GENERASI RABBANI

Oktober 26, 2007 at 11:22 pm Tinggalkan komen

 

Hasil nukilan umairzulkefli

Satu generasi yang sangat ditakuti oleh golongan kafir ialah generasi Rabbani di kalangan umat Islam. Apakah generasi Rabbani? Generasi Rabbani ialah generasi yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya. Firman Allah:-

 

“Tidak wajar bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Al Kitab, hikmah dan kenabian, lalu dia berkata kepada manusia: “Hendaklah kamu menjadi penyembah-penyembahku, bukan penyembah Allah.” Akan tetapi (dia berkata): “Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, kerana kamu selalu mengajarkan Al-Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya.” (Ali Imran;3:79)

 

Generasi inilah yg menyebabkan umat Islam hebat di suatu masa dahulu. Generasi para sahabat dan para tabi’in dan tabi’ tabi’in..yang kini sudah tiada.

Generasi Rabbani

 

Mengapa generasi ini hilang? Ini semua adalah angkara kafir laknatullah. Mereka telah menjauhkan umat islam sekarang dengan menanamkan penyakit yang telah disabdakan oleh Rasulullah S.A.W. yang akan menjangkiti umat akhir zaman..iaitu cintakan dunia dan takutkan mati. Mereka telah menanamkan penyakit ini dengan menggunakan teknologi-teknologi terkini dan pelbagai alat hiburan. TV, radio, internet dan media massa adalah antara alat-alat yg digunakan. Mereka memang ingin melenyapkan generasi ini sebagaimana firman Allah:-:

 

“Dan orang-orang yang kafir berkata: “Janganlah kamu mendengar dengan sungguh-sungguh akan Al-Qur’an ini dan buatlah hiruk-pikuk terhadapnya, supaya kamu dapat mengalahkan (mereka).” (Fushshilat;41:26)

 

Inilah yang menyebabkan umat islam sekarang lemah. Kalau dahulu Islam sangat disanjungi,dihormati dan digeruni, tetapi sekarang umat islam disembelih sesuka hati. Dahulu para sahabat cintakan akhirat, sanggup mati demi agama untuk syahid mendapatkan syurga. Inilah yang menyebabkan mereka hebat. Hanya takut kepada Allah, terbalik dengan umat islam sekarang.

 

Umat islam sekarang, cinta dunia. Hidup mereka hanya untuk dunia. Takut untuk mati kerana takut kehilangan dunia yang kononnya indah pada pandangam mata mereka. Kerana itu, mereka takut untuk menegakkan kebenaran, takut untuk mengamalkan sunnah, takut untuk mengamalkan islam yang sebenar. Mereka takut, jika mereka melakukan semua ini, mereka akan kehilangan harta, pangkat, pekerjaan dan juga rezeki. Para ustaz dan ustazah takut untuk menegur pihak berkuasa kerana takut dipecat, orang takut mengamalkan sunnah kerana takut digelar pengganas. Secara ringkasnya, mereka takut kepada manusia! Bukan Allah, pencipta manusia!

 

Sedarlah umat islam.. Agama kita sekarang diperlekeh orang.. Mereka menghina nabi.. Membunuh rakyat Palestin, Iraq dan banyak lagi umat islam di serata dunia. Mereka diseksa dan dibunuh dengan kejam. Tetapi kita hidup dengan aman tanpa sebarang tekanan. Bebas mengamalkan agama islam tercinta ini.

masjid wilayah

 

Tetapi benarkah Islam di Malaysia ini selamat?

 

Jika rakyat Palestin dan Iraq menentang dan mati, insya-Allah mereka akan syahid dan masuk syurga. Tetapi bayangkan jika kiamat tiba-tiba berlaku, apakah umat islam Malaysia akan terselamat dan masuk syurga seperti mereka? Fikirkanlah…

 

Sekarang kalau kita keluar ke masyarakat.. Kita dapat lihat bermacam-macam gejala sosial dan maksiat yang berlaku. Yang lebih teruk.. Rata-ratanya berlaku di kalangan umat Islam kita sendiri. Maksiat dilakukan terang-terangan, tanpa segan silu, malah sebahagiannya berbangga dengan apa yang mereka lakukan. Langsung tidak berasa bersalah dengan apa yang dilakukan.

 

Sekarang maksiat berleluasa. Sana-sini terdapat lelaki perempuan yang berkepit, berjalan-jalan di kompleks membeli-belah laksana suami isteri bahkan lebih dari itu. Yang berzina juga tidak kurangnya. Kelahiran anak luar nikah semakin banyak dan tidak terkawal. Pengalaman seorang rakan saya yg mendengar kawan di kelas tuisyennya berbual. Rakan saya ini telah mendengar mereka berbual mengenai kehebatan mereka yang telah berzina dengan ramai gadis-gadis sebaya mereka. Mereka ini, sudahlah tidak berasa malu malah boleh berbangga dengan apa yang mereka lakukan itu! Pulak tu, kalau ada anak zina dilahirkan, mereka ada yang membuangnya dalam mangkuk tandas, tong sampah dan ada yang menggugurkannya. Apa hendak jadi dengan umat islam sekarang? Ini adalah salah satu tanda-tanda kiamat sudah hampir. Tidakkah kita sedar?

 

Seorang ‘senior’ bercerita.

 

Dia menjual ‘burger’ untuk dapat duit poket tambahan. Jual bilik ke bilik. Satu malam ni, dia mengetuk satu bilik ni, tidak bukabuka. Dia pun memulas tombol dan membuka pintu sendiri. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat 2 orang siswa sedang melakukan perbuatan terkutuk kaum ‘Tsadom’ di atas katil (homoseks). Senior ini kemudian kembali menutup pintu, dan kaku di situ. Teruk?

 

Ada banyak lagi cerita. Sampai tak larat saya hendak mnceritakan. Ada remaja yang ditangkap berzina dalam surau (pelajar sekolah agama). Ada perempuan 14 tahun memaksa teman lelakinya yang baru berusia 12 tahun membuat hubungan seks dengannya. Dan banyak lagi..

salah siapa??

 

Kawan saya

 

Masa baru habis SPM, dia buat kerja sambilan, ajar tuisyen budak-budak sekolah rendah. Dia nampak budak-budak ini, telefon bimbitnya, N-Gage, sabun, daun dan lain-lain yang mahal-mahal. Dia hanya memakai 3310 sahaja. Bukan itu yang nak dijadikan cerita. Tapi sekali semasa habis tuisyen, budak kecil itu mendekati dia, sambil bertanya, “Sir, awek Sir ade yang seksi macam ni tak?” sambil menunjukkan gambar-gambar lucah yang ada dalam telefon bimbitnya. Kawan saya ini terkejut sakan. Tergamam dia di situ. Ini baru budak-budak sekolah rendah!

 

Sekiranya yang kita lihat sekarang adalah remaja Islam, maka bayangkan 5 hingga 7 tahun lagi.. mereka ini akan menginjak dewasa! Ya, kita akan dikelilingi oleh mereka yang pada zaman remajanya pernah berzina, minum arak dan macam-macam lagi perkara yang tidak terbayang dek kepala otak kita. Mereka ini akan bernikah, dan berkeluarga serta bekerja. Bolehkah anda bayangkan kita dikelilingi oleh masyarakat yang seperti ini? Saidina Umar Al-Khattab berkata.. Sekiranya hendak melihat kekuatan sesebuah negara pada masa hadapan, lihatlah keadaan remajanya sekarang. Bagaimanakah remaja kita?

 

Kebanyakan umat Islam rata-ratanya bukan tidak tahu tentang pahala dan dosa. Mereka tahu tetapi buat-buat tidak tahu kerana ingin melakukan apa yang disukai oleh hawa nafsu mereka. Allah berfirman:-

 

”Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat dengan ilmu yang mereka ada. Dan Allah telah mengunci pendengaran dan hatinya serta meletakkan tutup atas penglihatannya. Maka siapakah yang mampu memberinya petunjuk setelah Allah membiarkannya sesat? Mengapa kamu tidak mengambil pengajaran?” (Aj-Jathiyyah;45:23)

 

Lihat..

 

Ayat Allah jelas, mereka bukan tidak berilmu, tetapi sengaja menuruti hawa nafsu. Lalu Allah sendiri MENYESATKAN mereka! Nauzubillah!

 

Sedarlah saudara-saudara seislamku.. Umat islam kini semakin teruk, tersangat teruk. Mereka tidak lagi takut kepada dosa dan pahala. Tugas kita sebagai seorang muslim untuk mengingatkan mereka. Ini adalah untuk melepaskan kita daripada tanggungjawab kita kepada Allah. Sebagaimana firman Allah:-

 

“Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: “Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?” Mereka menjawab: “Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa”.” (Al-A’raf;7:164)

 

Allah juga memerintahkan kita untuk sentiasa memberi peringatan kepada orang yang beriman:-

 

“Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.” (Fushshilat;51:55)

islam-is-the-only-solution.jpg

 

Jadi..

 

Tugas kitalah untuk mengubah masyarakat, membina masyarakat, dan akhirnya melahirkan kembali generasi rabbani. Imam Hassan Al-Hudhaibi pernah berkata..”Tegakkanlah ‘daulah’ islam di dadamu, nescaya ia akan tertegak di negaramu”. Maksudnya.. Sekiranya kita hendak kembalikan kegemilangan islam, pertamanya, tegakkan islam dalam diri kita dahulu. Kalau setiap orang telah tertegak islam di dadanya, sudah terbinalah negara islam. Bukan susah pun. Apa yang kita kena buat, sedarkan kawan-kawan, adik-adik, abang-abang dan kakak-kakak kita. Macam mana hendak buat? Ceritalah apa yang kita faham tentang keadaan masyarakat sekarang. Semoga dengan itu mereka tersedar dan ingin mengubah diri.

 

Kalau anda yang sedang membaca ini tidak mahu mengambil tahu, rasa tidak perlu hendak susah memikirkan tentang orang lain, terserahlah. Jika kita kedekut untuk mengorbankan masa, tenaga dan harta untuk menyedarkan masalah umat ni, kita yang rugi. Firman Allah:

 

“Ingatlah, kamu ini orang-orang yang diajak untuk menafkahkan (hartamu) pada jalan Allah. Maka di antara kamu ada orang yang kedekut, dan siapa yang kedekut sesungguhnya dia hanyalah kedekut terhadap dirinya sendiri. Dan Allah-lah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang-orang yang memerlukan(Nya); dan jika kamu berpaling nescaya Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan seperti kamu (ini).” (Muhammad;47:38)

 

Allah akan menggantikan kita yang kedekut ini dengan satu generasi yang tidak akan kedekut macam kita. Mereka ini lebih menyintai Allah dan agamaNya lebih daripada kita dan Allah juga menyintai mereka. Firman Allah:

 

“Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah kurnia Allah, diberikanNya kepada siapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (pemberianNya) lagi Maha Mengetahui.” (Al-Maidah;5:54)

 

Jadi sedarlah wahai umat Islam!! Sedarlah ‘Remaja Islam’!! Kalau bukan kita yang akan mengembalikan Islam, siapa lagi!!?? Mulakan dengan diri kita! Ya, diri kita! Para sahabat dahulu telah membuktikan mereka mampu menegakkan islam. Mereka juga remaja. Mengapa tidak kita?

 

SEDARLAH…

 

(p/s : Semua kisah dan contoh yang saya bawakan di atas adalah benar-benar belaka)

Entry filed under: al kisah. Tags: .

Aidilfitri: Meraikan Islamnya Kita ISLAM: Sistem Yang Mengekalkan Universal Values Manusia Sejagat

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Iklaneka

Oktober 2007
M T W T F S S
« Sep   Nov »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Blog Stats

  • 62,519 hits

%d bloggers like this: