Kepedulian Kita

April 27, 2008 at 12:56 am Tinggalkan komen

“Islam itu kononnya menyeru manusia untuk membaca. Tetapi mengapa satu per tiga daripada umat islam tidak tahu membaca?”

Persoalan itu diajukan oleh seorang sahabat saya beberapa minggu lalu. Pada masa itu, ingin saja saya katakan, “Itu semua salah umat ini. Tiada salah pada sistem Islam”. Namun, saya yakin pada waktu itu, bahawa jawapan sedemikian tidaklah akan menjawab persoalan saudara tersebut. Sebaliknya hanya akan menggambarkan kegopohan, ketaksuban dan kecetekan pemikiran. Maka saya memilih untuk diam dan mengharapkan saudara tersebut membuat bacaan yang disarankan.

Jujur saya katakan bahawa saya tidak pasti dengan nilai satu per tiga itu. Tetapi, andai kata nilai itu benar, sesungguhnya begitu serius kemaslahatan umat hari ini. Pada hemat saya, masalah umat hari ini bukanlah salah Zionis, bukanlah salah barat. Bukan pula salah ajaran Muhammad SAW. Tetapi, masalah umat hari ini ialah salah kita. Salah saya dan salah tuan pembaca.

Apabila difikirkan, pernahkah kita ambil peduli tentang hal ini? Jika adapun, apa yang telah kita lakukan untuk menyelesaikan masalah umat ini? Jika jawapan anda negatif, kalikan sahaja dengan 2/3 daripada 1.4 bilion, maka kita akan dapat mengagak secara kasar bilangan umat islam yang lena dan tidak sedar. Apabila difikirkan, apabila kita mati nanti, cukupkah dengan solat kita (yang tak berapa nak khusyuk), dengan puasa kita ( yang tak berapa nak jaga puasa mata, telinga dan hati), dan zakat kita; cukupkah untuk kita mengatakan bahawa kita layak ke syurga Allah SWT?

Sesungguhnya, apabila mati nanti, kita akan ditanya bagaimana kita memanfaatkan nikmat yang kita ada. Kita harus sedar bahawa kita diberikan sedikit kelebihan atas orang lain. Kita diberikan akal yang sedikit tajam berbanding orang lain. Sejauh manakah kita menggunakan akal yang ada ini untuk membantu orang lain. Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara. Sejauh manakah kita membantu saudara – saudara kita yang benar – benar memerlukan? Sejauh manakah kita membantu saudara – saudara kita yang jahil? Sepatutnya kita merasakan bahawa masalah umat ini merupakan beban kita. Seperti yang dikatakan “White men’s burden” pada zaman renaissance dahulu, kita patut merasakan masalah umat ini sebagai “enlightened Muslim’s burden

Tiada kesalahan pada sistem islam. Kelemahan umat ini pada masa ini ialah kerana korupsi yang berleluasa dalam pentadbiran kerajaan – kerajaan Islam, fitnah memfitnah sesama umat, dan yang penting sekali, sikap tidak peduli.

Kadang kala, perilaku kita menyebabkan rakan – rakan kita tidak senang dengan kita. Kadangkala sikap kita yang terlalu indiviualistik dan berkira menyebabkan kurangnya keharmonian antara kita dan rakan – rakan. Sesetengah daripada kita pula mengambil kesempatan atas kebaikan rakan kita. Keadaan seperti ini biasanya berlaku diantara teman serumah. Perkara- perkara inilah yang membantutkan sikap kepedulian yang seharusnya lahir dalam jiwa kita. Andai kata kita tidak dapat mencintai, tidak dapat bersangka baik dan peduli akan nasib rakan serumah kita, bagaimana pula kita hendak mengatakan yang kita peduli akan nasib saudara kita yang jahil di tanah – tanah yang jauh daripada kita?

Bersangka baik merupakan selemah – lemah kepedulian. Buat permulaan, bersangka baiklah sesama saudara anda. Sebarang ketidak puashatian seharusnya diselesaikan secara matang dan berhemah. Bermula dari situ, kita akan menjadi Muslim yang lebih peduli. Kepada saudara yang bertanya, saya harap penulisan ini akan menjana pemikiran saudara supaya saudara sendiri dapat melihat gambaran yang lebih besar tentang persoalan saudara. Sekian, Allah lebih mengetahui.

 

 

 

 

Entry filed under: al kisah. Tags: .

‘Holocaust’ Israel Di Gaza Mulakan Minggu Anda Dengan Senyuman — Alasan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Iklaneka

April 2008
M T W T F S S
« Mar   May »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Top Posts

Blog Stats

  • 62,516 hits

%d bloggers like this: