PELIHARALAH IMAN KITA

Mac 5, 2008 at 11:42 pm Tinggalkan komen

Sesungguhnya banyak perkara yang boleh membatalkan Iman atau Syahadah. Rosak Iman maka sia-sialah amalan kita. Untuk menjaga Iman, wajiblah kita mengetahui serta menghindari perkara yang boleh merosakkan akidah antaranya:

PERTAMA. Mempersekutukan Allah (Syirik). Meminta doa atau pertolongan dari orang yang telah mati atau bernazar dan menyembelih korban demi mereka adalah perbuatan syirik. Firman Allah yang bermaksud:-

“Sesungguhnya orang yang mempersekutukan Allah, nescaya Allah akan mengharamkan syurga baginya. Tempat tinggal mereka (kelak) adalah neraka dan tiada penolong bagi mereka yang zalim.”

KEDUA. Menjadikan sesuatu sebagai perantaraan antara diri kita dengan Allah dengan meminta doa atau syafaat serta berserah diri (tawakkal) kepada benda tersebut. Ulama’ (Ijma’) sepakat mereka yang melakukannya adalah kafir.

KETIGA. Tidak mengkafirkan orang musyrik (kafir) atau ragu dengan kekafiran mereka ataupun membenarkan fahaman mereka. Menganggap agama-agama lain sama dengan Islam. Firman Allah yang bermaksud:-

“Barangsiapa yang menghendaki selain dari islam sebagai agama (cara hidup) maka tidak akan diterima agama darinya dan di akhirat dia tergolong dikalangan mereka yang rugi”

KEEMPAT. Tidak yakin bahawa tuntutan Nabi Muhammad s.a.w. dan hukum islam (hudud) itu lebih sempurna. Mereka mengutamakan hukum ciptaan manusia dan meninggalkan hukum Allah. Antara contohnya ialah:-

  1. Berkeyakinan bahawa perundangan yang diciptakan oleh manusia itu lebih sesuai dan adil dari hukum Allah untuk dunia moden ini. Berkeyakinan bahawa syariat islamlah yang menyebabkan orang islam itu mundur.
  2. Berpendapat bahawa melaksanakan hukum Allah seperti memotong tangan pencuri atau merotan penzina atau merejam penzina (yang telah berkahwin) itu kejam dan tidak sesuai lagi.
  3. Mengharamkan apa yang dihalalkan Allah dan menghalalkan (membenarkan) apa yang Allah haramkan. Menghalalkan (membenarkan) zina, arak, judi, riba, dan penggunaan perundangan lain selain dari syariat Allah. Ulama’ (Ijma’) sepakat perbuatan tersebut adalah kufur.
iman

KELIMA. Membenci sesuatu yang ditetapkan oleh Allah dan Rasulullah walaupun diamalkan. Firman Allah yang bermaksud:-

“Demikian itu adalah kerana mereka benci terhadap apa yang diturunkan oleh Allah, maka Allah menghapuskan segala amalan (pahala) mereka”

KEENAM. Memperolok-olok terhadap sesuatu dari Allah dan ajaran Rasulullah s.a.w. atau terhadap pahala maupun seksaan yang telah menjadi ketetapan agama. Firman Allah yang bermaksud:-

“Katakanlah (wahai Muhammad) terhadap Allahkah dan ayat-ayatNya serta RasulNya kamu memperolok-olok? Tiada erti kamu meminta maaf, kerana kamu kafir setelah beriman”

KETUJUH. Sihir, ilmu hitam atau ilmu guna-guna untuk kebencian dan kecintaan seseorang atau merosakkan hidup seseorang. Firman Allah yang bermaksud:-

“Sedang kedua malaikat itu tidak mengajarkan (sihir) kepada seseorang pun sebelum mengatakan, sesungguhnya kami hanya cubaan bagimu, sebab itu janganlah kamu kafir”

KELAPAN. Membantu orang kafir yang memusuhi kaum Muslimin atau memilih orang kafir sebagai pemimpin. Firman Allah yang bermaksud:-

“Barang siapa diantara kamu mengambil mereka (yahudi, nasrani, atau kafir) menjadi pemimpin kamu, maka sesungguhnya dia termasuk di dalam golongan mereka (kafir). Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang zalim’

KESEMBILAN. Berpaling dari islam keseluruhannya, tanpa mempelajari dan melaksanakannya. Firman Allah yang bermaksud:-

“Tiada yang lebih zalim daripada orang yang telah mendapat peringatan melalui ayat-ayat Tuhannya kemudian ia berpaling daripadanya. Sesungguhnya kami akan menimpa balasan kepada orang yang berdoa”

Sumber – Raudhatus Sakinah

Entry filed under: al kisah. Tags: .

NILAI MASA MUSLIM ‘Holocaust’ Israel Di Gaza

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Iklaneka

Mac 2008
M T W T F S S
« Jan   Apr »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Blog Stats

  • 62,519 hits

%d bloggers like this: