BECA Bowling

(6 Julai 2007)

p7061785_edited.jpg

Oleh IkhMus

Bismillahirrohmanirrahim.

Pada hari jumaat, 6 haribulan Julai yang lalu, seramai 13 orang anggota Belia Cergas Auckland(BECA) telah menyertai satu program bermain tenpin boling. Permainan ini diadakan di Newmarket Tenpin Bowling Centre. Disamping itu, saudara Aimran dari Australia National University yang datang bercuti di Auckland turut menyertai program tersebut bersama ahli BECA yang lain.

Program ini dimulakan dengan beberapa ahli BECA berkumpul di Mount Street prayer room sebelum mereka makan tengahari di Restoran Tequila. Selesai menjamu selera, semua ahli BECA bersama-sama solat Jumaat di Mount Street prayer room. Kesemua 14 peserta kemudiannya berkumpul didepan prayer room tersebut pada pukul 1.30 petang sebelum memulakan perjalanan ke Newmarket. Walaupun hujan turun dengan lebatnya, ia tidak sedikitpun melemahkan semangat peserta-peserta program kali ini untuk beriadah bersama-sama.

Selepas 15 minit perjalanan menggunakan bas ke Newmarket, peserta-peserta akhirnya sampai di Pusat Boling tersebut. Setiap peserta dikehendakai membayar yuran permainan sebanyak 10 NZD untuk 2 ‘game’ dan sewaan kasut. Sebelum memulakan permainan, satu taklimat ringkas diberikan oleh saudara Ahmad Rafiuddin atau lebih dikenali sebagai Rafi. Dalam taklimat tersebut, saudara Rafi mengingatkan setiap peserta tentang betapa pentingnya kita membetulkan niat untuk permainan kali ini. Dengan berniat untuk beriadah bagi menyihatkan badan disamping merapatkan lagi hubungan silaturrahim, InsyaAllah, program kali ini akan diberkati dan setiap peserta akan beroleh ganjaran pahala.

p7061787_edited.jpg

Semasa ‘game’ tersebut, pelbagai aksi dan telatah lucu dapat diperhatikan. Dari peserta yang bergelar ‘beginner’ hingga yang bergelar ‘expert’ , semuanya dapat dilihat. 2 ‘lane’ boling yang disewa gamat dengan suara peserta-peserta bersorak untuk sahabat-sahabat mereka. Di samping itu, bakat para peserta yang selama ini terpendam dizahirkan melalui lontaran-lontaran menarik yang ditunjukkan. Sebagai contoh, saudara Ikhwan telah menunjukkan lontaran ‘hook’ atau ‘swing’ yang menarik. Tidak kurang juga beberapa peserta lain yang dapat melakukan lontaran ‘strike’. Walaupun pada awalnya kebanyakan peserta membuat lontaran tersasar (bola masuk longkang), tetapi kerana semangat yang membara, mereka masing-masing menunjukkan peningkatan dalam lontaran yang dibuat. Pada akhir ‘game’ yang pertama, saudara Iqbal telah mendapat markah yang tertinggi. Walaubagaimanapun, ‘game’ yang kedua tidak dapat dihabiskan atas alasan masalah teknikal.

Kesemua ‘game’ tamat pada jam 4.45 petang. Oleh kerana takut terlepas solat asar jika pulang ke rumah, para peserta bersama-sama solat asar berjemaah di tempat letak kereta bangunan tersebut. Selesai solat asar, saudara Rafi memberi taklimat penutup bagi program kali ini. Saudara Rafi berterima kasih pada kesemua para peserta yang begitu bersemangat untuk menyertai program kali ini. Kesinambungan dari itu, satu taaruf ringkas telah diadakan untuk berkenalan dengan saudara Aimran yang turut menyertai ahli BECA untuk program kali ini.

Selesai taaruf, kesemua ahli BECA menaiki bas untuk pulang ke rumah masing-masing bagi meneruskan lagi tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi Allah ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


%d bloggers like this: