Kisah Waterfront

Julai 27, 2007 at 11:02 pm 2 comments

Hasil nukilan al-aucklandi

Snapper Jr

Kisah ini bermula di perairan Waitemata Harbour yang berhadapan dengan Auckland Waterfront. Di kalangan hidupan laut yang tidak tahu jumlahnya, tinggallah seekor ikan New Zealand yang popular Snapper Jr. Lantaran usianya yang masih muda dan tenaga, Snapper Jr. Memang terkenal dengan semangat yang berkobar-kobar, sama seperti pemuda-pemudi cergas Auckland.

Snapper Sr

Sementara itu, berdekatan kawasan tempat Snapper Jr, tinggallah seekor ikan yang tua yang berpengalaman dan bijaksana. Maklumlah, ikan yang sudah lebih dahulu dan banyak ‘makan garam’ berbanding komuniti Snapper yang lain. Kita panggillah dia Snapper Sr.

Dengan takdir Allah s.w.t, dan dipendekkan cerita, bertemulah Si Snapper Sr. dan Snapper Jr., dekat mana lagi jika bukan di dalam air? Maka, seperti biasa, apabila seorang yang luas pengetahuan dan pengalaman bertemu dengan orang yang kurang ilmu dan pemikiran, Si Snapper Sr. mulalah memberitahu ilmu yang dimilikinya kepada Snapper Jr.

Kata Snapper Sr., “ Wahai anakku, apabila engkau berenang-renang di mana sahaja kawasan dan engkau ternampak umpan ‘mata kail’, maka elaklah diri engkau daripada mendekatinya,”. “Apakah??”, tanya Snapper Jr. yang kebingungan kerana dia tidak pernah menyaksikan umpan ‘mata kail’ yang disebutkan. Balas Snapper Sr. “Sesungguhnya umpan ‘mata kail’ itu tidak ubah seperti makanan yang kita selalu makan, boleh bergerak-gerak, dan jika diperhatikan betul-betul, umpan itu disambungkan oleh tali hampir-hampir lutsinar ke luar ‘dunia kita’,”.

Snapper Jr. yang masih lagi kepeningan bertambah masyghul berkata, “’Luar dunia’ kita??!! ada lagi kehidupan lain dari ‘dunia kita’ ini. Pada hemat saya, kawasan Waitemata Harbour dan perairan Auckland ini sudah cukup besar dan luas untuk saya hidup. Benarkah apa yang dimaksudkan, wahai pakcik?”.

Snapper yg terangkat

Snapper Sr. tersenyum, senyuman ikan yang ‘masin’. “Benar, wahai anakku. Apa yang pakcik katakan ini bukanlah rekaan semata-mata. Di atas dunia kita, adanya makhluk lain, dan ada satu makhluk di atas sana yang selalu menjadi pemangsa kepada kerabat kita. Mereka diberi gelaran ‘Manusia’. Hindarilah mereka.”, pesan Snapper Sr. Seperti biasa, jiwa muda Si Snapper Jr. memberontak dan bertanya, “Mengapakah saya perlu menghindari mereka sedangkan mereka hidup di dunia lain dan saya tidak pernah bertemu muka atau mengenali mereka. Adakah mereka dari jenis yang bersisik atau tidak?”

Dengan tenang, Snapper Sr. menjawab, “Baguslah jika kamu sudah ingin mengenali pemangsamu itu. Tetapi, ini bukan soal mereka bersisik atau jenis yang tidak bersisik. Persoalannya mudah sahaja. Hindarilah mereka, jangan sekali-kali mendekati umpan ‘mata kail’! Jika tidak, kamu akan mendapat kesusahan yang tiada siapa yang dapat membantu kamu lagi.”. Setelah memberikan kata-kat pesanan itu, mereka berdua pun berpisah. Walaupun penerangan yang diberikan adalah jelas dan nyata, namun Si Snapper Jr. masih ragu-ragu dengan pesanan Snapper Sr.

Masakan snapper yg mantap

Masa terus berlalu, dan Snapper Jr. terus membesar dalam dunia muda yang penuh riang ria membawa kisah yang telah berlaku tanpa dibuktikan. Di dunia yang berbeza, dan letaknya di sebuah penempatan pelajar universiti di Auckland Downtown, tinggallah seorang pemuda. Kita panggil dia Ahmad al-Aucklandi. Pada suatu hari, Ahmad mengajak Peter, teman sebiliknya untuk memancing di Viaduct Harbour. Setelah dipersetujui, mereka pun mulalah aktiviti pemancingan mereka.

Pada masa yang sama, Snapper Jr. sedang bermain-main bersama-sama rakan-rakannya di kawasan tersebut. Dan seperti yang anda sangkakan, Snapper Jr. pun ternampak umpan yang dijatuhkan ke dalam air oleh Ahmad dan Peter. Lantaran kepenatan bermain, Snapper Jr. dan rakan-rakannya berda dalam keadaan lapar. Dan kehadiran makanan itu bagaikan orang mengantuk, disorongkan bantal. Namun, sebelum mereka ‘menyerang’ makanan yang terhidang itu, Snapper Jr. teringat akan pesanan Snapper Sr. “Tunggu sebentar!!”, perintah Snapper Jr.

Setelah diperhatikan betul-betul makanan yang sedang bergerak-bergerak itu, “Memang sah, inilah dia umpan ‘mata kail’ yang dikatakan oleh pakcik tuan tempoh hari. Ada tali yang bersambung dengan makanan itu ke permukaan.”, persis Snapper Jr.

Snapper yg tertewas

Penyudah I

“Betulkah apa yang dikatakan”, monolog Snapper Jr. yang masih ragu-ragu dengan kata-kata Snapper Sr. “Argh, peduli apa yang dikatakan! Yang penting perut kami semua berisi.”, tingkah Snapper Jr. Maka, dialah ikan yang pertama merentap ‘makanan’ tersebut. Namun, seperti semua pembaca jangkakan, setelah direntap dan dimamah makanan tersebut, barulah Snapper Jr. terasa suatu benda yang menyucuk mulutnya, dan terasa kesakitan yang amat pedih. Snapper Jr. cuba menarik dan melawan tali yang cuba menariknye keluar dari dunianya. Akhirnya Snapper Jr. tewas dan diangkat keluar dari dunianya. Maka, dipendekkan lagi kisah ini, sebelum riwayat Snapper Jr. tamat di tangan Ahmad, terbuktilah di depan matanya semua yang telah dikatakan kepadanya. Penyesalan yang tidak dapat dijelaskan di sini.Pembaca bayangkan sendiri…………….

Penyudah II

“Wahai rakan-rakan, sesungguhnya pernah sekali aku diberitahu oleh seorang pakcik tua bahawa ini adalah jerat yang membahayakan daripada pemangsa kita yang kita tidak kenali fizikalnya,” kata Snapper Jr. kepada rakan-rakannya. Walaupun sebenarnya, Snapper Jr. tidak pernah melihat kesan yang terjadi sekiranya makanan itu dijamah, namun Snapper Jr. cuba untuk berpegang dengan nasihat Snapper Sr. “Oleh itu, apa kata kita cari alternatif lain untuk makanan kita sekarang. Kan ada banyak lagi makanan yang kita boleh cari.”, cadang Snapper Jr. Maka kesemua mereka secara tidak langsung terselamat daripada malapetaka yang tidak disangka itu.

Penyudah III

“Hmm.. mungkin benar apa yang dikatakan oleh pakcik tua itu dahulu, atau mungkin dia hanya beromong-omong kosong,” ragu Snapper Jr. di dalam hati. “Tetapi untuk selamatkan diri aku dari sebarang risiko, lebih baik aku mengelak.” persis Snapper Jr. “Kawan-kawan, tiba-tiba aku rasa tidak berminat untuk makan la pulak, apa kata kamu semua makan dahulu,” cadang Snapper Jr kepada rakan-rakannya. Lantaran kelaparan, kawan-kawan Snapper Jr. segera mengerumuni ‘umpan’ tersebut. Maka kesudahannya, pembaca dapat simpulkan sendiri. Kini, terbuktilah di depan mata Snapper Jr. tentang apa yang diperkatakan oleh Snapper Sr. Namun, kini semuanya telah terlambat, kerana ada nyawa telah menjadi korban kelicikan diri Snapper Jr sendiri.

PENGAJARAN (hanya untuk cadangan semata)

  • Snapper Sr. adalah Nabi yang diutuskan atau orang yang memberi ingat yang tidak selalunya hadir dalam hidup kita.
  • Snapper Jr. adalah diri kita sendiri, kerana kita yang memilih penyudah seperti di atas.
  • Tiada patah balik setelah rohmu di tenggorokmu. (dekat kawasan leher kita)
  • Sesungguhnya, kemaksiatan/Taghut itu tampak menarik pada pandangan manusia, namun terdapat tanda-tanda yang boleh manusia untuk mengenal dan membezakannya.
  • Berita-berita yang tidak nampak (terutamanya berita akhirat) adalah jauh lebih sukar untuk digambarkan dan disampaikan kepada manusia.
  • Kepercayaan kepada suatu ghaib adalah suatu benda yang sukar diterima namun ianya tetap wujud. Sebenarnya, mempercayainya adalah fitrah seperti hidup kita yang mempelajari ‘elektron’ dan ‘daya’.
  • Menyeru ke arah kebaikan dan mencegah maksiat adalah suatu perkara yang sukar, namun keputusannya adalah di dalam pilihan kita sendiri.
  • Dan lain-lagi pengajaran yang penulis sendiri tidak dapat fikirkan atas ilham yang terbatas ini.

Entry filed under: al kisah. Tags: .

Berlayar Islam makin bersinar di Eropah

2 Komen Add your own

  • 1. k'baca  |  Julai 28, 2007 at 4:18 pm

    \bigstar \bigstar \bigstar with \heartsuit

    Balas
  • 2. shawal  |  Julai 29, 2007 at 11:47 am

    Pada mulanya saya ingatkan nie pasal cite katun ke apa. Tapi bile sampai kay penydahnya barulah saya paham…. Perumpamaan yg amat bagus, tak penah denga lagi sebelum nie. Menarik!..

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Iklaneka

Julai 2007
M T W T F S S
    Aug »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Blog Stats

  • 62,519 hits

%d bloggers like this: