Anda Hebat!!

Julai 27, 2008 at 2:22 pm 2 comments

 “Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-Deen”

(Riwayat Bukhori dan Muslim)

                Setelah penat berseminar, penulis duduk-duduk sebentar sambil melihat angin ribut yang masih lagi melanda ‘City of Sails’ ini. Fikiran penulis masih lagi mengimbau saat-saat duduk di dewan kuliah Eng 1.439 atau lebih mesra dengan jolokan ‘lecture theater lampu merah’. Saat-saat itu, penulis menumpukan sepenuhnya perhatian kepada ‘speaker’ yang mengemukakan tajuk kecil daripada tajuk besar pembentangan seminar hari ini, ‘Inilah Sejarah Kita’.

                “Sebenarnya, sejarah kita di Asia Tenggara merupakan sebahagian daripada sejarah agung kegemilangan di antara empayar yang paling hebat pernah wujud di muka bumi ini”, tegas ‘speaker’ dengan penuh semangat.

Kata-katanya itu menyebabkan penulis terlupa bahawa di luar sana sang badai dan sang awan sedang sibuk melepaskan angin dan air, menggelapkan bandar ini sejak pagi tadi. Ditambah pula dengan jumlah rakan pendengar yang ramai dan khusyuk mendengar, menyebabkan penulis lupa dengan keadaan di luar sana. ‘Major storm heading for Auckland, expected early Saturday’. Begitulah berita yang diterima dalam akhbar utama sehari sebelum seminar bermula. “Bolehke berseminar kalau cuaca macam ni? Orang akan datang ke?” getus hati kecil penulis. Namun, segala sangkaan penulis meleset sama sekali melihatkan jumlah pendengar yang hadir mengisi kekosongan kerusi di dalam lecture theatre itu.

Fikiran penulis teringat kembali ketika ‘speaker’ meminta salah seorang pendengar untuk berpantun;

Kalau roboh kota Melaka,

Papan di Jawa kami dirikan,

Kalau sungguh bagai dikata,

Badan dan nyawa hamba serahkan,

Mungkin pembaca melihat bait-bait ini sekadar mainan senda-gurau masyarakat Melayu zaman kesultanan Melayu dahulu. Tetapi, tatkala penulis mendengar pantun ini dilaungkan dengan penuh bersemangat, terlintas dalam hati penulis bagaimana Imaduddin Zanki, Nuruddin Zanki, dan Salehuddin cuba untuk menawan kembali kota Baitul Maqdis yang telah ditawan. Terlintas kehebatan generasi demi generasi pahlawan islam yang cuba untuk menembusi kota kebal Rom Byzantine di Constantinople (Istanbul≈Islambul) suatu ketika dahulu. Juga kehebatan sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. dibawah pimpinan Saad ibn Abi Waqqas menggempur benteng terakhir kubu kisra Parsi. Terasa di dalam diri penulis bahawa muslim di Tanah Melayu dahulu juga memiliki semangat yang hebat. Bukan sekadar hebat menentang penjajahan Portugis, Belanda, mahupun Inggeris sahaja, malah hebat dalam mempertahankan tanah umat islam daripada diambil alih oleh pakatan pemusuh islam.

                Banyak sungguh ilmu pengetahuan sejarah yang telah disembunyikan oleh orientalis dan pemusuh islam telah dibongkarkan pada hari ini. Seusai sudah sesi bengkel pada petang itu, penulis terfikir, “Patutla blaja sejarah dulu macam bosan dan blur je. Rupa-rupanya ade banyak bahagian dalam sejarah dunia yang melibatkan asal-usulku tak dimuatkan. Walaupun peristiwa itu betul-betul berlaku, tetapi sesetengah fakta telah ditutup. Mujur aku join seminar ni”. Rasa kepuasan yang tidak terhingga.

                Semasa pembukaan seminar itu, potongan ayat-ayat daripada surah an-Nisa’ telah diperdengarkan. Antaranya:-

“Tidaklah sama antara mukmin yang duduk (yang tidak ikut berperang) yang tidak mempunyai ‘uzur dengan orang-orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta mereka dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk satu darjat. Kepada masing-masing mereka Allah menjanjikan pahala yang baik (syurga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang yang duduk dengan pahala yang besar. (Iaitu) beberapa darjat daripadaNya, ampunan serta rahmat. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (4:95)

Manakala semasa mengakhiri pembentangannya, speaker sekali lagi membawakan satu ayat lagi yang hampir sama tujuannya:-

“Dan mengapa kamu tidak menafkahkan (sebahagian hartamu) pada jalan Allah, padahal Allahlah yang mempusakai (mempunyai) langit dan bumi? Tidak sama di antara kamu orang yang menafkahkan (hartanya) dan berperang sebelum penaklukan (Mekah). Mereka lebih tinggi darjatnya daripada orang-orang yang menafkahkan (hartanya) dan berperang sesudah itu. Allah menjanjikan kepada masing-masing mereka (balasan) yang lebih baik. Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan. (57:10)

                Melihatkan ayat-ayat di atas dan suasana umat islam hari ini yang terumbang-ambing mencari keseronokan dunia semata, penulis berasa begitu bersyukur kerana masih dapat melihat malah dipertemukan segelintir sahabat-sahabat yang cuba kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah sebagai sumber utama cara hidup. Dalam keadaan payah mana sekalipun, sahabat-sahabat ini sanggup meredah cuaca terburuk yang sedang melanda wilayah ini dalam tempoh sedekad, sekadar untuk mendengar pembentangan daripada ‘speaker’ yang hanyalah terdiri daripada pelajar biasa. Walaupun meredah angin dan hujan yang sejuk tiada tanding taranya dengan apa yang diceritakan dalam asbabun nuzul ayat-ayat suci di atas, namun langkah-langkah kecil itulah yang akan menjadi saksi di akhirat nanti. Jika di padang pasir, debu-debu menjadi saksi, maka biarlah manik-manik air hujan yang membasahi pakaianmu menjadi saksi. Dalam diri penulis, terdetik satu rasa, “Tahniah, ANDA HEBAT!!!”.

Wallahu’alam

26 Julai 2008

Entry filed under: al kisah. Tags: .

Program Ini Sejarah Kita Isra’ dan Mikraj : Bukti Kekuasaan Allah

2 Komen Add your own

  • 1. ...  |  Julai 27, 2008 at 8:45 pm

    salam..

    sejarah jatuh bangun umat Islam yang disampaikan dlm program ISK memang jelas. Sebagai cadangan, kalau tidak keberatan, diharapkan slide2 yg disampaikan dpt di-email kepada semua yang hadir sebagai rujukan setelah program selesai.. tq

    Balas
  • 2. thanaif  |  Ogos 1, 2008 at 10:17 am

    Berinovasi dengan bahasa dan lidah sendiri sesungguhnya berupaya membuka pintu-pintu kejayaan ummat.
    Perubahan kepada pengkonsepan dari asas binaan Al-Quran dan Hadis berada di atas bahu setiap minda muslimin tanpa mengira di mana bumi yang dipijak dan langit dijunjungnya.

    Sejarah mensusur-galurkan peristiwa yang pengabaian nya atas alasan fakta berkuasa menunjuk arah, upaya melemahkan ummah.Berkongsi secara seimbang di antara kekuatan dan kelemahan menterjemahkan keistimewaan insan.
    Setiap manusia adalah insan.
    Bangga dengan animasi dan komik Malaysia.

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Iklaneka

Julai 2008
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Top Posts

Blog Stats

  • 62,516 hits

%d bloggers like this: