Archive for 14 Mei 2008

Solat – Rukuk

 

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Dengan menyebut nama Allah Ar-Rahman Ar-Rahim

Moga Allah memberi petunjuk kepada kita dan menjadikan artikel ini bermanfaat.

 

(Untuk siri artikel yang berkisar tentang solat ini saya menukilkan kebanyakannya dari Sifat Solat Nabi karangan Al-Albaani, tetapi disertai juga semakan bersama Sifat Solat Nabi karya bin Baz, Hisnul Muslim karya Sa’id Al-Qathani dan beberapa kitab rujukan lain)

 

Tajuk hari ini ialah :

Apakah yang dikatakan rukuk?

Bagaimanakah sebenarnya rukuk itu?

Apakah maksud zikir-zikir yang dilafazkan ketika rukuk?

 

Perbuatan ketika rukuk :

1. Tangan diletakkan atas lutut [1]

2. Menggenggam lutut[2]

3. Merenggangkan jari[3]

4. Menjauhkan siku dari badan [4]

5. Belakang badan lurus, selari dengan tanah [5]

6. Kepala selari dengan badan, tidak terlalu tunduk tetapi tidak mengangkatnya juga [6]

 

Bacaan yang spesifik ketika rukuk ialah

 

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيْمِ

 

Subhaana Rabbiyal Azhiim

(“Maha Suci Tuhanku Yang Maha Agung”)[7]

 

Adapun mengikut sunnah, bacaan tersebut sebanyak 3 kali atau lebih[7]

Panjangnya rukuk pun digalakkan supaya sama panjang dengan sujud dan duduk di antara dua sujud[8]

 

Terdapat juga bacaan lain yang seringkali Nabi baca ketika rukuk dan juga sujud(bukan spesifik ketika rukuk sahaja)

 

 

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا وَبِحَمْدِكَ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِيْ

 

[9]

سُبُّوْحٌ قُدُّوْسٌ، رَبُّ الْمَلاَئِكَةِ وَالرُّوْحِ

[10]

 

Ada juga bacaan-bacaan lain, boleh rujuk sendiri dalam kitab-kitab kalau mahu.

Perlu diingati, kita dilarang membaca ayat-ayat Al-Qur’an dalam rukuk mahupun sujud(kalau ayat-ayat Al-Quran yang berbentuk doa dan kita meniatkannya sebagai doa, insyaAllah tidak mengapa)[11]

 

 

Footnote :

 

1 Bukhari & Abu Daud.

2 Bukhari & Abu Daud.

3 Hakim , yang menilainya sahih; dipersetujui Zahabi(Sahih Abu Daud)

4 Tirmidhi, yang menilainya sahih, & Ibn Khuzaimah.

5 Bukhari, dan Baihaqi

6 Abu Daud & Bukaari dalam Juz’ al-Qiraa’ah

7 Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah, Daraqutni, Tahawi, Bazarr, & Tabarani

8 Bukhari & Muslim.

9 Bukhari & Muslim

10 Muslim & Abu `Awanah.

11 Muslim & Abu `Awanah.

 

*Adapun penambahan lafaz wa bihamdihi pada [7] walaupun pada asalnya dinilai sahih oleh Al-Albani dalam Sifat Solat Nabi, tetapi kemudian dinilai dha’if dalam kitabnya yang terkemudian(maaf tak ingat kitab yang mana satu)

1 comment Mei 14, 2008


Mengingatkan Yang Tahu, Mengejutkan Yang Lena -BeCA-

 

Mei 2008
I S R K J S A
« Apr   Jun »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Kiriman Terbaru

BeCA Network

Blogroll

Perjuangan Ummah

Arkib

Top Posts

a

Meta

Blog Stats

Komen terbaru

RaWhi pada We’ve Gone Dot Com
beliacergas pada jalinan 02
iskandarX pada jalinan 02
lillah pada ‘Holocaust’ Israel Di Gaz…
UKhiE_amiZaR »… pada Tafsir Surah – Al-N…