan bersama. Setelah kek kurma kumpulan masing-masing telah masak, kedua-dua kumpulan telah bertungkus-lumus untuk menghias kek masing-masing. Kumpulan 1 telah meratakan cairan coklat di atas kek kurma mereka, dihiasi dengan susunan buah kurma di sekeliling kek mereka, dan diakhiri dengan curahan gula ising. Kek bagi Kumpulan 2 telah ‘naik’ dengan tinggi sekali setelah dibakar dan para peserta kumpulan tersebut telah bersepakat untuk menghias kek mereka dengan susunan bebutang coklat (chocolate buttons), taburan coklat hangus dan juga limpahan gula ising bagi memperlihatkan kek mereka ala Mount Ruapehu. Kumpulan 2 telah bersepakat untuk menamakan kek mereka Kek Kurma Deliciously Ugly Full With Love manakala Kumpulan 1 meletakkan nama kek mereka Kek Kurma Waaahhh!!! Sewaktu proses menghias kek diadakan, seorang ahli BECA telah bertanding secara calon bebas dan menghasilkan Kek Potato Mau. Setelah selesai solat isya berjemaah, para peserta telah dijamu dengan makan malam bermenukan nasi ayam. Maka tibalah masa yang ditunggu-tunggu oleh para peserta yakni jamuan memakan kek kedua-dua kumpulan dan juga kek calon bebas. Walaupun, tidak sehaluan dengan tema pertandingan, namun Kek Potato Mau telah membuktikan kesedapannya dalam menambat hati para peserta dengan menjadi kek yang pertama habis diratah dengan rakus sekali.

dsc00744_compressed.jpg

Setelah sesi makan-memakan kek-kek yang telah dihasilkan, tibalah masanya untuk mengumumkan pemenang bagi Pertandingan Memasak Anjuran BECA kali ini. Setelah dinilai dengan begitu teliti sekali melalui kriteria yang telah ditetapkan, Kumpulan 1 telah dinobatkan sebagai juara manakala Kumpulan 2 selaku naib juara. Bagaimanapun telah berlaku protes kecil akibat segelintir peserta yang tidak berpuas hati dengan keputusan ketua hakim. Namun, ketua hakim dengan ketampananya tetap berdiri di atas keputusannya. Sebarang surat menyurat tidak dilayan dan keputusan hakim adalah muktamad. Penyampaian hadiah berlangsung selepas sahaja keputusan diumumkan. Kira-kira jam 10 semua peserta telah pulang ke kediaman masing-masing dengan hati yang puas dan perut yang penuh.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


%d bloggers like this: