Cintaku terhadapMu

November 3, 2007 at 8:14 pm 1 komen

Hasil nukilan al-mufikir

Bunga Cinta

Cinta lahir dari hati ,tidak siapa dapat menghalang mahupun menjadikan cinta melainkan yang Maha Esa. Cinta dan kasih sayang adalah perkara berlainan walau bagaimanapun tidak dapat dipisahkan dari satu dengan yang lain.

Melalui pemerhatian saya, ramai yang meluahkan rasa kasih sayang dan cinta kepada sesama makhluk mahupun sesuatu perkara melalui pelbagai cara. Ada yang mengasihi keluarganya dan meluahkan rasa cintanya melalui masa yang diluangkan bersama keluarga. Dan ada juga yang mencintai kebendaan seperti buku sehingga sanggup menyimpan koleksi buku-buku tersebut dan sanggup tersadai di tepian jalan untuk menunggu koleksi yang terbaru. Tetapi cinta yang digambarkan itu tidak akan bertahan selamanya kerana semuanya bersifat sementara. Bukankah terdapat cinta yang kekal abadi? Yang sepatutnya terdapat pada setiap individu?

Cinta ini membawa manusia kepada kebahagian sementara kepada kebahagian selama-lamanya. Yang membawa langkah manusia kepada jalan kebenaran dan mendekati harumnya syurga yang penuh kenikmatan. Cinta yang membawa kesejahteraan di dunia mahupun di akhirat. Cinta yang tidak perlu pada konflik dalaman mahupun luaran. Tahukah kamu cinta apakah yang dimaksudkan itu?

Iaitu cinta kepada Allah swt tuhan yang Maha esa yang Menjadikan dan yang Mematikan. Yang apabila dicintai, akan dibalas dengan kecintaan. Dan penamatnya adalah kebahagian bukannya kedukaan. Yang apabila dicinta, membuahkan iman dan melapangkan kesempitan dunia kepada keluasan akhirat.

Bila kita bicara cinta, semestinya kita sinonim kepada “cinta-cinta monyet” dan disebabkan ini ramai memandang serong terhadap indah dan mulianya cinta itu. Tetapi kita tidak pula menggambarkan cinta yang sepatutnya dilihat dari kaca mata sebenar, iaitu kaca mata hati yang disulami iman. Bukankah cinta itu kurniaan Illahi? Kita bicara tentang cinta yang halal dan suci tidak perlu pada cinta yang diprovokasi oleh Barat yang sememangya rapuh yang telah mempengaruhi segenap masyarakat, tidak kiralah hollywood, bollywood mahupun “koreanwood”.

Saya bicarakan cinta kepada ibu bapa isteri dan anak. Bukankah itu semua kurniaan illahi? Saya bicarakan cinta seorang peraih kasih kepada Penciptanya. Saya bicarakan cinta seorang sahabat kepada sahabatnya. Cinta yang seharusnya berpaksi dan bermula dari asalnya kita, iaitu mencintai yang Maha Pencipta. Tapi persoalan bagaimanakah kita bermain cinta?

Dari sudut kekeluargaan, terkandungnya individu-individu nukleas. Sebagai suami yang bertanggungjawab terhadap keluarga, bagaimanakah kita menunjukkan rasa kasih dan sayang serta cinta kita kepada Tuhan pencipta alam? Suami sememangnya mencintai anak dan isterinya dengan menunjukkan kasih dan sayangnya melalui pengorbanan yang dicurahkan kepada keluarganya. Bukankah indah jika sekiranya, suami yang mencintai anak dan isteri ini meletakkan kecintaannya itu kepada Allah swt?

Suami melakukan pekerjaan sehariannya kerana Allah swt dan melakukan aktiviti bersama keluarga juga kerana Allah swt. Seharusnya suami memandang kebahagian keluarga itu adalah kebahagian hasil dari hubungan dengan Allah swt. Segala aktiviti yang dilakukan suami, haruslah mempunyai nilai kecintaan terhadap tuhannya supaya anak dan isterinya turut mencintai tuhan yang dicintai suami atau ayahnya. Bimbinglah anak-anak dan isteri kepada dengan belaian kasih Illahi dengan sewajarya. Bertadarus bersama-sama setiap hari dan menjalankan riadhah bersama-sama keluarga adalah antara aktiviti yang menunjukkan qudhwah hasanah yang sepatutnya ditonjolkon seorang suami. Suami harus seronok dan bersungguh dalam melakukan segala ibadat tidak kiralah walau senyum sekalipun, yang penting semuanya kerana Allah swt. Cukup setakat itu olahan bagi seorang suami.

Bagaimana pula isteri menunjukkan rasa cinta kepada tuhan Maha Pencipta yang tidak dilahirkan mahupun melahirkan? Yang terutama sekali bagi isteri, alangkah indahnya jika taat dan patuh pada perintah suami yang beriman semuanya diletakkan kerana Allah swt. Suasana keluarga selalunya ditentukan oleh pengaruh seorang isteri. Oleh itu layanlah dan senyumlah untuk anak dan suami semata-mata kerana kecintaan kepada Allah swt. Iaitu supaya anak dan suami rasa tenang dan bersyukur mempunyai isteri yang solehah dan umi yang penyayang. Cintalah suami itu kerana keimanannya terhadap Allah swt. Bukankah indahnya keluarga jika mempunyai seorang isteri mahupun ibu yang bersabar dengan karenah anak-anak dan suami semuanya kerana syukurnya dia dan cintanya dia kerana Allah tuhan yang satu yang telah mengurniakan kepadanya suami dan anak sebagai rezeki? Didiklah anak-anak dengan jiwa islam melalui bimbingan terhadap akhlak yang mulia. Hasilkan perasaan untuk meilhat anak dan suami mencintai tuhan yang Esa.

Bagaimana anak memainkan peranan di dalam keluarga untuk menunjukkan kecintaannya terhadap Allah swt? Jadilah anak yang taat kepada ibu bapa, walaupun pemikiran kita tidak sama dalam perjuangan, namun merekalah yang membesarkan kita. Tidakkah kita mahu melihat mereka turut serta dalam perjuangan kita? Tunjukkanlah kepada mereka akhlak yang baik kerana setiap perubahan walau sekecil manapun akan tetap dirasa oleh ibu bapa. Jadikan masa yang diluangkan kepada ibu dan bapa sebagai ibadat kerana Allah swt supaya dapat membalas budi dan jasa mereka. Ini melambangkan kita bersyukur dengan kurniaan Allah swt kerana memberi kita peluang bersama dengan keluarga.

Tidakkah kita kasihan kepada orang-orang yang tidak berpeluang mempunyai nikmat ini? Tidakkah kita cinta dan sayang kepada ibu bapa kita? Letakkanlah kecintaan itu semata-mata kerana Tuhan yang menjadikan mereka, yang juga menjadikan kita. Bersyukurlah dan jadilah anak yang soleh yang selalu membaca al-quran dikala subuh hari mahupun disetiap waktu bagi menyejukkan mata memandang dan meringankan beban yang dipikul.

Bukanlah cinta itu semata-mata kerana kekasih, tetapi cinta yang asalnya kerana Allah swt. Terlalu banyak untuk coretan tentang cinta ini. Tetapi penulis mahukan pokok yang subur hasil bajaan pembaca sendiri. Dahulukan cinta kita kerana Allah swt, kemudian cintalah makhlukNya kerana Allah swt jua. Selamat bercinta, dan sudahkah anda bercinta denganNya?

Ihsan National Geographic Society

Entry filed under: al kisah. Tags: .

ISLAM: Sistem Yang Mengekalkan Universal Values Manusia Sejagat Pilihanraya: Kisah Payung & Kotak

1 Komen Add your own

  • 1. ummu_ashraf  |  November 30, 2007 at 11:26 pm

    Artikel menarik sebagai peringatan buat insan yang sering alpa. Istilah insan (nasiya) bermaksud lupa, lantaran di kurnia Ilahi peringatan2 justeru kembali sedar pada hakikat kewujudan…
    Indahnya Cinta itu, namun kerna sering alpa, sering gagal pertahankan Cinta itu. Cuma bila musibah menimpa, baru tersedar dan kembali pada Cinta nan satu…
    Namun terkadang bukan alpa, tapi terasa kerdilnya diri, serasa tiada apa untuk dipersembahkan pada-Nya demi memperolehi Cinta itu…
    “Selangkah kurapat pada-Mu, seribu langkah Kau rapat padaku”…Hebatnya Cinta-Mu

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Iklaneka

November 2007
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Top Posts

Blog Stats

  • 62,516 hits

%d bloggers like this: