Padamkan Api Amarahmu

Ogos 19, 2007 at 10:16 pm Tinggalkan komen

Hasil nukilan shah 22 Jun 2007, 12:49
Dipetik di sini

Mengapa MARAH? Sifat marah merupakan salah satu sifat semula jadi yang dimiliki oleh manusia. Tahap kemarahan seseorang berbeza antara satu sama lain.Ada yang cepat marah, dan ada yang lambat marah. Kemarahan berlaku selalunya bersebab. Orang yang marah selalunya hilang pertimbangan akal fikiran, keluar kata-kata negatif dan bertindak kasar. Marah tidak bertempat adalah sifat mazmumah.

Oleh itu hindarilah sifat tersebut dalam diri kita dengan menerima sesuatu yang berlaku sebagai takdir Allah dan ucapkanlah “inna lilahi wainna lilahi rajiun’. Sebuah kisah yang boleh menjadi pengajaran. Pada suatu hari, ketika Qais bin Asim sedang berehat, masuklah seorang hamba dengan membawa besi daging panggang yang panas. Sebelum sempat daging dihidangkan tiba-tiba besi tersebut jatuh atas anak Qais dan menyebabkan anak tersebut meninggal.

Qais yang melihat kejadian itu dengan tenang dan berkata, “Saya tidak marah kepada kamu, malahan saya akan membebaskan kamu pada hari ini. Hamba yang sedang mengigil ketakutan terkejut mendengar kata-kata Qais Dia begitu kagum dengan sikap sopan santun dan pemaafnya. Qais faham segala sesuatu itu milik Allah dan kepadaNya kita akan dikembalikan.

letup

Banyakkan berdiam diri dan banyakan baca a’uzubilahi minas syaitanirrajim’ kerana marah itu datang daripada syaitan. Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya saya akan mengajar satu kalimah sekiranya ia diucapkan, nescaya hilanglah ia [marah] daripadanya iaitu a’uzubilahi minas syaitanurajim’”. Berdiam diri mengelakkan pergaduhan yang boleh memburukan lagi keadaan.

Ambil wudhuk untuk melegakan api kemarahan. Bawa bertenang, duduk dan santaikan diri buat sementara. Perbanyakan istighfar kerana ia boleh menenangkan jiwa. Rasulullah s.a.w bersabda, “Apabila seseorang kamu marah, sedang ia berdiri, maka duduklah, jika marahnya berhenti [maka baiklah], Jika belum, maka hendaklah dia berbaring.” Tambah baginda lagi, “Sesungguhnya marah itu daripada syaitan. Syaitan itu dijadikan daripada api, dan sesungguhnya api itu terpadam dengan air, maka apabila salah seorang dari kamu marah, maka hendaklah berwuduk.”

mad

Abu Hurairah menceritakan ada seorang lelaki memarahi Abu bakar yang ketika itu Rasulullah s.a.w duduk di sebelahnya. Oleh kerana Rasulullah dan Abu bakar berdiam diri maka lelaki tersebut mengeluarkan kata-kata yang kesat, lalu Abu bakar membalas maki hamun tersebut. Tiba-tiba Rasulullah s.a.w. bangun dan meninggalkan tempat duduknya. Abu bakar berasa hairan dan bertanya mengapa Rasulullah meninggalkannya.


Rasulullah s.a.w menjawab, “Sesungguhnya malaikat mengembalikan semua makian orang itu kepadanya ketika engkau diam, tetapi ketika engkau membalasnya, maka malaikat pergi dan syaitan pula masuk dan saya tidak suka duduk bersama syaitan.”

Baginda berkata lagi, “Allah akan memuliakan hambaNya ketika dia sedang dianiaya lalu memberikan kemaafan sambil mengharapkan keredhaan Allah.” Abu Huraurah al-Bahili berkata bahawa Rasulullah pernah bersabda, “Sesiapa yang pemarah tetapi dapat menahan marahnya dengan sabar, maka Allah akan mengisi hatinya dengan keredhaan pada hari kiamat.” “Marah itu awal segala keburukan”. Sikap marah itu menyebabkan iblis terusir dari syurga. Iblis dengan rasa marah enggan akur dengan perintah Allah S.W.T. untuk memuliakan Adam a.s.

damai

Latihlah diri berakhlak mulia seperti bersabar, berlemah lembut dan pemaaf. Ikutilah contoh teladan Rasullulah s.a.w yang memang terkenal kerana akhlaknya. Allah SWT berfirman: “Orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Dan [ingatlah] Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara kebaikan” [surah ali-imran 3:134]


Selalulah bermohon kepada Allah agar dilindungi oleh syaitan. Allah S.W.T. berfirman, “Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan daripada syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui [surah al-A’raf 7:200]


Al-Tirmizi meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda, “Bukannya kuat [kerana dapat mengalahkan orang] dengan bergusti, tetapi kekuatan sebenarnya ialah orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah.”


Sesungguhnya peribadi muslim dan muslimah yang cemerlang memiliki sifat yang sabar. Sifat sabar ini bertentangan dengan sifat marah. Sifat sabar ini menjadikan jiwa lebih tabah dan tenang, boleh berfikir jauh dan meletakkan keyakinan terhadap kuasa Allah SWT.

peace!!

Entry filed under: al kisah. Tags: .

Definisi Melayu JENDELA HIKMAH

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Iklaneka

Ogos 2007
M T W T F S S
« Jul   Sep »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Blog Stats

  • 62,519 hits

%d bloggers like this: