Dia Budak Baik

Jun 1, 2008 at 2:42 pm Tinggalkan komen

“Program itu untuk budak baik, aku tak join diorang kot.”

Mungkin inilah monolog yang terlintas pada fikiran seseorang. Dan mungkin anda. Sesungguhnya, monolog inilah yang pernah terlintas pada benak fikiran penulis pada suatu ketika dahulu. Namun, mungkin ada suatu tindakan atau lintasan di dalam hati penulis sebelum ini, yang akhirnya menyebabkan Allah s.w.t. mengurniakan petunjuk kepada penulis. Rasa yang sungguh berterima kasih.

Sememangnya di dalam al-Quran diselitkan banyak perintah supaya berbuat baik. Malah di dalam al-Quran, banyak diselitkan perintah Allah agar manusia terutamanya yang beriman untuk cepat-cepat buat baik. Bukan sekadar menyeru supaya manusia berbuat baik. Lihatlah betapa indahnya Al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia yang dahagakan petunjuk lebih-lebih lagi tentang maksud hidup di dunia yang akan berakhir dengan kematian ini.

Penulisan ini adalah merupakan buah fikiran penulis sendiri yang kadang-kadang terfikir, “Kalau ade satu golongan budak baik, lepas satu, golongan yang tak join budak-budak tu, golongan ape pulak eh?” Bukanlah di sini penulis ingin membuat kesimpulan sendiri lalu membahagi-bahagi kumpulan manusia dalam hidup persekitaran penulis ini, tetapi ayat pertama di atas secara tidak langsung menyebabkan penulis bermonolog sedemikian. Tetapi, lontaran fikiran ini bukanlah sekadar pemikiran kosong, kerana setiap orang yang tahu dan percaya tentang islam yakin bahawa pengakhiran kehidupan manusia hanya ada dua. Bahkan, agama-agama samawi (langit) yang lain pun berfikiran sedemikian.

Difikirkan lagi, “Maka, sekiranya pengakhiran manusia itu terbahagi kepada dua, maka cara untuk mendapatkannya pun mestilah ada dua je la kan. Mendapatkan yang pertama dan meninggalkan yang kedua atau sebaliknya” Secara tidak langsung, apabila cuba dikaitkan dengan kehidupan ini, maka  memang orang islam akan percaya, untuk mendapatkan syurga ialah dengan melakukan segala yang disuruh dan disukaiNya, dan meninggalkan perkara yang dilarang atau dibenci olehNya. Semudah itu. Maka penulis ingin melontarkan suatu pemikiran kepada para pembaca, “Setiap perbuatan kita dalam kehidupan hari-hari ini, Allah s.w.t. perintah ke tidak? Suka atau tidak?”, Jika hal ini pun kita masih belum ambil kisah. Cukup sekadar inilah pembacaan anda.

 

 

(www.senikehidupan.com)

Tetapi, sekiranya kita mula ambil kisah tentang perkara-perkara yang kita buat seharian, maka marilah kita bergerak ke suatu singkapan pemikiran yang berikutnya. “Bukankah apabila aku buat macam ni, kawan-kawan yang aku kamceng selama ini, akan mula berenggang dengan aku?” Untuk memudahkan penceritaan idealisme penulisan ini, kita ambil contoh yang ekstrem yang mana sahabat itu yang sama-sama pergi melakukan aktiviti yang tidak berfaedah kepada akhirat dan dunia, akan meninggalkan kita.

Pernahkan anda terdengar, atau mungkin mendengar, bahawa apabila dibangkitkan selepas mati nanti, manusia akan dikumpulkan mengikut golongan-golongan yang sama idealisme dengannya. Jika ‘hedonisme’ sebagai akidahnya, dia akan bersama geng-gengnya, atau sekiranya ‘materialisme’ adalah idealisme mereka, bersama-sama mereka membentuk perkumpulan di situ, atau jika ‘perkauman atau ‘kebangsaan’ sebagai akidah yang utama dalam diri, maka bersama-samalah membentuk kumpulan di situ. Maka, jika kita beramal dengan apa yang telah digariskan oleh Allah melalui perutusan Rasulullah s.a.w. , maka anda pasti tahu dengan siapa kita akan dikumpulkan.

Hal ini menyebabkan penulis teringat kepada satu baris ayat dalam skrip sebuah filem Hollywood yang bertemakan perubatan. Ditegaskan di sini bahawa penulis tidak bermaksud menggalakkan pembaca untuk meneruskan minat supaya dapat bangkit bersama akidah  pengkarya-pengkarya filem Hollywood yang sudah cukup pincang itu. Tetapi ayat itu berbunyi,”……………………….Because of that I’ve lost everything, but I’ve also gained averything……………..”

Sebagai penutup, bersama-sama kita rujuk surah al-Kahfi, ayat 13:-

“…………………….Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambah pula untuk mereka petunjuk.”

Jika anda sebagai pemuda ingin beriman dengan sebenar-benar iman, pasti dan pasti anda akan mendapat petunjuk daripadaNya. Jika tidak, bersama-sama kita perbaiki iman kita, dan kesan sama ada iman kita tulus atau tidak adalah berdasarkan ayat di atas. Wallahu’alam

al-aucklandi

Entry filed under: al kisah. Tags: .

Mulakan Minggu Anda Dengan Peringatan — Perhambaan al-ikhlas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Iklaneka

Jun 2008
M T W T F S S
« May   Jul »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Blog Stats

  • 62,519 hits

%d bloggers like this: