Hadith Minggu Ini

Mei 6, 2008 at 7:29 am Tinggalkan komen

Makan

727. Dari Jabir r.a., katanya: “Saya mendengar Rasululiah s.a.w. bersabda:
“Apabila seseorang itu masuk rumahnya, lalu ia berzikir kepada Allah di waktu masuknya dan ketika makannya, maka syaitan berkata kepada kawan-kawannya: “Engkau semua tidak dapat memperoleh tempat bermalam serta makanan. Tetapi jikalau orang itu masuk lalu tidak berzikir kepada Allah Ta’ala ketika masuknya, maka syaitan berkata: “Engkau semua dapat memperoleh tempat bermalam.” Selanjutnya jikalau orang tadi tidak pula berzikir kepada Allah Ta’ala ketika makannya, maka syaitan tadi berkata: “Engkau semua dapat memperoleh tempat bermalam serta makanan.” (Riwayat Muslim)

Nasihat

182. Pertama: Dari Abu Ruqayyah yaitu Tamin bin Aus ad-Dari r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. bersabda:

“Agama itu adalah merupakan nasihat.”
Kita semua bertanya: “Untuk siapa?”
Beliau s.a.w. menjawab: “Bagi Allah, bagi kitabNya, bagi rasulNya, bagi pemimpinpemimpin kaum muslimin serta bagi segenap umumnya ummat Islam.” (Riwayat Muslim)

Berbakti Kepada Ibu Bapa

342. Dari Abu Usaid – dengan dhammahnya hamzah dan fathahnya sin – iaitu Malik bin Rabi’ah as-Sa’idi r.a., katanya: “Pada suatu ketika kita semua duduk-duduk di sisi Rasulullah s.a.w., tiba-tiba datanglah kepadanya seorang lelaki dari Bani Salamah. Orang itu bertanya: “Ya Rasulullah, apakah masih ada sesuatu amalan yang dapat saya amalkan sebagai kebaktian saya kepada dua orang tuaku setelah keduanya meninggal dunia?” Beliau s.a.w. menjawab: “Ya, masih ada. Iaitu mendoakan keselamatan untuk keduanya, memohonkan pengampunan kepadanya, melaksanakan janji kedua orang itu setelah wafatnya, mempereratkan hubungan kekeluargaan yang tidak dapat dihubungi kecuali dengan adanya kedua orang tua itu serta memuliakan sahabatnya.” (Riwayat Abu Dawud)

sumber : Riyadus Shalihin

Entry filed under: al kisah. Tags: .

Mulakan Minggu Anda Dengan Senyuman – Pemuda Technology and Us

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Iklaneka

Mei 2008
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Blog Stats

  • 62,519 hits

%d bloggers like this: