Ketibaan Ramadhan…

September 15, 2007 at 11:20 am Tinggalkan komen

 

Diadaptasi dari bahantarbiyyah.info

katun_Chomei

Allah swt berfirman,

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa (2:183)

(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang batil).(2:185)

“Sesiapa yang mendirikan (malam Ramadhan) dengan solat terawih dan qiyamullail di sepuluh malam akhirnya) dengan keimanan dan berharap ganjaran dari Allah maka keluarlah dia dari dosa seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya”(hadis)

Ketika Ramadhan menjelang, Rasulullah s.a.w. bersabda; Wahai manusia, menjelang bulan agung lagi berkat. Bulan yang didalamnya ada satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Sesiapa yang mendekatkan dirinya dengan amalan-amalan Fardhu, seolah-olah dia telah mendapat 70 pahala fardhu di bulan-bulan lain. Sesiapa yang mendekatkan dirinya dengan amalan-amalan sunat, seolah-olah dia mendapat pahala amalan fardhu di bulan-bulan lain. Ia adalah bulan sabar …….. (Hadis)

Ramadhan semakin tiba

Ia adalah bulan yang dinantikan oleh mereka yang mahu melipat gandakan ibadah kerana amalan fardhu di dalam bulan tersebut digandakan sebanyak 70 kali ganda. Amalan sunat didalamnya menyamai amalan fardhu di bulan-bulan selain Ramadhan. Oleh itu masyarakat berpusu-pusu ke ‘prayer room’/masjid bersolat tarawih. Semoga amalan dan latihan bersolat jemaah di sana sepanjang bulan ramadhan diteruskan pada bulan selain Ramdhan setelah tamatnya Ramadhan.

Alangkah baiknya jika kita memperuntukkan beberapa hari kita untuk hari-hari terakhir Ramadhan agar kita dapat ber’iktikaf di siang hari dan jua di malamnya kita memanfaatkan kelebihan pahala ibadah 1000 bulan yakni malam Lailatul Qadr. Pada masa ‘iktikaf juga kita dapat mengenali kenalan ‘iktikaf kita di ‘prayer room’/masjid, berkenalan dengan mereka yang selalu memakmurkan masjid dan menambahkan kenalan kita yang terdiri dari mereka yang soleh dan musleh. Kita dapat mengetahui pelbagai pengalaman dan ilmu yang tidak kita dapati di dalam pembelajaran kita.

Ramadhan Bulan Beramal Jariah

Bulan Ramadhan menjadi pilihan ramai untuk menyumbang lebih kerana fadhilat amalan yang telah disebutkan seperti sebelum ini. Sama ada dengan zakat ataupun derma sunat. Ketahuilah terlalu besar ganjaran memberi makanan kepada orang yang berbuka puasa samada mereka kaya, miskin dan jua fakir. Terlalu banyak tempat dan cara untuk kita menderma kerana selain ‘prayer room’/masjid, terdapat banyak agensi yang boleh di percayai untuk beramal jariah. Diperingatkan disini bahawa perlulah mencari agensi yang dipercayai untuk memberi derma seperti NGO dan sebagainya.

Juga tidak kita hadkan kepada negara/tempat kita sahaja bahkan perlu mengingati kesusahan umat Islam di seluruh dunia contohnya di Palestin, Kashmir, Chechnya, Iraq dan banyak lagi. Palestin masih memerlukan dana sumbangan lantaran embargo yang ditekankan terhadap mereka kerana tidak mahu tunduk pada penguasaan asing. Kita umat Islam wajib untuk membantu mereka walau apapun yang berlaku dan harus membantu biarpun dengan satu sen ataupun sebutir nasi.

Ramadhan Memupuk Silaturrahim

Pada waktu Ramadhan yang penuh keberkatan inilah peluang untuk kita menjalinkan silaturrahim dengan umat Islam yang lain. Kita perlu memanfaatkan masa untuk berbuka bersama, bersahur bersama, bertarawih bersama, jua qiamullail bersama. Di Auckland ini, kita boleh mengajak rakan sekuliah untuk melakukan ini semua. Gunakan kesempatan untuk bergaul dengan Muslim dari serata dunia dan berkenalan dengan mereka. Rapatkan ukhuwwah Islamiah biar ia tidak mengenal tanah dan benua. Keluarkan kita dari kepompong pelajaran kita sahaja. Sesungguhnya kita dilahirkan dalam berbagai bangsa untuk saling mengenal.

13. Hai manusia, Sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa – bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal.(Hujurat:13)

Buatlah majlis berbuka puasa bersama-sama kerana Rasulullah s.a.w. bersabda;

“Sesiapa yang memberi makan minum kepada orang yang berpuasa, maka baginya adalah pahala puasa orang tersebut tanpa mengurangi pahala orang tersebut

Maka berebutlah kita untuk menggapai ganjaran tersebut. Ingatan untuk kita semua agar sentiasa mengambil peluang ini. Untuk yang mempunyai kemampuan boleh kita mengadakan majlis berbuka dan menjamu, akan tetapi bagi yang kurang berkemampuan, anda boleh mengambil peluang dengan hanya membawa sedikit kurma untuk orang berbuka puasa. Juga boleh membeli juadah yang tidak begitu mahal. Pokoknya ialah kita berusaha untuk mendapatkan ganjaran itu.

Ramadhan adalah bulan latihan

Ramadhan melatih kita untuk menahan pancaindera kita dan mendidik nafsu agar tunduk kepada peraturan Allah. Seringkali kita dapati jika kita sering melakukan sesuatu maksiat di bulan lain, maka kita dapat menjauhinya pada bulan Ramadhan. Ini kerana kita hanya berperang dengan nafsu kita sahaja kerana syaitan telah dirantai pada bulan tersebut. Maka kita menguatkan diri kita dengan amalan puasa dan menahan diri dari segala perkara yang dilarang, dan mudah mengalahkan lawan kita yang satu iaitu nafsu kita. Ingatlah, bulan Ramadhan adalah medan yang disediakan oleh Allah untuk kita menguatkan diri kita dari segi ruhani, jasmani dan aqli agar kita menjadi Mukmin yang hebat. Maka itulah dikatakan medan ini sebagai “Madrasah Tarbiyyah (Pendidkan) Ramadhan”.

Rasulullah s.a.w. bersabda;

“Jika seseorang diherdik oleh seseorang yang sedang berpuasa maka hendaklah dia berkata..Aku sedang berpuasa.

“Betapa ramai orang yang berpuasa akan tetapi tidak mendapat apa-apa selain daripada lapar dan dahaga.”

poster

Ramadhan adalah Bulan al-Quran.

Al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz ke langit dunia, ’Baitul Izzah’ pada malam Lailatul Qadr pada bulan Ramadhan. Kemudian al-Quran diturunkan secara beransur-ansur pada zaman Rasulullah s.a.w. bermula pada malam Nuzul Quran, 17 Ramadhan. Setiap tahun Jibril datang menyemak hafazan Rasulullah s.a.w. juga dalam bulan Ramadhan. Allah juga mengaitkan Ramadhan dan al-Quran secara jelas dan qat’ie (jelas) di dalam firmannya;

(beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil).(2:185)

Sesungguhnya kami Telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan (al-Qadr:1)

Oleh itu suasana Ramadhan adalah suasana al-Quran. Maka hendaklah Ramadhan kita diisi dengan tilawah al-Quran dan hafalan al-Quran. Jangan kita fikirkan tilawah al-Quran perlu untuk kita duduk di ‘prayer room’/masjid, mandi dan bersih segalanya, perlu memakai baju Melayu atau kain sembahyang. Kita hanya perlu berwuduk dan tilawah boleh dimana-mana sahaja sama ada menunggu bas, menunggu giliran di bank, sewaktu rehat di antara kuliah, menunggu waktu berbuka, selepas subuh dan lain lain masa yang mungkin singkat tapi boleh dimanfaatkan. Kita tidak perlu malu untuk berbuat demikian kerana ganjaran Allah adalah lebih layak untuk kita berasa rugi meninggalkannya berbanding pandangan atau ejekan manusia jahil.

Di kebanyakan negara Arab, amalan ini adalah biasa dilakukan. Mereka terutama pemuda mempunyai Quran kecil bersaiz poket untuk kesenangan membawa di mana-mana sahaja. Kaum wanita dan gadis membawa di dalam tas tangan mereka. Ini adalah langkah praktikal kerana kita mampu membeli dan membawa PDA ataupun peralatan perhiasan yang lain tapi tidak Quran kecil yang tidak mahal harganya. Gantikanlah al-Quran selain majalah gosip hiburan dan katalog jualan yang tiada gunanya dan tidak pernah kehabisan.

Ramadhan bulan Menghidupkan ‘Prayer Room’/Masjid

Memakmurkan ‘prayer room’ pada bulan Ramadhan adalah langkah yang penuh keberkatan dalam usaha menggalakkan masyarakat beribadah dan mendekatkan mereka dengan Islam. Meriahkan ‘prayer room’ dengan solat Tarawih, majlis iktikaf , majlis Qiyamullail. Menyediakan makanan dan jamuan seperti moreh adalah digalakkan untuk membuatkan manusia gembira dan berasa seronok untuk datang beribadah. Sekurang-kurangnya masyarakat meluangkan masa mereka di ‘prayer room’ daripada hanya duduk di rumah menonton rancangan televisyen yang hanya mengurangkan penghayatan Ramadhan.

Bagi kita yang berada jauh di perantauan, maka gunalah peluang bersama rakan-rakan untuk menghidupkan rumah atau ‘prayer room’ berdekatan dengan suasana Ramadhan yang penih keberkatan. Aturkan program memasak bersama, bangun sahur bersama, jua latihan qiyam bersama. Jalinan ukhuwwah sesama Muslim akan lebih bermakna pada waktu ini. Bulan ini juga perlu dimanfaatkan secara optimum bagi para pendakwah kerana manusia lebih dekat dengan fitrahnya pada masa Ramadhan. Syaitan yang selalu menyesatkan manusia dan ingin manusia melalui jalan yang bengkok telah pun dirantai. Manusia begini adalah mudah untuk diajak dan didekatkan dengan Islam, dan mereka tidak akan mempunyai banyak alasan untuk menjauhkan diri dengan ibadah. Maka jinakkanlah hati mereka dengan cara-cara berhikmah dan mudah agar mereka dengan Islam.

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada warga Auckland, New Zealand!!.

Moga artikel yang sedikit ini memberikan manfaat kepada semua. Moga kita digolongkan dalam golongan yang mendapat keselamatan dari azab Neraka dan dikurniakan Syurga Firdaus bersama para Rasul, Nabi, syuhada dan siddiqin. Moga Allah membimbing kita untuk menjadi Mukmin yang lebih hebat setelah keluar dari Madrasah Tarbiyyah.

Ramadhan.Wallahu al-Musta’an

Entry filed under: al kisah. Tags: .

Familiar Stranger in Our House RAMADHAN PERLU DIHIDUPKAN SIANG MALAM 24/7

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Iklaneka

September 2007
M T W T F S S
« Aug   Oct »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Top Posts

Blog Stats

  • 62,516 hits

%d bloggers like this: