BERITA TERKINI: Perkembangan Ramadhan di Auckland

September 15, 2008 at 12:12 am Tinggalkan komen

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, segala puji kepada Allah, Rabb dan Ilah kepada segala penciptaan……

Assalamu’alaikum wbth Aucklanders….

Apa khabar pembaca sekalian? Sedar atau tidak, kita sudah berada pada pertengahan Ramadhan yang ke-1428. Cepat sungguh masa berlalu. Dirasakan baru sahaja semalam mula berterawih di ‘Mount st Prayer Room’. Dan dirasakan baru sahaja semalam kita mula bersahur setelah sekian lama tidak berbuat sedemikian. Malah dirasakan baru sahaja semalam kita mula diperkenalkan dengan menu rasmi buka puasa saudara kita dari Timur Tengah di Mount st Prayer Room – Nasi Arab ‘Lamb Shank’. Kehadiran Ramadhan menyebabkan kemeriahan Mount St Prayer Room bertambah dengan begitu cemerlang, gemilang, dan terbilang terutamanya pada waktu maghrib dan isyak. Secara jujur dikatakan bahawa keadaan ini tidak pernah berlaku sebelum ini sepanjang pengetahuan penulis. Tahniah, jika anda adalah sebahagian daripada sejarah yang sedang dilakarkan ini. Tidak kira lapan raka’at atau 20 raka’at, jika keikhlasan dan harapan mendapatkan ganjaran didambakan, maka dengan izinNya, kita akan mendapat ganjaran yang telah dijanjikan. Dalam konteks ini, kita harus sedar bahawa untuk mengejar yang terbaik, suatu ibadah yang berkualiti dan paling afdhal mestilah dilakukan. Bukankah begitu?

Bagaimana dengan ibadat-ibadat kita yang lain? Solat sunat? Al-Quran? Sedekah? Adalah baik sekiranya kita mula membuat penilaian tentang sejauh mana pencapaian kita dalam separuh masa pertama Ramadhan sekarang ini. Jika di dalam perlawanan bola sepak atau ragbi, waktu separuh masa adalah masa yang paling kritikal untuk membetulkan mana-mana strategi yang silap, dan meningkatkan bahagian-bahagian tektikal yang mengalami kekurangan, maka adalah wajar buat kita untuk memeriksa sejauh mana pencapaian Ramadhan kita sehingga sekarang. Jika berada pada bawah target peningkatan ‘amal, “Na’uzubillah”. Jika cukup-cukup atas garisan target, alhamdulillah dan bolehlah kita tambahkan lagi target dan kapasiti kita. Dan jika jauh melepasi target kita, “Segala puji bagi Allah yang telah memberikan kita kekuatan”, semoga peningkatan ‘amal adalah konsisten walaupun sedikit. Sebagai tambahan, untuk melihat sejauh mana bernilainya target ‘amal kita pada pesta bulan ‘amal ini, suka untuk penulis berkongsi dengan Auclanders sekalian tentang contoh borang penilaian ‘amal yang digariskan untuk pelajar seperti kita. Sama-sama kita rujuk dan lihat di manakah kita?

monthofmercychecklist

Ya… di manakah kita?

Segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan kita dalam setiap setahun kehidupan kita dengan Ramadhan. Satu bulan yang membawa makna yang amat mendalam dalam sejarah perjuangan islam semasa zaman awal perkembangan dakwah Rasulullah s.a.w. di dunia ini. Di kala disyari’atkan puasa Ramadhan, pada tahun yang sama tercetusnya peristiwa di Badar. Maka, tidak hairanlah jika sesetengah ulama’ islam memberikan Ramadhan dengan ‘nickname’ bulan pengorbanan, atau lebih tepat lagi bulan jihad. Tidak perlu dihuraikan dengan lebih lanjut lagi kerana semua orang pernah berkorban. Dalam istilah ekonomi rekaan barat, diletakkan istilah ‘Opportunity Cost’ apabila ada dua pilihan yang tidak boleh digenggam sekaligus.

Sebagai warga Auckland, kita semestinya banyak-banyak bersyukur kerana dikurniakan dengan Ramadhan di kala kite mendapa cuti mid-sem. 2 minggu bermakna kita mampu atau boleh untuk mengaturkan jadual kita sendiri untuk program Ramadhan selama 50% daripada bulan yang penuh kemuliaan ini. Maksud penulis, kita masih lagi perlu menyiapkan lab journal, report, assignment, study untuk ‘testS’, dan pelbagai lagi, tetapi, jadual waktu harian adalah dalam genggaman kita (Mungkin group discussion kita?] Pendek kata, jadual harian universiti yang padat dan mempengaruhi kebanyakan masa hidup sehari-hari kita sudah berkurangan. Maka, adalah amat wajar untuk kita meletakkan prioriti Ramadhan sebagai matlamat utama SAMBIL-SAMBIL menyiapkan tugasan universiti kita.

Berdasarkan senario yang berlaku, penulis secara tidak langsung melihat dengan kehadiran Ramadhan ini, sahabat-sahabat muslim kita dilihat akan terbahagi kepada beberapa jenis. Yang pertama, golongan yang sememangnya tidak mengambil endah langsung dengan kehadiran Ramadhan. Baginya, sama sahaja Ramadhan atau September. Seterusnya, ada di antara sahabat kita yang meletakkan Ramadhan sebagai adat. Sama sahaja Ramadhan di Malaysia atau di sini. Siang hari kita puasa, lepas tu sediakan juadah berbuka dan kemudian pada malamnya kita berterawih. Maka penulis tidak dapat menafikan bahawa bagi golongan ini, sama sahaja Ramadhan pada setiap tahun. Sekadar adat atau ritual semata. Golongan ketiga yang lebih suka penulis ceritakan adalah terdapat SEGELINTIR yang begitu bersemangat menerima kehadiran Ramadhan. Mereka secara pro-aktif menyusun dan merancang program yang akan meningkatkan amal ibadah + amal baik dan meninggalkan amalan buruk semata-mata untuk menyambut Ramadhan. Teringat penulis tentang ‘enthusiasm’ sahabat-sahabat Rasulullah r.anhum ketika menyambut Ramadhan. Ada di kalangan kita yang berusaha sehabis baik untuk Ramadhan kali ini seolah-olah inilah Ramadhan mereka yang terakhir. Buat golongan yang ke-3 ini, penulis mendo’akan agar dengan niat yang ikhlas dan ingin mendapatkan ganjaran, langkah ini akan terus kekal. Kepada golongan pertama, masih ada separuh masa ke-2 untuk membetulkan kembali apa yang telah terlanjur. Dan kepada golongan ke-2 yang merangkumi kebanyakan masyarakat muslim sedunia, sedarlah kembali tujuan sebenar kita dikurniakan Ramadhan. Jika setakat ingin mendapatkan keampunan sahaja, cuba kita fikirkan lebih jauh daripada itu, iaitu sebagai mekanisme perubahan kepada kita yang baru dan lebih bagus.

Sekali lagi kesyukuran di rafa’kan kepadaNya atas kurniaan Ramadhan dalam keadaan yang aman di Auckland ini. Cuba bayangkan jika kita menerima Ramadhan dalam keadaan yang kucar-kacir dan terancam. Bukankah itu menyebabkan sukar untuk kita memaksimumkan perolehan ibadah dalam Ramadhan kali ini. Sama-sama kita hayati klip berikut:-

Ya… di manakah kita? Bukankah merupakan suatu yang amat merugikan kepada individu yang pada suatu hari yang tiada sorok-sorok atau tipu-tipu, akan bertemu dengan Allah sambil membawa amal Ramadhan yang sedikit sedangkan dia mempunyai ruang yang banyak untuk memaksimumkan Ramadhannya. Buat muslimin dan muslimat yang terperangkap dalam bencana, mereka masih mampu beralasankan keadaan yang mendesak melibatkan nyawa, tetapi bukankah suatu yang memalukan kepada kita yang dapat cuti dua minggu tetapi membawa hasil yang sama banyak?

Untuk majoriti siswa-siswi Auckland University, insya Allah baki enam minggu semester kedua untuk tahun ini akan bermula pada minggu depan. Secara dasarnya, semua orang akan mengalami ruang lingkup masa yang agak terhad untuk memaksimumkan kebaikan Ramadhan. Maka suka untuk penulis menjelaskan bahawa, jalan ‘istiqomah’ bukanlah semudah menyebutnya di bibir sahaja. Ketika Rasulullah s.a.w. bersabda mengatakan bahawa rambut baginda beruban kerana surah Huud (Surah ke-11), maka ada sahabat baginda bertanya,” Adakah kerana kisah-kisah perjuangan rasul-rasul sebelum tuan yang diceritakan di dalam surah tersebut?”. Maka, Rasulullah menidakkan terkaan sahabat baginda. Sabda baginda,” Kerana ayat ke 112 surah ini”. Bunyinya:-

“Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.”

Sesungguhnya nilai syurga itu tidak murah. Sedangkan Rasulullah s.a.w. yang terpelihara berada dalam keadaan sedemikian rupa, maka kita yang ‘nobody’ ini hendaklah berusaha dengan lebih tekun lagi. Ada orang kata mengucap syahadah di bibir, sudah cukup… Tetapi semua sedar bahawa azab neraka adalah tidak tertahan walaupun sekelip mata atau yang lebih sekejap daripada itu. Suka penulis membawakan terjemahan surah ali-Imran:-

“Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antaramu dan belum nyata orang-orang yang sabar.” (3:142)

Merujuk kepada ayat tersebut penulis mula dapat merasakan dan melihat jumlah kehadiran di dalam ‘amal ibadah beramai-ramai untuk mengimarahkan Ramadhan semakin berkurangan dalam rentasan waktu ini. Sememangnya Allah ingin melihat siapakah di kalangan hamba-hambaNya yang benar-benar ingin memanfaatkan Ramadhan. Oleh itu, dalam menghadapi proses tapisan ini, pastkan yang anda bukanlah terdiri daripada golongan yang tersangkut dalam tapisan itu. Berjihadlah. Usah disebut mengangkat senjata sekiranya kita tewas dengan hawa nafsu kita sendiri.

Maka, pastikan Ramadhan pada kali ini membuktikan kita benar-benar berjihad menentang hawa nafsu kita!! Lebih-lebih lagi mendekati penghujung bulan yang penuh ganjaran ini. Bersama-samalah kita cuba untuk meningkatkan amal kita. Jika rasa tidak mampu, carilah bantuan, bentuklah kumpulan, usahlah syok sendiri sambil berkhayal “Aku dah baik”, atau “Akulah yang terbaik”. Bukan setakat itu sahaja, tinggalkanlah sifat-sifat atau perkara-perkara buruk (melalui deria kita) yang boleh merosakkan ‘amal dan diri kita sekaligus. Kurangkan atau tinggalkan perkara-perkara yang tidak berfaedah dan gantikanlah dengan perkara yang lebih bagus. Jika ada ‘member’ yang cuba menyindir, ingatlah bahawa kebebasan memilih adalah hak individu yang merdeka dan sesungguhnya pilihan inilah yang akan ditanya. Biarkanlah sindiran itu kerana tiada siapa yang ingin berada dalam golongan yang rugi.

Akhirul kalam, teruskanlah berdo’a agar Allah s.w.t . menjadikan Ramadhan kita pada kali ini adalah yang terbaik untuk diri kita dalam membentuk peribadi dan akhlaq yang bakal merubah dunia. Lagi-lagi jika ditakdirkanNya ini adalah Ramadhan kita yang terakhir. Sesungguhnya hidayahNya untuk menghayati Ramadhan akan hadir apabila adanya permintaan daripada hambaNya dan Dia tidak pernah kedekut untuk mengurniakanNya. Semoga Ramadhan anda adalah yang terbaik sehingga saat anda membaca ayat ini.

Wallahu’alam

Al-aucklandi

Entry filed under: al kisah. Tags: .

Semarak Ramadhan 1429H Memburu Syurga

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Iklaneka

September 2008
M T W T F S S
« Aug   Oct »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Top Posts

Blog Stats

  • 62,516 hits

%d bloggers like this: