Archive for 25 Mei 2008

Mulakan Minggu Anda Dengan Peringatan — Perhambaan

“ …. Sebenarnya mereka itu adalah putera – putera muslimin yang merdeka. Mereka diperhambakan lalu mereka bergembira… (Muhamad Ahmad Ar – Rasyid).

Siapa yang boleh nafikan ini hakikat sebenar ummah ini? Tanya diri sendiri, yang mana anda lebih sanggup. Bangun pagi dan berjalan jauh untuk menonton Champions League Final atau bangun pagi dan berjalan untuk solat? Mengorbankan masa untuk memahami agama, atau mengorbankan masa untuk bermain bola? Berbelanja ke arah kebatilan atau ke arah kebaikan? Membaca novel atau memahami Al-Quran? Menghabiskan sejam lebih di lobi untuk menonton WSA Idol atau 30 minit berjemaah ?(sebab ramai yang kata sibuk untuk berjemaah)

Hari ini, kita dan sahabat – sahabat kita dan ahli keluarga kita kebanyakannya lebih mencintai kebatilan daripada kebenaran. Ramai yang menjadi hamba hiburan, hamba syahwat, hamba sukan, hamba pangkat, hamba university, hamba harta dan macam – macam lagi hamba lain. Malang sekali, tidak ramai yang sedar akan hakikat bahawa kita ini hamba Allah. Bila diajak kepada yang batil, ramai boleh mengikut dengan mudah. Tetapi, bila diajak kepada yang benar, macam –macam alasan. Kita telah lupa tentang keutamaan – keutamaan kita yang sebenarnya.

Sedarlah, sebelum kita menjadi seorang anak, seorang pelajar, seorang abang, seorang jurutera, dan sebagainya, yang paling utama ialah kita seorang muslim. Justeru, tanggungjawab untuk kita memahami agama telah diletakkan pada bahu – bahu kita. Jadilah insan yang lebih baik. Sesungguhnya kematian itu boleh dating bila – bila masa sahaja.

Moga minggu ini lebih baik dari minggu lepas

Add comment Mei 25, 2008


Mengingatkan Yang Tahu, Mengejutkan Yang Lena -BeCA-

 

Mei 2008
I S R K J S A
« Apr   Jun »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Kiriman Terbaru

BeCA Network

Blogroll

Perjuangan Ummah

Arkib

Top Posts

a

Meta

Blog Stats

Komen terbaru

RaWhi pada We’ve Gone Dot Com
beliacergas pada jalinan 02
iskandarX pada jalinan 02
lillah pada ‘Holocaust’ Israel Di Gaz…
UKhiE_amiZaR »… pada Tafsir Surah – Al-N…