Belia Cergas Auckland

Julai 15, 2007 at 8:56 pm Tinggalkan komen

Pada tanggal 4may yang lalu, atas kesedaran beberapa orang pemuda yang mahu menyatukan tenaga belia mahasiswa Malaysia yang terdapat di bumi Auckland ini, maka terbentuklah BECA atau Belia Cergas Auckland. Namun entry saya pada kali ini bukanlah berkisar kepada sejarah penubuhan BECA, mahupun bagaimana ia berfungsi. Fokus saya pada kali ini ialah pada belia itu sendiri.

 

 

Sepertimana yang hadirin pembaca semua maklum, belia merupakan golongan emas, bukan kerana sudah lanjut usia tetapi kerana nilai mereka yang amat tinggi buat satu-satu masyarakat. Belia merujuk kepada mereka yang masih muda. Ada yang mendifinisikan belia sebagai mereka yang berusia antara 15 hingga 40 tahun. Apa pun jua definisi belia, yang saya fahami ialah, belia merupakan suatu golongan masyarakat yang mampu melakukan sesuatu yangBESAR. Ini dapat dicapai HANYA… hanya sekiranya golongan belia tadi mempunyai kualiti-kualiti hidup serta pemikiran yang luar biasa.

 

 

Bangsa Islam-Melayu telah mula dijajah sedari kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka. Apakah dengan menyambut kemerdekaan setiap 31 ogos, menunjukkan kita sudah merdeka?? Kalau dahulu fizikal kita dijajah, kini fikiran kita pula menjadi mangsa.

 

 

Orang Melayu selalu kata,”Pemuda harapan bangsa, Pemudi tiang negara.” Cuba kita sama-sama renungkan kembali, maksud sebenar kalimah penuh erti ini.. Izinkan saya mengeluarkan satu persoalan. Sejauh mana pemuda dan pemudi Islam-Melayu ini mampu menyahut cabaran di atas? Realitinya, pemuda kita semakin larut dibuai arus kemodenan dan tiada masa walau untuk mengambil tahu tentang agama, bangsa dan negara. Inikan pula hendak dijadikan harapan!! Pemudi pula sudah terlalu dibaratkan sehingga rasanya lebih elok mereka berdiri sebagai tiang negara barat!! Belia yang semakin larut ini bagaikan mencari kebinasaan diri sendiri yang seterusnya membawa kepada kebinasaan masyarakat dan negara.Tidak sedarkah para belia skalian bahawasanya anda adalah pembawa panji, serta pejuang di barisan hadapan dalam pertempuran mengembalikan maruah kita yang sudah dicemarkan sejak sekian lama.

 

 

Teringat saya pada kata-kata seorang penyair berbangsa arab yang mahsyur bernama Iqbal,

 

“Setiap masalah itu, berpunca daripada lemahnya cita-cita kamu”

 

 

Masalah belia umat islam secara keseluruhan, dalam negara Malaysia khususnya bukan sekadar pada mereka yang sudah jelas menjadi sampah masyarakat. Saya bimbang belia yang mempunyai lulusan universiti turut menyumbang kepada lebih besarnya masalah ini. Mengapa saya katakan sedemikian rupa..?? Kerana kebanyakan mereka hanya tahu memenuhi perut-perut sendiri sahaja. Tidak sedarkah kita bahawasanya, anak-anak kecil sahaja yang selayaknya meletakkan cita-cita mereka dengan memenuhi kehendak sendiri. Belia perlu membawa cita-cita yang jauh lebih besar dari mengingini rumah besar, kereta besar dan apa sahaja yang besar yang mampu anda sendiri fikirkan. Ke mana sangatlah hendak kita usung segala yang diperolehi itu. Cita-cita kita perlu diletakkan pada sesuatu yang kejayaannya berterusan walaupun setelah ketiadaan jasad yang membalut roh ini di dunia.

 

 

Apakah kejayaan berterusan yang saya maksudkan sebentar tadi? Kejayaan itu hanyalah bila kita berjaya kembali menggemilangkan umat islam yang berbangsa melayu ini. Sedarlah wahai pembaca yang rata-ratanya sahabat saya, kita sudah jauh ketinggalan.

 

 

Saya tidak sanggup melihat anak bangsa malas lagi.

 

 

Saya tidak sanggup melihat anak bangsa gagal lagi.

 

 

Saya tidak sanggup melihat anak bangsa dijajah lagi.

 

 

Namun, bukanlah suatu tugas mudah untuk mengubah masyarakat ini. Tetapi, kalau bukan kita, siapa lagi yang mahu mengubahnya??

 

 

Firman Allah

” Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka yang mengubah nasib mereka sendiri”.

 

 

Believe me, it has to start somewhere…

Renungkanlah sebuah puisi karangan sean covey yang telah saya ubah suaikan ke dalam bahasa kebangsaan kita:

 

Pernah pada suatu ketika,

Aku bercita-cita mengubah dunia ini,

Namun, itu terlalu sukar untuk aku capaikan..

 

 

Lalu, aku berhajat pula ingin mengubah negara ini,

Namun setelah masa berlalu,

Aku rasakan itu terlalu berat bagiku..

 

 

Lalu, aku berhajat pula ingin mengubah masyarakat ini,

Namun kemampuanku semakin terbatas,

Aku rasakan tidak mampu untuk melakukannya..

 

 

Lalu, aku berhajat pula ingin mengubah ahli keluarga ku,

Namun, sudah tiada siapa yang mahu mendengar kata-kataku lagi,

Aku semakin lemah dan tidak berdaya melakukannya..

 

 

Akhirnya, tatkala setiap sendi sudah makin lemah,

Dan jasad ini kian tidak bermaya,

Mata ini hampir sahaja aku lelapkan buat selama-lamanya,

Barulah aku sedar bahawasanya aku perlu mengubah diriku sendiri.

 

Dengan mengubah diri sendiri,

Aku dapat menjadi suri teladan kepada ahli keluargaku,

Seterusnya ahli keluargaku dapat menyumbang dan mengubah masyarakat sekeliling,

Lalu, masyarakat tadi membentuk negara yang sering aku idamkan,

Kemudiannya, negara ini akan menjadi pengaruh kepada negara-negara lain,

Dan akhirnya membentuk sebuah dunia sepertimana yang aku idam-idamkan.

 

 

Sahabat sekalian, semuanya bermula dari diri anda sendiri. Bangunlah dari tidur yang panjang.

http://azmirnadzar.blogspot.com/

Entry filed under: Pelbagai. Tags: .

Suatu perkongsian Malap

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Iklaneka

Julai 2007
M T W T F S S
    Aug »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Top Posts

Blog Stats

  • 62,516 hits

%d bloggers like this: