Tafsir surah al-Falaq

Mei 10, 2008 at 1:17 pm Tinggalkan komen

 

Surah ini diturunkan oleh Allah atas sebab yang hampir sama sepertimana turunnya surah an-Nas. Secara kasar,ia menggambarkan kasih mesra Allah pada makhluknya (kita semua) yang menjamin akan memberi perlindungan daripada sebarang kejahatan dan kecelakaan. Namun, jaminan keselamatan hanya akan diberi dengan syarat, manusia memohon perlindungan itu sendiri daripada Yang Maha Memelihara.

 

1. Katakanlah: “Aku berlindung kepada Tuhan Yang Menguasai subuh,

2. dari kejahatan makhluk-Nya,

 

Setiap makhluk di dunia mempunyai kebaikan dan kejahatan masing-masing. Menjadi lumrah kepada menusia sukakan kebaikan dan bencikan kejelekan. Perlindungan yang perlu kita pohonkan di sini ialah dipelihara daripada kejahatan agar hanya kebaikannya sahaja yang tinggal. Tidak syak lagi, hanya Allah mampu menapis unsur-unsur jahat daripada terus menganiaya umat manusia yang bergantung harap kepadaNya.

 

3. dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gulita,

 

Apabila malam mula menyelubungi, pelbagai bentuk kejahatan bisa mengganggu manusia. Serangan binatang buas, gangguan ahli sihir @ tok bomoh, dianiaya perompak dan tergeraknya nafsu syahwat atas perkara yang jijik adalah sebahagian daripada bentuk kejahatan yang mungkin berlaku. Ini kerana, kegelapan malam mendorong syaitan untuk mempergiat usaha menggugat iman manusia yang sudah sedia goyah.

Ilmu sihir pernah menjadi popular suatu ketika dahulu.

 

4. dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul

 

Taksubnya orang melayu kepada makhluk halus (jin, hantu dan seumpamanya) menyebabkan keimanan mereka terpesong lalu percaya bahawa kuasa itu mampu memberikan mereka “sesuatu”. Sedang pada hakikatnya, ilmu sihir tidak lebih sekadar menipu pancaindera manusia agar timbul perasaan takut atau mungkin berharap. Sekiranya gejala ini tidak dibendung, maka manusia semakin hampir dengan melakukan maksiat terbesar di atas muka bumi iaitu syirik pada Allah. Na’uzubillah

5. dan dari kejahatan pendengki bila ia dengki.”

 

Dengki. Suatu yang negatif dan sering timbul apabila seseorang merasakan dirinya kurang daripada individu yang lain. Ia boleh mengundang gejala yang lebih besar kerana si pendengki mungkin akan berbuat apa sahaja agar kelebihan tadi ditarik balik daripada pemilik asal tidak kira dengan apa kaedah sekalipun. Atau, ia mungkin sekadar menimbulkan rasa cemburu. Walau apa sekalipun, dengki harus dibuang atau mungkin kita boleh melatih diri untuk melakukan tindak balas positif atas sikap ini. Maksud saya, sifat dengki ini anda pergunakan untuk menjadi pemangkin kearah mempergiat usaha anda supaya menjadi insan yang lebih baik

 

Wallahua’lam

 

Entry filed under: al kisah. Tags: .

Khabar Dari Jauh — Dunedin Erti Sebenar Perjuangan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Iklaneka

Mei 2008
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Blog Stats

  • 62,519 hits

%d bloggers like this: