Erti Sebenar Perjuangan

Mei 11, 2008 at 8:08 am Tinggalkan komen

Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu?” (2:214)

 

“Hey mate, would you like to answer a questionnaire?”

Soalan yang lazimnya ku menjawab tidak, menyentak diri dari lamunan.
Dengan izin yang Maha Kuasa, digerakkan hatiku untuk menyawab “Yes” pula kali ini.
Rupa-rupanya soalan tentang religion. Ana hanya mampu tersenyum sambil mengambil kertas yang dihulurkan.


Sedikit sebanyak soalan yang ditanya mereka berdua(pelajar university seperti ana juga, tapi beragama Kristian) dijawab sedaya upaya ketika mengisi borang tersebut.
Setelah selesai, maka mereka pun mengajukan soalan-soalan peribadi mereka.

Semakin lama soalan semakin mencabar. Peluh mula membasahi dahi. Tangan terketar-ketar menggambarkan goncangan hati.
Bukan kerana iman bergoncang, tetapi memikirkan tanggungjawab da’wah yang mungkin tidak mampu terlaksana.
Rupanya bukan senang hendak menyakinkan orang lain.


Mungkin boleh untuk diceritakan tentang kebatilan agama mereka. Akan tetapi mereka pun seperti kebanyakan kita, bertaqlid kepada paderi-paderi mereka.
Bagaimanakah untuk menerangkan tentang al-Haq kepada mereka yang tidak mengetahuinya?
Sedangkan hendak mentarbiyyah orang-orang Islam sendiri pun kadangkala terpaksa mengumpul kekuatan rohani dahulu.

“When people go to sleep, I let my tears flow, and I recite a verse of the most eloquent poetry
“Is it not a waste that nights go by and I do not increase in knowledge, yet this time is counted as part of my life? ”


Saat-saat sebeginilah terasanya kedhaifan ilmu yang dimiliki, dan beratnya beban di atas diri.

“Aku seakan terbayang bagaimana orang Australia dan Amerika apabila berdiri di hadapan Allah pada hari kiamat, lalu Allah bertanya mereka: “Mengapakah kamu tidak mengenaliKu dengan cara yang betul dan beramal dengan amalan yang soleh dan bersiap menghadapi hari pertemuan ini?”. Mereka akan menjawab: “Sesungguhnya arab yang mewarisi agamaMu telah menghalang cahaya agamanya, atau memadamkan lampu-lampunya, mereka biarkan kami dan diri mereka dalam kegelapan”. ( Muhammad al-Ghazali, Turathuna al-Fikri, m.s 32, Amerika: Al-Ma’had al-’Alami li al-Fikri al-Islami).

Ana berdoa agar kekurangan diri diampunkan Allah, dan janganlah kerana salah silap ana, menghalang orang-orang lain dari memasuki Islam.
Mengalir air mata memikirkan sekirannya ditanya pada hari akhirat, mengapakah ana membiarkan sahaja diri sendiri dan ikhwah lain berada dalam kejahilan.

Pada hari yang tidak berguna harta benda dan anak pinak. Melainkan dia yang datang kepada Allah dengan qalbun salim” (26:88-89)

Pengalaman sebegini mengajar maksud sebenar susah. Setiap kali ana ingin mengeluh letih,penat ataupun susah, keluhan itu tidak kesampaian


Dibandingkan dengan ujian-ujian orang mu’min sebelum kita, apalah susahnya ujian-ujian university. ..terasa seperti langit dan bumi bezanya


Moga Allah memberikan juga kekuatan kepada kita sepertimana orang-orang sebelum kita telah dibantu dengan bantuan Allah. Andaikata mereka hanya mengeluh dan tidak bangkit mengibarkan panji da’wah, jalan manakah yang kita akan mengikuti sekarang…

اللهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقّاً وَارْزُقْنَا التِبَاعَةَ وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَا

اجْتِنَابَهُ، بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.

Allahumma arinal-haqqa haqqan warzuqnat-tiba’ah, wa arinal-batila batilan warzuqnaj-tinabah, bi rahmatika ya arhamar-rahimeen.

“O Allah! Let us see the good as good, and bless us with following it. And show us the falsehood as falsehood, and bless us with staying away from it, with Your mercy, O Most Merciful!

 

Entry filed under: al kisah. Tags: .

Tafsir surah al-Falaq Mulakan Minggu Anda Dengan Senyuman- Teguran =)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Iklaneka

Mei 2008
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Top Posts

Blog Stats

  • 62,516 hits

%d bloggers like this: