Khabar Dari Jauh — Dunedin

Mei 8, 2008 at 9:00 am 1 komen

The Muslim Brain

dipetik dari : Duniadeen

 

“Brain and Behavior”. Itulah modul yang sedang diharungi oleh pelajar-pelajar perubatan tahun ke-3, University of Otago. Sekadar sedikit pengenalan, module B&B ini mengambil masa selama satu semester untuk dihabiskan. Jika dibandingkan dengan modul-modul yang lain, B&B merupakan antara modul yang sangat panjang, terutamanya jika dibandingkan dengan saiznya yang kecil berbanding organ-organ lain.
Pada mulanya, modul B&B ini bukanlah satu subjek yang digemari. Namun, setelah beberapa bulan mempelajarinya, minat untuk “memahami” salah satu organ ciptaan Allah yang unik ini mula membuak-buak. Bermula dengan perbincangan mengenai penyakit CPA(ke CIPA?) ataupun dikenali sebagai “congenital Absence of C fibre”, modul ini menjadi semakin menarik.

Kepada sesiapa yang tidak tahu, “C fibre” memainkan peranan dalam penghantaran signal “sakit” kepada otak. Justeru, mereka yang lahir tanpa saraf ini, tidak dapat merasai kesakitan (fizikal) disepanjang kehidupannya di dunia ini. Namun, itu bukanlah satu perkara yang diingini oleh manusia. Ini kerana, mereka yang mempunyai penyakit ini selalunya akan mempunyai kecacatan pada tubuh badan mereka. Mereka tidak sedar sekiranya jari atau tangan mereka telah terpotong!

Begitulah hebatnya kekuasaan Allah dalam mencipta manusia. Sehinggakan sekecil-kecil saraf itupun mempunyai peranan yang sangat penting dalam badan. Tetapi manusia tetap lupa untuk bersyukur dan enggan menunaikan hak-hak Allah, walaupun nikmat tubuh badan yang di beri ini sudah begitu jelas sekali.

“Wahai manusia! Apakah yang telah memperdayakan kamu (berbuat derhaka) terhadap tuhanmu yang Maha Pengasih. Yang telah menciptakanmu, lalu meneympurnakan kejadianmu dan menjadikanmu (susanan tubuh) seimbang” (82;6-7)

Ketika sedang menelaah fungsi bahagian-bahagian di dalam otak, terlintas pula persoalan apakah yang sepatutnya ada di benak fikiran seseorang Muslim? Apakah maklumat yang sepatutnya diproses oleh otak seseorang Muslim? Mungkin gambar di bawah ini, sedikit sebanyak dapat memberikan jawapan mengenai persoalan tersebut.

Fungsi-fungsi otak:

  1. Prefrontal area: Provides ability to plan, reasons, concentrate and adjust behavior, moderating correct social behavior
  2. Motor Cortex (premotor and primary motor cortex): learned motor activities, activate specific and a group of muscle fibre.
  3. Broca’s area: Controls of speech, motor speach
  4. Frontal lobe: Prefrontal, motor cortex and broca’s area function (rujuk 1,2 dan 3)
  5. Primary auditory cortex: Distinguishes sound quality
  6. Wernicks’s area: Interpret sensory information, language
  7. Visual Cortex: Receiving visual data
  8. Cerebellum: Maintain posture, balance and coordination of movement
  9. Temporal lobe: Important for memory function – particularly transference from short to long term memory and control of spatial memory and behavior(hippocampus)
Rujukan: wikipedia, answers.com, Essentials of Human Anatomy and Physiology

 

Terdapat banyak lagi fungsi-fungsi otak yang lain. Ini sekadar apa yang terlintas di fikiran insan yang lemah ini. Namun persoalan penting yang perlu dipertimbangkan ialah…Adakah kita menggunakannya ke arah yang diredhai Allah?
Jawapannya hanya empunya diri yang tahu..

Ya Allah indahNya ciptaan Mu ini…
Betapa hebat kekuasaan Mu…
Terasa begitu kerdil sekali diri ini…

wallahualam

-Almujtahidu-

Entry filed under: al kisah. Tags: .

Technology and Us Tafsir surah al-Falaq

1 Komen Add your own

  • 1. Rough_U_Deen  |  Mei 8, 2008 at 9:10 am

    Subhanallah!! Jika belajar kerana Allah, pasti akan terasa semakin dekat denganNya. Kes yang sama untuk kursus kejuruteraan. Tapi penciptaan manusiakan adalah yang terbaik. Semoga ‘Almujtahidu’ sentiasa berkongsi lagi tentang hal sebegini. Ceria-cerialah!!

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Iklaneka

Mei 2008
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Top Posts

Blog Stats

  • 62,516 hits

%d bloggers like this: