Isra’ dan Mikraj : Bukti Kekuasaan Allah
Ogos 1, 2008
Isra’ dan Mikraj : Bukti Kekuasaan Allah
“Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hambaNYA (Muhammad) pada malam hari dari
Masjidilharam ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami
perlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda kebesaran Kami.”
(Al Isra, 17:1)
Israk bererti perjalanan Rasulullah SAW dari Masjidilharam di Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis di Palestin. Mikraj pula merujuk kepada perjalanan Baginda SAWdari Masjidil Aqsa ke Sidratul muntaha di langit ketujuh, seperti digambarkan dalam surah An-Najm(53:13-18). Peristiwa ini juga menunjukkan kepentingan tanah Palestin dalam perjuangan Islam.
Israk dan Mikraj adalah dua peristiwa yang amat besar dan luar biasa yang dialami Rasulullah SAW dan dianggap sebagai suatu penganugerahan yang tinggi nilainya dari segi kerohanian. Kedua-dua peristiwa itu adalah kurnia Allah SWT kepada Baginda untuk memperlihatkan tanda keagungan dan kekuasaanNYA.
Bermula dari Masjidil Haram, baginda menaiki Buraq ke Masjidil Aqsa, naik ke atas langit sehingga ke Sidratul Muntaha melalui Baitul Makmur. Baginda bertemu para anbiya’ terdahulu, dan mengimami mereka dalamsolat di Masjidil Aqsa.
Allah telah memperlihatkan kepada baginda keadaan penghuni syurga(masyaAllah) dan juga penghuni neraka(nauzubillah). Seharusnya kita mengambil iktibar dari peristiwa penting ini, bukan dengan bercuti ataupun bergembira, tetapi bermuhasabah diri. Dengan menunjukkan kesudahan-kesudahan manusia, Allah memberi berita gembira kepada orang mukmin yang bertaqwa. Balasan indah yang dijanjikan sudah tentu menggembirakan hati orang-orang mukmin. Resah and duka yang dihadapi di dunia hilang bagaikani debu berterbangan apabila hendak dibandingkan dengan ganjaran yang menanti kita insyaAllah.
Sudah tentu yang paling terpahat dalam ingatan kita, apabila difardhukan solat ke atas kita. Alangkah kasihnya Rasulullah s.a.w. kepada kita yang sanggup meminta keringanan sehingga dari 50 waktu menjadi 5 waktu. Tapi sayang sekali perintah tersebut dianggap sebagai beban, manusia memberontak terhadapnya. Sebenarnya solat fardhu itu merupakan hadiah bagi kita. Akal yang sihat akan terasa rahmat Allah kerana solat 5 waktu itu dilipatgandakan kebaikannya, sehingga setimpal dengan 50 waktu masyaAllah. Manusia manakah yang sanggup membalas kebaikan orang lain kepadanya dengan 10 kali kebaikan. Kawan belanja makan 5 dolar kita belanja dia 50 dolar? …….. jauh sekali, bahkan hendak membalas setimpal pun tak terjamin. Alangkah
besarnya rahmat Allah s.w.t … Subhanallah.
Entry Filed under: al kisah. .
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed