BUAT RIJAL YANG DIRINDUI

Mei 4, 2008 at 6:36 am Tinggalkan komen

Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. Muhammad :7

Saban hari manusia mengejar kehidupan dunia. Saban hari, kita berpusu – pusu ke tempat kerja, ke tempat pengajian, ke tempat hiburan, dan sebagainya. Tetapi, pernahkah kita berhenti sekejap dan berfikir sejenak tentang kehidupan kita dan masyarakat kita. Sesungguhnya penglihatan, pendegaran, percakapan dan akal, apabila digunakan dengan sebaik – baiknya, akan menyebabkan kita ingin memperbaiki keadaan diri dan masyarakat.

Saudara yang tercinta, sesungguhnya Rijal telah hilang. Ummah ini telah hilang pemuda – pemuda yang menjadi harapan ummah. Saban hari satu demi satu rijal gugur kerana terpedaya dengan dunia dan segala fitnahnya. Ummah ini telah kehilangan para pemuda yang tajam akal fikiran mereka, petah kata – kata mereka, elok budi bicara mereka, dan indah tulisan mereka. Kita merindui golongan yang seperti ini yang dapat menaikkan martabat ummah disamping menjadi contoh ikutan buat sahabat – sahabat disekeliling mereka.

Rasullullah pernah bersabda, yang membawa maksud “ Siapa yang mendapati Muslim yang terhina dan dia tidak menolongnya sedangkan dia mampu, maka Allah akan menghinakannya pada hari kiamat di depan mata umum” Hadith Riwayat Ahmad

Sedangkan jika kita tidak menolong Muslim yang terhina pun kita akan dihinakan, bagaimana pula jika kita tidak membantu seluruh ummah yang pada hari ini lemah? Sepanjang lebih kurang 20 tahun kehidpan kita, apakah peranan yang kita mainkan dalam revival ummah?

Anda tidak mampu? Jangan kata anda tidak mampu. Jika benar anda tidak mampu, bagaimana mungkin anda boleh duduk – duduk menonton televisyen? Jika benar anda tidak mampu, bagaimana mungkin anda boleh membeli baju – baju yang begitu mahal harganya? Jika anda benar tidak mampu, bagaimana anda boleh berada di universiti terkemuka di seberang laut?

Seharusnya kita mula mencari jalan bagaimana untuk membantu ummah ini. Namun demikian, usaha untuk memperbaiki ummah ini hanyalah sia – sia andai kata asasnya lemah. Perkara asas dalam langkah ke arah revival ummah ini ialah hati – hati kita. Barangkali hati –hati kita selama ini terpaling daripada jalan Allah. Maka, mungkin sudah tiba masanya untuk kita mencari jalan untuk keluar dari keterpalingan itu.

Sesungguhnya kekuatan Islam itu pada jemaah. Maka sudah tiba masanya kita merapatkan barisan dan mencintai saudara –saudara kita. Sudah tiba masanya untuk kita mengimarahkan masjid dan surau. Sudah tiba masanya untuk kita berjemaah dalam solat. Kecintaan pada solat berjemaah akan dapat melembutkan hati – hati kita. InsyaAllah dengan berjemaah, hati – hati kita akan ditetapkan di atas jalan yang lurus.

Saudara, sesungguhnya usaha kita untuk membantu ummah ini bukanlah perkara yang remeh. Usaha ini ialah satu langkah yang sangat besar. Perbaikilah hati – hati anda. Jauhilah yang mungkar. Jauhilah yang sia –sia. Carilah jalan yang lurus. Tambahkanlah kepedulian anda terhadap agama ini. Saudaraku, sesungguhnya rijal telah hilang. —Pengembara

Entry filed under: al kisah. Tags: .

Tafsir Surah – Al-Nas Mulakan Minggu Anda Dengan Senyuman – Pemuda

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Iklaneka

Mei 2008
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Blog Stats

  • 62,519 hits

%d bloggers like this: