ADUNAN RASA BERSAMA BECA @ FLAT 14

04102007 bersamaan 22 Ramadhan

Salam to all belia auckland,

Terima kasih kepada yang memberikan ‘respon’. Mungkin ada yang tertanya mengapa diadakan program sebegini begitu awal. Semua sedia maklum yang Aidilfitri tahun ini akan jatuh pada hari Sabtu (13 Okt) atau hari Ahad (14 Okt). Namun berdasarkan pengalaman yang lalu, New Zealand sangat bagus dalam teknik mencari anak bulan Syawal. Oleh itu, setelah merujuk kepada beberapa faktor, maka hari Sabtu ini telah dipilih sebagai hari yang bertuah untuk menunjukkan bakat belia auckland.

Sebelum kita menjelaskan aktiviti kita pada kali ini, sukacitanya dijelaskan objektif diadakan aktivit sebegini. Antaranya;

  1. Memupuk sifat rasa kebersamaan diantara belia muslim malaysia di auckland tanpa mengira latar belakang yang pelbagai. Hanya berdasarkan pegangan aqidah yang tersemat di dalam jiwa masing-masing.

  2. Menyemarakkan lagi suasana Ramadhan dengan melatih diri menggunakan hanya siang hari untuk persiapan Aidilfitri, manakala malam pula digunakan untuk memanfaatkan dan mencari Lailatul Qadr.

  3. Membina keyakinan diri dalam mencipta atau menyediakan juadah hari raya aidilfitri yang hanya akan meriah dengan usaha diri sendiri.

  4. Mencungkil bakat-bakat tersembunyi belia di auckland dalam menyediakan juadah untuk diketengahkan sebagai pakar dalam penyediaan juadah tertentu.

  5. Memeriahkan suasana mirip seperti di tempat asal bagi mengurangkan rasa rindu kepada keluarga dan sanak saudara.

Rasanya cukup setakat itu sahaja. Konsep yang cuba dijalankan adalah berdasarkan kreativiti masing-masing. Belia auckland yang berminat diminta untuk berpakat menyediakan bahan masing-masing atau berpakat sesama sendiri. InsyaAllah, kita juga akan bersama-sama membawa peralatan membuat kuih seperti mangkuk besar, ‘blender’, ‘mixer’, pengacau dan pelbagai lagi untuk bersama-sama berkongsi dan memeriahkan suasana. Untuk membeli bahan, InsyaAllah kita akan bersama-sama mengatur masa untuk bersama-sama pergi membeli bahan.

Jadi, kita untuk atur cara program, rancangannya adalah seperti berikut;

  • 1000-1030 Mula berkumpul di no.4 flat 14

  • 1030-1230 Aktiviti bermula, menyediakan bahan dan yang berkaitan

  • 1230-1330 Solat Zohor dan bicara Ramadhan

  • 1330-1630 Aktiviti bersambung. Mungkin ada di antara kita yang baru mula menyediakan bahan. Mula menyediakan juadah untuk berbuka puasa

  • 1630-1700 Solat Asar

  • 1700-1930 Aktiviti bersambung. Persediaan juadah berbuka bersambung

  • 1930-2030 Solat Maghrib dan mengadap juadah berbuka

Setakat ini sahaja perancangan buat masa sekarang. Memandangkan kemeriahan majlis adalah berpunca daripada setiap individu, adalah diharapkan agar belia auckland mengambil peluang ini untuk memeriahkan suasana Ramadhan dan Aidilfitri kita. Sebarang pertanyaan boleh ditujukan kepada email BECA atau YM msgr BECA.

~Moga Ramadhan di auckland kali ini lebih bermakna~

gamba musa

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


%d bloggers like this: