Al-Araf 179

Ogos 17, 2008 at 6:56 am 2 comments

7:179. Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.


Manusia yang kian “sakit” perlu sentiasa diubati. Makhluk istimewa ini selalu berada dalam keadaan tertanya-tanya. Mereka tercari-cari erti kehidupan dan kegembiraan yang sebenar. Namun, acap kali juga mereka temui penyelesaian yang salah. Ayat Allah yang disampaikan di atas memberi suatu penyelesaian yang ringkas namun cukup padat.
Mereka yang tidak menggunakan hati, mata dan telinga untuk tujuan mencari kebenaran sudah pasti hampa dalam hidup di akhirat, juga di dunia. Ini jelas ditunjukkan dalam ayat surah al-a’raf di atas. Al-Quran juga sering mengingatkan manusia bahawa kehidupan kita di dunia akan dipenuhi rasa sedih dan risau. Begitu juga keadaannya mereka yang menjadi ahli neraka. Tiada penduduk neraka yang berasa gembira dengan keadaannya di sana. Jadi dari mana datangnya kegembiraan?
Kegembiraan atau kebahagiaan hanya akan lahir bagi mereka yang mencari Tuhan dengan ikhlas dari dalam hati. Firman Allah dalam surah al-Ra’d ayat 28:

13:28 (yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.


Namun, manusia sudah pasti akan diuji dari masa ke semasa. Dan ingatlah bahawa, hanya syurgalah tempat yang dijanjikan Allah bebas dari kerisauan dan kesedihan.
Mari kita tumpukan perhatian kepada hati dalam memberi erti kebahagiaan pada manusia. Hati yang tidak terisi dengan hidayah akan pasti mencari-cari suatu sumber lain yang membolehkan ia berasa gembira. Pada masa inilah, ramai manusia terperangkap. Terumpan oleh syaitan dan nafsu yang menjerat manusia dalam memberikan “ubat” yang salah untuk membahagiakan hati.
Ubat daripada 2 musuh durjana ini mempunyai pelbagai bentuk. Antaranya ialah, manusia akan mengisi dirinya dengan perkara-perkara dosa yang melazatkan. Contohnya meminum arak, berjudi, berzina, berkhalwat dan lain-lain. Ini mungkin terlalu ekstrim untuk kebanyakan kita yang bergelar muslim. Namun, harus diingat, setiap yang besar bermula daripada sekecil2 perkara. Begitulah juga perihalnya dengan dosa. Mungkin pada awalnya kita hanya terjebak dalam perkara-perkara yang melalaikan contohnya ber”couple”(yang ni pun berdosa sebenarnya), menonton televisyen, main game dan sebagainya. Seterusnya kita akan berada semakin jauh daripada Tuhan dan akhirnya menjadi semakin berani melakukan dosa-dosa besar.
Oleh itu, BECA ingin menyeru, janganlah membiarkan diri anda terus terlalai. Hati kita akan mati sekiranya tidak dihidupkan setiap hari. Jangan sampai kita menyesal berdiri ketika disoal di hadapan Allah. Di kala itu, segalanya sudah terlambat. Marilah menuju jalan lurus ini dengan segera selagi masa masih ada…

Entry filed under: al kisah. Tags: .

Wahai Hati DEWASAKAH aku…

2 Komen Add your own

  • 1. hamba Allah  |  Ogos 17, 2008 at 11:45 am

    assalamualaikum wbt.

    ingin saya mencoretkan kisah saya sendiri. saya mengakui, saya pernah berada di dalam keadaan yang lalai. ya, saya ‘sebijik’ dalam keadaan sepertimana yang Allah swt sebut dalam ayat 179 surah al-araf tersebut (moga Allah menerima taubat saya). saya mengakui, nikmat dunia itu memang indah, namun, hati tidak pernah berasa tenteram, hidup terasa kosong, bila senang dipuja, bila susah ditinggalkan (inilah dunia, bukan?). alhamdulillah tuhan buka hati saya untuk mencari makna sebenar kehidupan ini. dan alhamdulillah saya kian menemuinya. saya percaya, jika kita kembali kepada Allah, itulah yang sebenar-benarnya sebaik-baiknya. itulah yang terbaik, jauh lebih baik daripada kita mengejar dunia semata-mata. perasaan ini tak tahulah macamana untuk saya katakan, tapi memang dapat saya rasakan. percayalah, kerana saya telah merasai kedua-duanyanya…

    Balas
  • 2. Imran  |  Ogos 25, 2008 at 1:27 pm

    InsyaAllah…. semoga thabat hendaknya🙂
    Nikmat iman dan taqwa itu manis walaupun sangat pahit jalan yang perlu ditempuhi untuk memperolehinya

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Iklaneka

Ogos 2008
M T W T F S S
« Jul   Sep »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Top Posts

Blog Stats

  • 62,516 hits

%d bloggers like this: